View: 5810|Reply: 6
|
Magdalena Yamani nama anak ketujuh Jamal Abdillah,mahu 10 orang anak
[Copy link]
|
|
Penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah berkongsi jantina anak kelima yang bakal dilahirkan hasil perkahwinan dengan isteri, Datin Zai Izzati.
Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, berkata, bayi yang dijangka lahir pada awal Januari tahun 2025 adalah perempuan. Malah, pasangan itu sudah memilih nama untuk bakal cahaya mata mereka.
Insya-Allah, anak perempuan. Jangkaan lahir pada 7 Januari 2025. Semoga dipermudahkan segalanya. Amat-amat bersyukur dengan rezeki ini.
Nama anak kelima ini singkat sahaja iaitu Magdalena Yamani. Tak silap saya nama itu merupakan nama gadi yang dipuja Nabi Yusof.
Jamal berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran minyak wangi Verlune by Datuk Jamal yang berlangsung di sekitar ibu kota, pada Khamis.
Dalam pada itu, disoal adakah merancang untuk memiliki zuriat lagi pada masa akan datang, pelantun lagu Azura ini menjawab dia berserah kepada rezeki Allah.
Kalau boleh nak 10 orang anak, apa pun berserah dan bergantung dengan rezeki Allah.
Sementara itu, Izzati berkata, segala persiapan sudah dilakukan dan mengakui teruja menyambut kelahiran anaknya.
Alhamdulillah, semua persiapan sudah siap. Baju dan keperluan dah buat. Sebab dijangka tidak lama lagi.
Dah masuk anak kelima pada saya semuanya semakin mudah, kalau barang lama yang boleh pakai akan diguna semula.
Imbas kembali, Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.
Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bakal 5 kali czer, kalau ko nak 10 anak, campur osama & zaki, 3 kali ke bini ko kena czer lagi so total 8 kali czer? Rabak perut |
|
|
|
|
|
|
|
Kau telan viagra ke, tok? Gigih nak 10 anak padahal umur dah 65. Esok2 kau mati terkial2 bini kau nak jaga anak2. Kau tak kesian ke? Dah la beranak rapat2, czer pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-12-2024 02:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
doubleA replied at 14-12-2024 01:58 PM
Bakal 5 kali czer, kalau ko nak 10 anak, campur osama & zaki, 3 kali ke bini ko kena czer lagi so to ...
Mengandung kali ni sampai kena heart attack bininya..X sayang bini ke tok? |
|
|
|
|
|
|
|
Gadis dipuja Nabi Yusuf? Ko biar betul. Ke Mary Magdalene? Dalam Da Vinci Code Tapi tu Jesus. Eh mengada pulak namanya |
|
|
|
|
|
|
|
Mary magdalene? Magdalene tu nama tempat kan.. mary of magdala |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sume anak sebelum ni pun czer ke.. aiyooo high risk tu.. tak sian ke kat bini tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|