CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8854|Reply: 38

[Jenayah] Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, palsukan tiket flight bagai

[Copy link]
Post time 18-12-2024 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 18-12-2024 02:43 PM

Oleh: Fazleen Safina

NAMA pempengaruh dan usahawan, Kim Seri sekali lagi menjadi bahan kecaman apabila syarikat ejen pelancongan miliknya didakwa memberi perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Dakwaan itu bukanlah perkara baharu, apabila perkhidmatan pelancongan ke Korea Selatan yang disediakan oleh bekas guru itu pernah mendapat rungutan oleh para pelanggannya, yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan layanan pekerja dan ada juga yang mendakwa pernah ditahan oleh pihak imigresen.

Terbaharu, seorang wanita yang dikenali sebagai Sam mendakwa, tidak dapat pulang ke Malaysia pada waktu yang dijanjikan selepas ditipu pempengaruh tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Tiktok, Sam berkata, namanya dan rakan-rakan lain tidak wujud di mana-mana syarikat penerbangan yang ditempah oleh Kim Seri.

“Jadi, sekarang sudah 3.39 petang dekat Korea. Kalau dekat Malaysia lambat sejam je tak jauh beza.

“Sekarang ni kami dijanjikan tiket kapal terbang pada waktu pagi. Kami hari-hari push untuk dapatkan tiket dan dia bagi pada hari kedua.

“Rupanya palsu dan tak wujud nama kami. Bila sampai dekat lapangan terbang nama kami tak ada.

“Sebab dia ada booking flight ticket balik Air Asia tapi bila kami check booking memang wujud. Tapi, nama kami tak wujud. Jadi, sekarang ni kami tersadai dekat sini dan dia tak bagi duit untuk kami beli tiket flight,” katanya.

Dalam pada itu, Sam mendakwa, Kim Seri memberi pelbagai alasan dipercayai untuk mengelak daripada menyelesaikan masalah yang dilalui oleh para pelanggan.

Alasan tidak masuk akal yang diberi wanita itu termasuk masalah sistem sekali gus membuatkan Sam berang dan buntu untuk pulang ke tanah air.

“Bila ditanya dia hanya jawab Allahu, Allahuakbar. Sekejap tengah memandu dari pukul 4 pagi.

“Kami boleh booking tiket. Dia kata pukul 11 pagi, 9 pagi tapi waktu tu sebenarnya tak ada pun tiket ke Kuala Lumpur,” katanya.

Namun, dia bersyukur apabila masalahnya untuk membeli tiket pulang ke tanah air telah diselesaikan oleh individu lain.

Susulan itu, Sam meminta ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata itu untuk bertanggungjawab atas perkara tersebut dan meminta orang ramai supaya membatalkan tempahan pakej percutian yang dibuat dengan pempengaruh berkenaan.

“Kim Seri tolong bertanggungiawab. Kau ambil duit kami punyalah banyak. Kena bayar dua bulan sebelum dan tak boleh lambat. Aku bayar lambat seminggu sebab masalah bank pun kau dah tanya.

“Sesiapa yang ada booking dengan Kim Seri tolong minta refund. Ada pihak beritahu dia tak ada duit dan tengah cari kambing hitam untuk bayar flight ticket kami,” ujarnya.

Menjengah ke akaun TikTok Kim Seri, wanita itu pada 7 Disember lalu tampil membuat permohonan maaf atas masalah yang dihadapi oleh para pelanggannya.

Menurut wanita itu, syarikatnya telah melantik pihak pengurusan dan pekerja tambahan baharu mulai Januari 2025.

“Mohon diberikan sedikit ruang dan masa untuk kami memulihkan dan memperbaiki segala kekurangan pengurusan.

“Yang ingin menarik diri, memohon refund, menukar tarikh dan sebagainya boleh hubungi staf kami dan kami akan cuba proses dan berusaha menyelesaikannya seberapa segera,” tulisnya.

Untuk rekod, nama Kim Seri mula meningkat naik selepas wanita itu banyak membuat perkongsian mengenai pengalamannya menyambung pelajaran di Tiktok.

Hasil kerja kerasnya, wanita itu berjaya membuka sebuah restoran iaitu Kimseri Restaurant yang terletak di Myeondong, Seoul sejak September tahun lalu.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 10:50 AM | Show all posts
scammer rupanya ya
masa awal2 dia dok sana iol cringe tgk style tudung dia sbb dia mak orang
udah xtau mcmn gayanya tidak semenggah aje
pastu post2 yg terlalu korea sgt tu amat merengsakan haha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2024 10:13 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:16 AM | Show all posts
dia menipu berulang-ulang ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Busuk la nama dia.. Elok2 dulu jd cg.. Jd instafamous.. Org da suka.. Skang buat hal.. X mampu x yh buat la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
femes ke.. sb xkenal pownnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols tergoda tgk surgery bawah mata dia hilang terus eye bag.

Dia patut fokus pada satu bidang dulu. Dah stabil baru buat benda baru. Restoren dia meols baca mcm good review.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:52 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 18-12-2024 10:48 AM
Meols tergoda tgk surgery bawah mata dia hilang terus eye bag.

Dia patut fokus pada satu bidang du ...

drpd yg aku baca restoran die mcm rugi byk gak la. pastu takde proper business plan, sbb penah baca gak sorg ni diapproach utk jadi investor tapi tak menyakinkan gitu. bleh jadi ke die pusing duit pakej tu gi ke restoran die? yelah barang halal kan bukan senang nk dpt kt korea, mesti mahal. dahle jual makanan malaysia plak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 11:18 AM | Show all posts
ramai mengaku kena tipu tapi sorang pun tak de nak buat report, tak jadi apa..
scammer terus mendunia, korang dok pong pang tak habis..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengar radio tadi Bukit Aman nintak mana2 yg kena tipu buat report segera. No report susah la nak ambik tindakan. Hati busuk aku berharap PDRM mintak bantuan interpol & polis korea untuk tangkap si penipu ni. Sebab tu aku x berkenan sangat influencer tayang anak2 sebab bila dah terkantoi ni anak2 terlibat sekali. Dan jangan pandang rendah dengan netizen korea. Baru ni streamer nama johnny kena witch hunt beramai2 sebab buat onar dekat statue comfort women & buat kacau dekat kedai serbaneka
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 18-12-2024 02:52 AM
drpd yg aku baca restoran die mcm rugi byk gak la. pastu takde proper business plan, sbb penah bac ...

Ye ke.. ingat kan ok je maju jaya. Almaklum tourists Malaysia akan pergi sana jenis yg tekak nk mkn makanan melayu. Possible juga tu dok rolling2 duit sampai tak sedar dah terlampau deficit working capital.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 11:39 AM | Show all posts
Kim Seri ? Kenapa tak Tin Seri alang alang
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 11:49 AM | Show all posts
lancau apa kim kim
bajet da jadi korea ke kau babi
kimak sesuai la kau babi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 11:52 AM | Show all posts
Lain kali carilah travel agent yang dah establish, bukan dari FB/IG semata.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 11:56 AM | Show all posts
orang Malaysia selalu kena scam dengan ahli politik nya lagi, dengan influncer, dengan macau scam, dengan kena scam duit....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:09 PM | Show all posts
kemaruk replied at 18-12-2024 02:16 AM
dia menipu berulang-ulang ke

ye , refund dr 2021 pun tak bayo until now

komen2 negative dia delete

tataw le naper ramai org mesia kemaruk bebeno nak pegi ngan si KS ni.. cari la tour agent yg reliable sikit, ni nak buat company trip sampai rm100K++ lg mau kedeks ke? padahal cost tu boleh je tolak co expenses 100%


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 12:14 PM | Show all posts
start dgn promote deodorant dia tu kan. tu yg  semedang buat content ketiak masham dia tu ujung2 jadi scammer terulung

tu la org kita suka sangat nak angkat influenza retis2 sangkak ni, so cash je lah smua, nak kesian tp esok lusa naik lagi seko scammer..  so for  2025 new year punya resolution, say no to influezah + retis sangkak punya content murahan

bhhhutoww
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:15 PM | Show all posts
nak tau apa nama sebenar dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:16 PM | Show all posts
midori888 replied at 18-12-2024 04:15 AM
nak tau apa nama sebenar dia

Seri Azlina
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:22 PM | Show all posts
awat tak pi travel sendiri2?  sekarang kan semua informasi di hujung jari...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050901 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list