View: 17744|Reply: 17
|
Cabul fasilitator, jurulatih sebuah kem motivasi dijel 5 tahun, 1 sebatan
[Copy link]
|
|
Muar: Jurulatih sebuah kem motivasi di Pontian yang pernah ditahan kerana disyaki merogol pembantu rumah serta amang seksual anak tiri, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul pelajar perempuan sebuah kolej, bulan lalu.
Tertuduh, Matsidi Samad, 46, bagaimanapun mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikemukakan sebelum Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman penjara lima tahun serta satu sebatan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia 17 tahun di hadapan sebuah kuarters di Taman Soga, Batu Pahat, 7.30 malam, 30 November lalu.
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang juga pelajar kolej bersama tiga lagi rakan menjadi fasilitator sambilan dengan tertuduh yang juga bekas anggota keselamatan bertindak selaku jurulatih.
Pada hari kejadian, mangsa bersama rakan dihantar pulang oleh tertuduh ke rumah masing-masing dengan menaiki sebuah kereta.
Namun, mangsa adalah individu terakhir dihantar oleh tertuduh. Sebaik tiba di hadapan rumah, tertuduh menghalang mangsa keluar dari kereta dan tidak lama kemudian, lelaki itu terus melakukan perbuatan terbabit.
Mangsa meronta dan menangis kemudian keluar dari kereta terus memasuki rumah. Kejadian itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kepada tiga rakannya sebelum diminta membuat laporan polis.
Pada jam 12.30 tengahari, atas maklumat dan risikan dijalankan, polis berjaya menahan tertuduh di Seremban, Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.
Semakan polis juga mendapati tertuduh pernah ditahan pada 2018 kerana merogol pembantu rumah dan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya pada 2007.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir dan Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selain menjatuhkan hukuman itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang dipenjara serta pengawasan polis dua tahun sebalik selesai hukuman.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat kau rogol? Depan rumah? Berapa saat/minit ja?
Bukan nak undermine jenayah yang berlaku kat mangsa tapi...Korang baca la artikel tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana kem motivasi boleh lantik org yang pernah ada rekod disyaki merogol pembantu rumah serta amang seksual anak tiri jadi Jurulatih???!!!
kenot brainnn..!! |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana orang ada rekod jenayah rogol boleh diambil kerja jurulatih ye?
patutnya company yang hire dia pun dikenakan tindakan..
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-12-2024 03:44 PM
Sempat kau rogol? Depan rumah? Berapa saat/minit ja?
Bukan nak undermine jenayah yang ...
Bkn kena cabul sj meh?
Belum sempat lg rasanya mcm dia buat kat maid dia dl |
|
|
|
|
|
|
|
Macam sial ye. Ko dah ada kes boleh lagi yer jadi jurulatih. MY kena jadi macam US nun. Letak sexual offender kat satu tempat. Letak diorg punya location online so that community tau nak berjaga2. Sex addict la ni. Tak boleh nampak popuan. Takutnya kalau jadi kat org keliling kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Terpampang muka dia dengan janggut macam lebai.
Konon warak le tu ada janggut sejemput tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mata dia bengkak ditumbuh kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu nak free aja, cina dan bangla aman2 ada sugarbaby bagi wang terus dapat lubang |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 18-12-2024 06:36 PM
Melayu nak free aja, cina dan bangla aman2 ada sugarbaby bagi wang terus dapat lubang
Duit tak cukup kot nak tambeh bini baru. |
|
|
|
|
|
|
|
delsmomm replied at 18-12-2024 04:14 PM
Macamana kem motivasi boleh lantik org yang pernah ada rekod disyaki merogol pembantu rumah serta a ...
Cuba bygkan kalau dia jd jurulatih plkn yg kononnya nk dibuat balik tu |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 18-12-2024 08:37 AM
Bkn kena cabul sj meh?
Belum sempat lg rasanya mcm dia buat kat maid dia dl
Oh baru baca betul2. Maid rupanya kena rogol. Mai God. Natang camni hada kes rogol, cabul, motif masih jadik fasi kem? Ni la kesialan tanahair ini. Benda gini dibuat main bhai. Tak amik serius. Pehtu sex offenders tanahair ni sukati deols je la nak ulang2 balik jadik repetitive habit dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mata cemey pun gigih nak merowgoal...camharam je pangai. |
|
|
|
|
|
|
|
Eee sakit mental dia ni. Xde bground check ke pon kesian mangsa semuga x mental jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang² org jahat salah zina niii badan besor².. selalu nya buat salah jenis nii badan nya kocik² yoo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kem motivasi tersangkak di Dunia sanggup upah perogol bersiri..Forumers please spill tea nama kem kat pontian tu..da la tempat ulu banat sape je suka pegi pontian tu |
|
|
|
|
|
|
|
Org camni mmg takkan insaff!!
Elok dikerat je bawah tu bagi anjing makan |
|
|
|
|
|
|
| |
|