CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 31392|Reply: 49

‘Saya tahu suami saya macam mana’ – Along Cham didakwa pagi ini, pertuduhan memiliki dadah jenis ganja

[Copy link]
Post time 20-12-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode



“Saya akan terus berjuang untuk suami saya.”


Itu tekad isteri kepada pelawak Along Cham yang akan didakwa di Mahkamah Sepang atas pertuduhan memiliki dadah jenis ganja pagi ini.


Afreena yang juga kakitangan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan di sebuah syarikat penerbangan itu turut menegaskan tetap mempercayai suaminya.


“Saya tahu suami saya macam mana orangnya. Saya juga harap akan ada berita baik untuk suami dan keluarga kami.


“Saya akan kuat dan tahu Along juga seorang yang tabah,” katanya pada siaran langsung Instagram malam tadi.


Menerusi hantaran sama, Afreena meminta semua pihak mendoakan urusan berkaitan suaminya itu berjalan lancar.


“Saya hargai anda semua. Saya cuma nak kalian tolong doakan suami saya mendapat keadilan seperti yang diharapkan.


“Justice For Along (keadilan buat Along),” luahnya dengan nada sebak.


Sebelum itu, dalam hantaran lain Afreena memperincikan kronologi rumah mereka didatangi beberapa anggota polis pada 14 Disember lalu.


Terdahulu, pelakon filem Adnan Sempit itu mendapat perintah sambung reman selama empat hari selepas tempoh lima hari reman tamat semalam.


Pada Sabtu lalu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman memaklumkan seorang selebriti lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes memiliki dadah disyaki ganja yang ditemui di kediamannya di Cyberjaya.


Selebriti berusia 41 tahun itu ditahan bersama dua paket lutsinar yang setiap satu mengandungi leraian disyaki daun ganja dengan anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.


Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Naib juara Raja Lawak musim dua itu mendirikan rumah tangga dengan Afreena pada awal April lalu selepas lapan tahun menduda.


Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2024 10:34 AM | Show all posts
cari lain lah aprena, keadilan apa nya lagi.. dah terang
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 10:42 AM | Show all posts
standard ayat rempit
janji kau berlaki dah la noks...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 10:48 AM | Show all posts
Dah laki hang pun disahkan positif. Nah keadilan celah mana lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp td kuar berita dia kata kena paksa ngan pulis utk tukar keterangan? Dia mcm tuduh polis
Apa keterangan awal dia? Ke awalnya dia tuduh laki dia gak ke cemana tu?
Sapa yg betul sapa yg salah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawo gak aprena ni, dah ada 3 anak dgn perkahwinan dulu sebelum kawen pelawok ni. Patut tulis travel with kids, campur anak along jadi 4 kids nya. Btw tak tengok live tu, tapi tabah la aprena dgn keputusan mahkamah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2024 11:25 AM | Show all posts
kalau kena framed, takde la positif nokkk... tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak ngko lah dik..laki ngko..ngko yang lebih tahu luar dalam laki ngko..as long bukan husbebi ahkak ayer tincing positif sudahlah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2024 11:34 AM | Show all posts
Laki kaki ganja, kaki ketum (berunsurkan tumbuhan kekdahnya), masih tak biol la tu kot. Kalau laki sheolls kaki ice ni konpom dah pakai jubah hitam siap spek besor gi mahkamah syariah.

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa depa ni laki bini ke? Haha nampak nau sendoo sampai tak perasan depa kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Justice apanya kalau urine pun sangkut. Kalau jumpa weed tapi urine clear tu boleh la nak bersangka baik dia kena pedajal.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tak payah la pusing2 mcm cikta, ngaku jer pastu mintak maap settle la.. duk pusing sana sini tu yg org kecam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bukan musuh politik,sukar nak percaya kena frame..lainla kalau ko dari parti lobai atau pro najib.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts



baran gak eh dia ni..agaknya zila sakdon kat rumah tepuk tangan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Konfuse meols baca komen aprwna nie..dah ada bahan bukti n kincing positip pun tak bersalah?  harap tunjukkan bukti sebelah pihak ko pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
seripahzeripah replied at 20-12-2024 01:11 PM
baran gak eh dia ni..agaknya zila sakdon kat rumah tepuk tangan..

Tu dia kameramen, pulun habis, segala angle dia shot. Alih2 keluar artikel buh gambar ig. Apo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 20-12-2024 01:25 PM
Tu dia kameramen, pulun habis, segala angle dia shot. Alih2 keluar artikel buh gambar ig. Apo? {:1 ...

sebab gagal mencari penampakan mukanya sis
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 02:44 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 20-12-2024 11:25 AM
kalau kena framed, takde la positif nokkk... tu je..

Itulah kan.

Kan dah check and POSITIVE.

Apa yang kena framednya?

Ke dia nak kata Along tu dipaksa telan benda tu?

Aiyoooooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 02:46 PM | Show all posts
noorhairiahma replied at 20-12-2024 02:44 PM
Itulah kan.

Kan dah check and POSITIVE.

kan...takkan masa kena serbu tu kena paksa telan ganja or dadih, time tu urine test sangkut? of cozzzzz lah dah mmg ada dalam badan heols.. aiyoooo...nak kata ex bini yang perangkap ke.. skandal zila dulu kan polis yang karok2 smule dulu tu kan... yihhh!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife in denial
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058767 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list