CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29140|Reply: 1

MISTERI GUNUNG KENDERONG

[Copy link]
Post time 22-12-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Disclaimer : aku bukan hiker tegar ye aku hiker dayhike geli-geli pengejar view bukan pengejar ketinggian lol


Peristiwa ni terjadi tahun 2017.  Masa ni aku tgh berkhidmat di sebuah negeri di utara. kat utara kan banyak bukit so dari situlah aku berjinak-jinak dengan dunia pendakian ni.  Tapi tulah aku takdela sampai target nak naik G7 ke G11 ke, stakat hiking geli2 jelah carik view.  Banyak jugak gunung dan bukit yang aku dah naik, dan aku pun dah biasa start hiking 3 pagi. Dan team aku jugak adalah antara team perintis naik Bukit Berekeh sebelum tempat ni meletup-letup skrang ni.  Masa aku naik tu mmg takde team lain selain aku, thn lps aku naik mak aih sampai takde tmpt nak lunjur kaki sebab yg naik hari tu adelah dekat-dekat 250 orang.


Ok berbalik semula pada cerita aku ni. 2017, team aku ajak aku pegi ikut trip K2, iaitu Kenderong dan Kerunai di Grik.  Siangnya kitorang akan hike Gunung Kerunai dulu, dan malamnye start 3 pagi kitorang akan naik Kenderong.  Tempat kitorang berkhemah masa ni adalah sebuah tanah lapang di kaki Gunung Kenderong, yang kini dah jadi Chalet Denai Kabus.  Daripada apa yang dimaklumkan , K2 ni dah lama tutup sebab ada kes hutan terbakar, dan ni adalah hari pertama ianya dibukak, so memang penuh dahla tapak perkhemahan tu.  Team aku adalah dalam 25 orang, tapi yg betul-betul aku kenal adalah dalam 5-6 orang je termasuk abang guide yg aku panggil abang K.  Lokasi khemah team aku didirikan ni bersebelahan je dgn satu team ni all guys ahli gym yang kitorang panggil team abang sado.


Siang tu naik Kerunai ok je, happy happy je semua. Semua ahli team pun sekepala walaupun kitorang baru kenal.

Dan malam tu, dalam pukul 4 pagi, kami pun bersiaplah nak naik Kenderung.  Tapi mungkin penat kot petangnya, malam tu memang tak ramai yang nak turut serta, dari 20 orang lebih tinggal belas-belas je yang nak naik Kenderung.  Entah kenapa, malam tu aku rasa badan aku berat sangat, macam tak terkejar dengan ahli kumpulan lain yang dah kehadapan.  Padahal ini bukan pertama kali aku mendaki awal pagi.  Lama kelamaan aku dah terlalu jauh di belakang, dan aku tercungap-cungap kepenatan walaupun masa tu kami masih lagi di jalan datar, masih belum mula panjat bukit pun.  Aku pun mengambil keputusan nak patah balik je.  Inilah pertama kali dan satu-satunya kali dalam hidup aku, aku patah balik.  Abang K pun menawarkan diri nak temankan aku balik ke kem, yelah takkan aku nak balik dalam hutan gelap-gelap seorang diri kan.


Laluan dalam hutan ni cukup-cukup utk sorang jalan je, Abang K di depan aku suluh jalan, dan aku di belakang.  Masa tu memang cukup gelap, dan seingat aku lah, keadaan dalam hutan tu sangat sunyi.  Kalau sape-sape biasa masuk hutan kan, mesti kita akan dengar bunyi-bunyian hutan, bunyi cengkerik ke katak ke, tapi masa tu memang sunyi.  Dalam kesunyian malam tulah, aku terdengar ada bunyi whoooosh! Ada sesuatu terbang di atas aku dan cuba nak menyambar aku.


Aku sempat menjatuhkan diri aku, dan aku terus menangis.  Abang K pun terkejut, dia pun dengar bunyi benda terbang tu, dia pun terus dapatkan aku. Dia pun azanlah, Allahuakbar banyak-banyak kali.  Aku betul-betul terkejut masa tu abang Joe, naluri aku mengatakan memang benda tu nak sambar aku.  Sebab bunyinya kuat,  dan bunyinya macam bukan burung mengepak, tapi macam meluncur turun nak sambar akulah. Ambil masa jugaklah untuk aku menenangkan diri sebab masa tu kaki aku dah macam jelly, tapi nak tak nak aku terpaksa jugaklah keluar dari situ sebab masa tu baru nak masuk 5 pagi.  Abang K pegang lengan aku, aku tak berani nak angkat muka dah masa tu.  Sambil berjalan tu kami pun berzikirlah, lafaz ayatul kursi dan mana-mana ayat suci yang kami ingat.


Masa saku jalan menunduk tu, sebenarnya aku nampak macam ada simpang kat laluan tu dan aku nyaris nak masuk simpang tu, nasib baiklah Abang K tarik aku balik.


Berzikirlah kitorang sepanjang perjalanan tu dan alhamdulillah kami selamat tiba di kem.  Tapi yang agak kelakar skit, ahli kumpulan yang tidur kat kem tu semua terbangun sebab diorang ingatkan dah azan subuh, padahal itu suara kami berdua berzikir.


Di kem alhamdulillah semangat aku pun pulih semula.  Masa kat kem tu lah baru ada yang bukak cerita.  Ada sorang ni cerita, malam tu dia mimpi.  Kebetulan ada ahli kumpulan kami bawak anak, anak dia umur masih sekolah rendah dalam darjah 3-4 tahun macam tu lah, dia mimpi yang dia nampak budak tu diserang oleh 'sesuatu' di dalam khemah budak tu.  Dia dah rasa tak sedap hati jadi dia pun sambung je tidur tak ikut kami naik Kenderung.


Yang lagi sorang ni, kebetulan khemah dia sebelah khemah group abang sado tadi, dia terdengar di khemah sebelah tu ada perbualan melalui walkie-talkie. yg ada kt khemah abang sado tu adalah guide yang ditugaskan untuk menjaga kawasan khemah tu memandangkan semua ahli group abang sado tu naik Kenderung pagi tu.  Dia terdengar yang guide tu disuruh untuk naik kenderung jugak sebab ada kecemasan dalam group abang sado yang tengah hiking masa tu.


Sebab group abang sado tu naik lagi awal dari kitorang, diorang pun turun awal. tapi sangat awal, kebiasaannya dalam pukul 10-11 akan sampai di bawah tapi ni pukul 7 dah sampai.  Kami pun sajalah sembang-sembang dengan salah sorang ahli group abang sado tu, abang sado tu cakap, diorang tak sampai puncak pun, cuma sampai ke check point terakhir je iaitu di solar camp.  Kitorang pun tanyalah, kenapa tak teruskan naik je sebab dah dekat sangat dah tu? Dan abang sado tu hanya senyum-senyum kelat sahaja....


Walaupun peristiwa ni terjadi pada 2018 yang lalu, yang membuatkan aku terimbau kembali kenangan ni, sebabnya baru-baru ni, aku ada naik Gunung Semanggol. Berkenalanlah pulak dengan seorang akak ni.  Sembang punya sembang, terungkitlah pulak pasal Gunung Kenderung ni.  Akak ni pun ceritalah pengalaman dia pulak.  Dia pun pernah naik gunung ni, masa tu dia tengah berehat bersama beberapa rakan yang lain, ambil nafaslah orang kata, sekali tu, diorang ternampak atas pokok tu ada makhluk serupa kelawar, serba hitam, sangat besar dengan sayap yang panjang, tiba-tiba mengepakkan sayapnya dan terbang meninggalkan pokok tu.  Berderau darah aku.  Aku terfikir jugak, adakah itu makhluk yang cuba nak menyambar aku malam tu?


Daripada info yang aku dapat daripada rakan hikers yang lain jugak, Gunung Kenderung sekarang ni dah ditutup untuk selama-lamanya, katanya sebab gunung tu dah tak selamat untuk didaki.  Tapi adakah ada kaitan dengan makhluk bersayap tu? Wallahualam.... korang kot la ada info skit pasal Kenderung ni, bleh la share-share kat sini.  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Psl kelawar besaq ni....ada terbaca ka dgr kat video youtube ya

Mmg ada kata mmg ada....kelawar besaq...

Sis..hebat sis...mesri takat bukit mertajam..bukit bendera..sis dah besa kan...sbb tk tinggi sgt.

Suka hiking....tp tk sanggup dah...mau pancit kaki ketaq...

Salute pada yg suka jungle trekking dan hiking..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.158885 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list