CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15381|Reply: 0

[Tempatan] Tak wajar pertikai pelantikan Musa Aman sebagai TYT, kata Presiden Persatuan Suang Lotud Sabah (LOTUD)

[Copy link]
Post time 23-12-2024 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Tak wajar pertikai pelantikan Musa Aman sebagai TYT - LOTUD

https://www.bharian.com.my/berit ... n-sebagai-tyt-lotud

Oleh Johary Indan - Disember 23, 2024 @ 8:44am
[email protected]


Tun Musa Aman dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT) ke-11. - Foto fail NSTP

KOTA KINABALU: Pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT) ke-11 seharusnya disokong dan bukannya dipertikai dengan menuduh beliau terbabit dengan rasuah.

Presiden Persatuan Suang Lotud Sabah (LOTUD), Datuk Fredie Sua, berkata rakyat perlu menyokong pelantikan Musa untuk menyandang jawatan tertinggi di Sabah dengan sepenuh hati.

"Pelantikan Musa sebagai TYT bukan sahaja simbolik kepada kestabilan politik, malah sebagai pengiktirafan terhadap jasa serta sumbangan beliau kepada Sabah selama ini.

"Musa bukan sekadar seorang pemimpin politik, tetapi seorang negarawan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan, integriti dan kepentingan rakyat Sabah.

"Selain itu, sebagai seorang pernah memimpin Sabah, beliau memahami secara mendalam aspirasi rakyat, cabaran dihadapi negeri ini serta peluang besar boleh dimanfaatkan demi pembangunan berterusan," katanya menerusi kenyataan di Facebook di sini.

Beliau berkata, dengan latar belakang serta pengalaman luas Musa dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi, semua pihak dapat menjangka bahawa beliau sebagai TYT mampu menambah nilai kepada usaha kerajaan negeri membawa Sabah ke arah pembangunan lebih mampan.

Katanya, dalam konteks hubungan persekutuan dan negeri, pelantikan itu menunjukkan kebijaksanaan serta keterbukaan pimpinan negeri dan persekutuan dalam memperkukuh hubungan baik antara dua pihak.

Fredie berkata persefahaman antara dua kerajaan itu penting memastikan Sabah terus mendapat perhatian dan sokongan dalam pelbagai aspek, termasuk pembangunan infrastruktur, pendidikan, serta peluang ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Sabah berganding bahu untuk memastikan segala rancangan pembangunan dibawa pemimpin dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Katanya, pelantikan Musa itu sewajarnya dilihat sebagai simbol harapan baharu untuk Sabah, harapan untuk melihat negeri ini terus maju, harmoni dan makmur bawah naungan kepimpinan yang bijaksana dan berwawasan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.460054 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list