CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29131|Reply: 0

PDRM tidak gentar ancaman di sempadan Sungai Golok

[Copy link]
Post time 23-12-2024 11:40 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak gentar dengan ancaman diterima ekoran keputusan penguatkuasaan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok Malaysia-Thailand sejak 1 Disember lalu.


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, ancaman itu tidak menggoyahkan usaha pihaknya dalam menegakkan undang-undang.


“Kita sedang menganalisis maklumat risikan yang diperoleh, bagaimanapun ancaman sebegini tidak perlu digentarkan.


“Apa yang kita lakukan adalah berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia, menjadi tugas polis untuk pastikan rakyat mematuhinya,” katanya.


Jelasnya, anggota dan pegawai yang bertugas di sempadan itu juga telah diingatkan agar sentiasa bersiap siaga dan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.


“Kita perlu bersedia walaupun maklumat itu mungkin betul atau tidak. Tetapi, ada kemungkinan ia boleh menjadi kenyataan, dan ini memerlukan kesiapsiagaan kita.


“Polis tidak boleh gentar terhadap sebarang ancaman, kerana jika kita tunduk kepada tekanan tersebut, ia akan membuka ruang kepada pelanggaran undang-undang,” katanya.


Razarudin berkata, pihaknya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan negara terus kekal terjamin.


“Kita akan terus melaksanakan undang-undang yang berkuat kuasa untuk memastikan sempadan negara kekal selamat.


“Langkah ini sebahagian daripada usaha memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terjamin,” ujarnya.


Terdahulu, media melaporkan polis Kelantan mengesahkan menerima pelbagai ancaman susulan penguatkuasaan larangan menggunakan laluan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand, di sepanjang Sungai Golok.


Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ancaman itu diterima sejurus larangan menggunakan laluan yang tidak diwartakan bagi keluar dan masuk ke negara ini dari Thailand dikuatkuasakan bermula 1 Disember lalu.


Sebelum ini, polis akan menahan individu yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand.


Tindakan tegas itu diambil mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 bagi yang disabit kesalahan.


Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.170925 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list