CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17493|Reply: 35

[Tempatan] Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers

[Copy link]
Post time 24-12-2024 07:10 AM | Show all posts |Read mode
Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers
Oleh KOSMO!
23 Disember 2024, 10:27 pm

Tangkap layar video perkongsian wanita berkenaan di TikTok.

PETALING JAYA – “Dah setahun duduk sini baru tahu berjiran dengan Highland Towers”.

Itu perkongsian seorang wanita yang mendedahkan dia baharu sahaja menyedari bahawa tempat tinggalnya kini adalah berdekatan dengan dua blok bekas penempatan berkenaan.

31 tahun lalu iaitu pada 11 Disember 1993, negara dikejutkan dengan tragedi runtuhan melibatkan salah satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers sehingga meragut 48 nyawa.

MissAmyProperty menerusi TikTok berkata, dia sebelum itu sedia maklum ia adalah kawasan rumah terbengkalai namun tidak mengetahui bahawa ia adalah Highland Towers.

“Tahu ada rumah terbengkalai tapi tak tahu pula tu adalah (Highland Towers),” tulisnya ringkas pada kapsyen.

Pendedahan wanita berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang turut mengikuti kisah tragedi runtuhan berkenaan.

“Arwah adik suka sangat kisah Highland Towers ni. Siap suruh bawak dia ke sana,” ujar @NurulAzman.

“Tolong, nak pemandangan suasana malam,” pinta seorang pengguna lain.

“Tak boleh tengok Highland Towers sebab rakan baik ayah saya salah seorang daripada mangsa, al-Fatihah. Dua hari sebelum kejadian, arwah datang rumah bawa hadiah macam-macam. Tak sangka itu yang terakhir. Saya darjah dua ketika itu,” kongsi @Elaine. – KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2024 07:19 AM | Show all posts
Aku pernah sekali melawat kawan di Puncak Athenaeum. Boleh nampak bangunan highland towers kat bawah. Kalau aku memang tidak la tinggal di condo tu. Sesiapa yg berminat nak beli condo tu murah aje dlm RM300k dengan view cantik KL. Tapi sanggup ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-12-2024 07:19 AM
Aku pernah sekali melawat kawan di Puncak Athenaeum. Boleh nampak bangunan highland towers kat bawah ...

Angker ke dak? Kalau tak angker, ok jahh nak dok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2024 08:03 AM | Show all posts
Edited by ultra78 at 24-12-2024 08:07 AM
Tinot7 replied at 24-12-2024 07:33 AM
Angker ke dak? Kalau tak angker, ok jahh nak dok

Rasa tak tenang takut tanah runtuh. Kondo tu 22 tingkat sahaja tapi lokasi di atas bukit. Kalau aku duduk di balkoni mmg rasa gayat.

  

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 08:17 AM | Show all posts
yg kata nk robohkan, clearkan dan bina taman or something tu tak jadi ke

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-12-2024 08:03 AM
Rasa tak tenang takut tanah runtuh. Kondo tu 22 tingkat sahaja tapi lokasi di atas bukit. Kalau aku ...

Now apartment la murmur.. landed mahai..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2024 09:08 AM | Show all posts
ultra78 replied at 24-12-2024 07:19 AM
Aku pernah sekali melawat kawan di Puncak Athenaeum. Boleh nampak bangunan highland towers kat bawah ...

rumah kat situ dah jadi murah kan, tapi sayang tak boleh ank buat loan

rumah kena bayar cash
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 09:08 AM | Show all posts
so kalau berjiran, kena buat apa?

nak kena ziarah 'rakan2' kat situ ke hape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 09:30 AM | Show all posts
perempuan ni lembam ke apa
selama setahun tu dia buta ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 09:32 AM | Show all posts
tak la berjiran sgt, jauh tu acik... oko katakan lah berjiran, pastu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
xde antu dh pun kan..
ayah n mak i selalu bkk cite psl ni sbb i xde lg masa kejadian tu..dgr dgr gitu je la
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
delsmomm replied at 24-12-2024 09:08 AM
so kalau berjiran, kena buat apa?

nak kena ziarah 'rakan2' kat situ ke hape?

kena hati hati kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:02 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 24-12-2024 08:17 AM
yg kata nk robohkan, clearkan dan bina taman or something tu tak jadi ke

tak silap tanah situ high risk kan.
so nk re-dev susah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
iols terkejut dia ckp berjiran tu umpama sebelah sepelaung je, sbb setau iols kwsn sekitar pun dikosongkan. rupanya nun dari jarak pandangan atas.
kalau gini iols blh ckp berjiran dgn trx dan bangunan merdeka tu jelas kelihatan dari balkoni ni haaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:05 AM | Show all posts
Edited by Samerosie at 24-12-2024 10:06 AM

Mesti kau bukan dari asal KL atau Selangor kan...sebab kalau kau agen jual properties around KL mesti tau.  Ini mesti sskjp time raya cina/melayu/india/ayam bertelur pun mengeletis nak balik ke sana kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi content. Itu bukan berjiran, view nampak situ. Kalau macam tu semua orang yang boleh view KLCC, TRX, 118 kira 'berjiran' jugak la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dia dok kat bangunan tinggi skali atas bukit tu. Yg tu ye la berjiran sebab bawah tu highland towers.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:32 AM | Show all posts
syamzana replied at 24-12-2024 10:04 AM
iols terkejut dia ckp berjiran tu umpama sebelah sepelaung je, sbb setau iols kwsn sekitar pun dikos ...

kannn
klu iol selain 2 building tu, klcc dgn kl tower jugak

nun dr putrajaya
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Angker takpe, tapi takut bangun tidur dah kena balun dalam kubur je. Tidur pun tak lena bila tahu kawasan tu ada sejarah dan risiko tanah runtuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 24-12-2024 07:33 AM
Angker ke dak? Kalau tak angker, ok jahh nak dok

Angker tak kisah sangat..angka interest bank yang tak sanggup.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.048064 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list