View: 68288|Reply: 15
|
[Dunia]
4 negara tidak menyambut kedatangan tahun baharu 2025
[Copy link]
|
|
Bila tiba akhir tahun, ramai yang mula memasang azam baru sebagai persediaan untuk melangkah ke bab kehidupan seterusnya.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat empat negara di dunia ini yang tidak akan menyambut kedatangan tahun 2025 pada 1 Januari?
Situasi ini berlaku kerana peralihan tahun baru di empat negara tersebut tidak sama seperti kebanyakan negara lain disebabkan penggunaan kalendar unik mereka.
Hampir semua negara, termasuk Malaysia, menggunakan Kalendar Gregorian atau Kalendar Masihi untuk urusan rasmi.
Namun, empat negara ini berpegang kepada sistem kalendar tradisional mereka yang berbeza, menjadikan waktu peralihan tahun baru juga tidak sama.
NEPAL
Nepal menggunakan kalendar yang dikenali sebagai Vikram Samvat (VS), yang berasaskan fasa bulan dan matahari untuk menentukan strukturnya.
Kalendar ini mempunyai 12 bulan dalam setahun, dengan jumlah hari dalam sebulan antara 29 hingga 32 hari, bergantung pada perkiraan astronomi.
Setiap tiga tahun, kalendar ini menambah satu bulan tambahan sebagai tahun lompat untuk menyelaraskan perkiraan bulan dan kitaran matahari.
Ia mula digunakan pada tahun 57 sebelum Masihi, sebagai tanda memperingati kemenangan Raja Vikramaditya dalam pertempuran.
Mengejutkan, disebabkan kalendar ini bermula 57 tahun lebih awal berbanding Kalendar Masihi, Nepal kini berada di tahun 2081.
Tahun baru dalam kalendar ini disambut pada pertengahan bulan April. Jadi, pada 1 Januari nanti, Nepal kekal berada di tahun 2081.
Di Nepal, VS digunakan secara rasmi, termasuk dalam sistem pendidikan, untuk menentukan perayaan dan cuti kebangsaan.
Selain itu, kalendar ini juga penting dalam sektor pertanian sebagai panduan untuk musim menanam dan menuai.
Namun begitu, rakyat Nepal memahami Kalendar Masihi dan turut menggunakannya untuk urusan antarabangsa.
IRAN & AFGHANISTAN
Iran dan Afghanistan tidak akan memasuki tahun 2025 pada 1 Januari kerana kedua-dua negara tersebut menggunakan Kalendar Hijriah Shamsiah atau Kalendar Solar Hijri sebagai kalendar rasmi mereka.
Kalendar ini mempunyai 12 bulan, di mana enam bulan pertama mengandungi 31 hari, lima bulan berikutnya 30 hari, dan bulan terakhir 29 hari.
Ia bermula pada ekuinoks musim bunga, biasanya sekitar 20 atau 21 Mac dalam kalendar Gregorian, dan menandakan permulaan tahun baru yang dikenali sebagai Nowruz.
Ia menyerupai Kalendar Islam tetapi dengan kiraan yang diselaraskan mengikut keperluan negara mereka.
Kalendar ini digunakan secara rasmi untuk urusan harian di kedua-dua negara, manakala Kalendar Masihi digunakan hanya untuk urusan antarabangsa.
Oleh itu, tahun baru di Iran dan Afghanistan bukan pada 1 Januari seperti dalam kalendar Gregorian. Sebaliknya, mereka kekal di tahun 1403 sehingga Mac nanti.
ETHOPIA
Ethiopia menggunakan sistem kalendar yang dikenali sebagai Coptic, yang merupakan salah satu kalendar tertua di dunia.
Kalendar ini mempunyai 13 bulan, dengan 12 bulan pertama masing-masing mengandungi 30 hari, manakala bulan terakhir, yang dipanggil Pagumē, hanya mempunyai 5 atau 6 hari bergantung kepada tahun tersebut.
Sistem kalendar ini mula digunakan kira-kira 7 hingga 8 tahun selepas pengenalan Kalendar Masihi, dan tahun baru di Ethiopia disambut pada bulan September.
Seperti tiga negara lain yang telah disebutkan, Ethiopia menggunakan kalendar ini untuk pelbagai urusan rasmi, keagamaan dan pentadbiran kerajaan.
Oleh kerana perbezaan sistem ini, Ethiopia kini berada di tahun 2017, dan perubahan tahun tidak akan berlaku pada 1 Januari kelak.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yg pasal ethiopia i ingat lagi sekitar taun 2001/2002 camtu ada citer jejak rasul kat tv3 satu episode tu pasal negara ethiopia.. waktu tu hos jejak rasul ada mentioned yg negara tu masih di tahun 1994 |
|
|
|
|
|
|
|
Arab Saudi termasuk tak? Sebab di Arab Saudi tiada cuti umum Tahun Baru Masihi dan Hari Pekerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni ok je tak sambut... yang kitorang suka bab cuti public holiday aje |
|
|
|
|
|
|
|
ardent91 replied at 28-12-2024 06:56 PM
yg pasal ethiopia i ingat lagi sekitar taun 2001/2002 camtu ada citer jejak rasul kat tv3 satu episo ...
Meanwhile brunei masih stuck di era 1980an... |
|
|
|
|
|
|
|
Menyambut perjalanan memusing matahari sebanyak sekali |
|
|
|
|
|
|
|
jiran i org ethopoa..tp kan dia helok jgk..student mcmtu..gelap tp xsgt la..mcm kulit melayu yg hangus sikit je..terkejut jgk org sana helok cmtu....i bygkn mcm negro sikit..dh la nampak mcm baik je bdk tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Artikel yang sangat menarik, thanks TT |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap replied at 29-12-2024 12:18 PM
Artikel yang sangat menarik, thanks TT
Kannn
#nowiknow |
|
|
|
|
|
|
|
Jangankan Tahun Baru aje, hari-hari khusus meraikan seseorang atau sesuatu benda macam Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru dan hari Wanita serta seumpanya sekali pun taknah sambut sebab ia semua bukan hari besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Thailand sekarang pun dah tahun 2567
The reckoning of the Buddhist Era in Thailand is 543 years ahead of the Gregorian calendar (Anno Domini), so the year 2024 AD corresponds to B.E. 2567.
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 29-12-2024 04:11 AM
jiran i org ethopoa..tp kan dia helok jgk..student mcmtu..gelap tp xsgt la..mcm kulit melayu yg hang ...
Orang sana memang helok la. Lelaki perempuan tulang pipi tinggi, jawline terbentuk, muka kecik tirus ori, pehtu slim cantik. Cer google Ethiopian models. Orang kulit hitam ni yang tak berapa lawa/hensem tu, Nigerian ja. |
|
|
|
|
|
|
|
Johor pon x cuti tahun baru..kira x sambut la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 29-12-2024 07:16 PM
Orang sana memang helok la. Lelaki perempuan tulang pipi tinggi, jawline terbentuk, muka kecik tir ...
done search...betul la kaka ticer..helokk dorg punua features muka tu..ptt la...i ingt je ngn geng nigger |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss duk Johor...sepanjang duk sini anak sekolah 1.1 jd iolss x fkr ke negara lain...disini pun sama je mcm hari biasa...cuma iolss tefkr adekah Johor ni usia dia lebih tua dr tahun masehi 2025.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|