CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67291|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pergaduhan di stesen LRT: Beberapa individu lain akan ditahan - Polis

[Copy link]
Post time 28-12-2024 06:09 PM | Show all posts |Read mode


JEMPOL: Polis akan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata setakat ini, lapan individu berusia antara 20 hingga 24 tahun telah ditahan hasil pengecaman wajah dan gambar menerusi video tular.

"Kita sedang melengkapkan siasatan dan akan menjejaki beberapa individu lain. Berdasarkan rakaman yang jelas, Insya-Allah kita akan buat tangkapan. Jika terdapat gambar yang tidak dapat dikenal pasti, kita akan keluarkan kenyataan media untuk meminta bantuan orang ramai.

"Arahan saya jelas, tangkap semua yang terlibat dalam insiden ini, terutamanya mereka yang mencetuskan pergaduhan. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Sokongan Lelaki/Wanita Siri 1/2024 yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Pada 21 Disember lalu, polis mengesan satu video tular memaparkan kejadian pergaduhan tersebut di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, laluan Ampang-Sri Petaling.

Insiden itu melibatkan antara 20 hingga 30 orang yang bertindak agresif dengan bertumbuk, membaling tong sampah serta menendang pintu tren hingga mengakibatkan kerosakan yang menyebabkan pihak Prasarana Malaysia Berhad membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Rusdi berkata pihak polis akan meningkatkan kawalan keselamatan, termasuk di sekitar KLCC, Bukit Bintang, Dataran Merdeka, serta kawasan-kawasan lain di ibu negara sempena sambutan Tahun Baharu.

"Persediaan ini telah dilakukan sejak sebelum sambutan perayaan Krismas lagi. Sudah tentu ramai yang akan hadir untuk sambutan tersebut, dan keadaan mungkin menjadi sesak. Oleh itu, kita meminta orang ramai untuk mematuhi peraturan yang ada, selain kita juga menambah jumlah anggota polis yang berkawal di kawasan tumpuan," katanya. – BERNAMA
BERNAMA - Disember 28, 2024  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.510988 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list