View: 37920|Reply: 77
|
[Tempatan]
RM4 cukup masak nasi goreng sosej sekeluarga
[Copy link]
|
|
RM4 cukup masak nasi goreng sosej sekeluarga
NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
29 Disember 2024 12:56pm
Masa membaca: 2 minit
Luahan seorang wanita menggunakan baki wang yang ada untuk mengisi perut anak-anak dengan menyediakan nasi goreng sosej sementara menunggu suaminya gaji dua hari lagi.
SHAH ALAM - Dengan hanya RM4, seorang wanita berikhtiar menggunakan wang yang ada itu untuk menyediakan makanan buat mereka sekeluarga.
Situasi itu dikongsikan seorang pengguna media sosial, Deksya Schamilia menerusi hantaran dalam satu grup Facebook pada Sabtu.
Wanita itu memaklumkan, duit dalam akaun hanya berbaki RM4 untuk digunakan dua hari lagi sementara menunggu suami mendapat gaji.
Menurutnya, wang itu mulanya mahu digunakan untuk membeli ikan di kedai namun hasrat itu terbantut selepas melihat keadaan ikan dalam kurang memuaskan.
"Ke kedai cadang nak beli ikan tapi ikan tak segar kemudian nampak sosej terus ambil.
"Tapi sosej harga RM4.20, selok-selok poket, Alhamdulillah ada 20 sen. Alhamdulillah, jadilah nasi goreng sosej," kongsi wanita itu di hantaran tersebut.
Wanita itu menjelaskan, perkongsian tersebut bukan untuk meraih simpati sebaliknya sebagai kata-kata semangat untuk cekal bertahan.
"Semoga semua terus kuat hadapi ujian yang mendatang.
"Hantaran ini bukan minta simpati tapi nak sampaikan walaupun ada RM4 saja, macam-macam boleh buat kan.
"Harap esok boleh bertahan, mencabar bila cuti sekolah ni.. anak kejap-kejap lapar," katanya.
Hantaran tersebut pada Sabtu telah menerima 10,000 tanda suka, 1,100 komen serta 465 menekan butang kongsi.
Menerusi hantaran sama, ramai yang meluahkan rasa simpati dan ramai juga berkongsi pengalaman pernah mengalami fasa susah seperti itu.
Seorang pengguna media sosial memberitahu pernah mengalami fasa tersebut pada 2021 selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila terpaksa mencatu makan anak-anak yang lapar pada waktu malam kerana hanya tinggal sebungkus bihun dan sebiji telur untuk dibuat sarapan keesokan harinya.
Turut berkongsi pengalaman seorang suami yang membesarkan anak seramai tujuh orang melalui fasa hidup susah selama enam tahun hingga pernah sampai tidak makan selain terpaksa kutip kotak serta besi demi memberi isteri dan anak-anak makan.
Sementara itu, ibu kepada enam anak turut berkongsi situasi anak-anak tidak memilih makanan sewaktu dimasak nasi goreng kosong yang hanya ditumbuk bawang putih dan garam selepas terputus bekalan lauk termasuk telur selama dua ke tiga hari.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kak.. dari beli sosej tu baik beli telur kak beberapa biji utk buat nasi goreng. sumbe rprotein yg lebih baik dan sihat
elakkanla sosej2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosmahisham at 29-12-2024 03:42 PM
Aku x suka bau sosej ni dan x minat segala mala bebola x kira la perisa sotong, udg, dgg pon!buat nasi grg guna sosej ni bau x best.. baik letak ikn bilis je!to betul ke duit tgl rm4 je! |
|
|
|
|
|
|
|
Apalagi memburu tanah tepi jalan dan sungai tanam keladi ubi tebu keledek daun bawang pumpkin apa saja sayur kampung org x perasan ditanam, korang bukan duduk badland gurun artartika africa |
|
|
|
|
|
|
|
Beli mix vege brand kawan selalu yg rm 3 lebih. Goreng ngan nasik iols lagi selera nak makan. Sosej2 ni kurang sikit la. Tatau apa yng diproses jadi mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya, bawa RM 4 cukup ke beli ikan?
Beli sosej tak sihat lebih baik beli telur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa maksud tinggal rm4 dalam akaun? Dalam akaun bank ke? Bukankah minima baki akaun bank kena ada rm20?
Betul komen porumer. Daripada beli sosej, baik la beli telur. Kalau tak mampu beli 10 biji, ambik dulu dalam 5 biji, baru tak sampai rm4. Boleh buat nasi goreng telur. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh jap. Kalau boleh beli telur, tak perlu la nak goreng nasi lagi. Masak nasi je macam biasa kemudian goreng telur dadar, makan dengan kicap kalau ada. Pun sedap tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku jika tiada lauk, ibu dia goreng telur makan nasi dengan kicap jer
|
|
|
|
|
|
|
|
Meols suka sosej Ayamas sebab hada la juga rasa ayam banding sosej muroh2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
See
Sape kata hidup zaman madani ni harga naik semua
Kena la kreatif dan berjimat sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Lantakla die nk beli telur ke sosej ke. Tu duit dia. Telur tu pun kalau digoreng kolesterol tinggi, dgn risiko keracunan lg. Sosej tu maybe 1 paket ada 8 batang , 8 batang makan sebatang sehari cukup la seminggu. |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 29-12-2024 03:23 PM
kak.. dari beli sosej tu baik beli telur kak beberapa biji utk buat nasi goreng. sumbe rprotein yg l ...
Ak baru nk ckp bende yg sama.. Klu beli ikan bilis segenggam pun lepas 4hggt..telur pun blh dpt be berapa Biji... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 29-12-2024 05:42 PM
Meols suka sosej Ayamas sebab hada la juga rasa ayam banding sosej muroh2 tu.
Ank aku makan sosej muntah, sosej nutriplus diaorg cakap bagus tpi aku pun x lalu makan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lbh tertarik dgn nama dia. Hipster sgt tauuuu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 29-12-2024 11:13 AM
vespa_oren replied at 29-12-2024 10:46 AM
Ank aku makan sosej muntah, sosej nutriplus diaorg cakap bagus tpi aku pun x lalu makan
Sosej muntah tu apa? Ah ya sosej Nutriplus tu pun selalu aku beli. Yang gemuk hado cheese tiruan tu (). Dia tak masin dan tak letak pewarna sangat macam sosej2 murah tu. Aku suka beli untuk masak dengan pasta sebab anak2 suka. Tapi kalu nak jimat sangat aku beli ja sosej Wise Choice yang muroh perisa black pepper tu buat letak dalam nasik goreng. |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 29-12-2024 06:32 PM
Lantakla die nk beli telur ke sosej ke. Tu duit dia. Telur tu pun kalau digoreng kolesterol tinggi, ...
Kan .sevok btol dictate pilihan hidup org lain..ade je bebudak jenis xmkn telor...ni konsep mak asalkan anak kygmkn |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 29-12-2024 07:11 PM
Sosej muntah tu apa? Ah ya sosej Nutriplus tu pun selalu aku beli. Yang gemuk hado cheese tiruan t ...
Mkn sosej terus muntah lgi jika mkn sosej kt hotel, aku pun beli wisechoice madu tpi skrg diaorg minat ayam popcorn lak
Mkn mlm ini anak aku mkn telur goreng dgn kicap jer, |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 29-12-2024 11:49 AM
Mkn sosej terus muntah lgi jika mkn sosej kt hotel, aku pun beli wisechoice madu tpi skrg diaorg m ...
Ooo anak tokleh makan sosej.
Telur goreng dengan kicap tu heaven laaaaaaa
Tiber tingin nak makan. Dengan kicap ayam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai dia beli sosej tu utk mkn 2 hari je... lagi 2 hari laki dpt gaji nanti dia beli lah telur, ikan bilis, mix vege yg korang gigih cadang tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|