CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12985|Reply: 0

Suhu purata Jepun dijangka catat rekod tertinggi tahun ini

[Copy link]
Post time 30-12-2024 06:59 AM | Show all posts |Read mode

Suhu purata Jepun pada 2024 dijangka mencatat rekod tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut, menurut laporan media tempatan yang dipetik Xinhua. - Foto AFP.

TOKYO: Suhu purata Jepun pada tahun ini, dijangka mencatatkan rekod tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut, lapor media tempatan.

Suhu purata sehingga November lalu, direkodkan 1.64 darjah Celsius (°C) lebih panas, berbanding purata tahunan bagi tempoh 30 tahun sehingga 2020.

Angka itu mencatatkan tahap tertinggi sejak agensi cuaca Jepun mula mengeluarkan data pada 1898, lapor Kyodo News, memetik angka awal dikeluarkan Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Pegawai JMA berkata, suhu boleh dikategorikan luar biasa tinggi.

JMA berkata, suhu tinggi itu berpunca akibat udara panas dibawa angin barat yang bergerak lebih ke utara berbanding biasa, selain kesan pemanasan global.

Berdasarkan laporan berkenaan, suhu di Jepun terus meningkat sejak beberapa tahun lalu, dengan lima tahun antara 2019 dan 2023 mendominasi lima tahun paling panas.

Suhu purata permukaan laut di sekitar Jepun juga adalah 1.46 °C lebih tinggi berbanding purata tahunan pada akhir November lalu, melepasi rekod tertinggi dicatatkan pada 2023, sejak data boleh dibandingkan tersedia, pada 1908. - AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.261465 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list