View: 15489|Reply: 120
|
Masih Sihat & Jelita, Ini Gambar Terbaru Anita Sarawak Bersama Suami Selepas 14 Tahun Menyepikan Diri
[Copy link]
|
|
Edited by intan_smsb at 31-12-2024 03:25 PM
KUALA LUMPUR: Setelah 14 tahun menghilangkan diri dari dunia hiburan, penyanyi superstar Anita Sarawak, 72, akhirnya tampil melalui sekeping gambar yang memadam spekulasi mengenai keadaannya.
Gambar bersama suaminya, Mahathir Abdullah, diperoleh Berita Harian (BH) daripada bekas editor hiburan dan perunding konsert, Roslen Fadzil. Foto itu diberikan kepada Shuib Taib, bekas wartawan hiburan The New Straits Times (NST), yang berhubung terus dengan Anita dan Mahathir di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Dalam gambar itu, Anita kelihatan ceria dan sihat, menyangkal desas-desus yang mengaitkannya dengan masalah kesihatan seperti kanser. Penampilan beliau yang masih anggun memberikan kelegaan kepada peminat setia.
Namun, Anita menolak jemputan untuk menyertai konsert penghormatan kepada komposer terkenal, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan, yang dirancang berlangsung di Kuala Lumpur tahun depan. Walaupun pernah merakam lagu Cintamu Muzik Di Hatiku karya Allahyarham, Anita kekal dengan pendirian untuk tidak kembali ke dunia hiburan.
Menurut Roslen, penganjur konsert meminta bantuannya untuk mendapatkan persetujuan Anita pada Oktober lalu. Melalui usaha Shuib yang berhubung dengan Anita dan suaminya, jawapan akhirnya diterima.
“Mahathir memaklumkan melalui pesanan WhatsApp bahawa Anita tetap dengan keputusan bersara dan kini menjalani kehidupan yang lebih privasi dan tenang,” kata Roslen.
Keputusan Anita itu mungkin mengecewakan segelintir peminat, tetapi ia mencerminkan pilihan beliau untuk menikmati kehidupan baharu tanpa tekanan dunia seni. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-12-2024 02:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nape i rasa gamba ni cam gamba Ai? |
|
|
|
|
|
|
|
awat nampak macam muka noor kumalasari? |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur alhamdulillah kalo masih sihat.. sbb gosip2 beberapa tahun lepas dahsyat gak dgr..ada yg jumpa kat spital la apa la... |
|
|
|
|
|
|
|
ini gambar adik kaknita. 67 yrs old.
tentu kaknita akan nampak lebih tua. 72 yrs old.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambor edit la tu. Mesti nak kasi gambar kat wartawan Malaysia, nak plak wartawan nnt post kat media, takleh la kasi gmabar huduh2 kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masih Sihat & Jelita, Ini Gambar Terbaru Anita Sarawak Bersama Suami Selepas 14 Tahun Menyepikan Diri
Selepas 14 tahun menyepikan diri, foto terbaru penyanyi superstar Anita Sarawak bersama suaminya, Mahathir dapat mengubat rindu peminat.
Memetik BH Online, foto tersebut diperoleh daripada mantan editor hiburan dan penulis lirik yang kini perunding konsert, Roslen Fadzil.
Foto berkenaan diberikan kepada adik angkatnya yang juga bekas wartawan hiburan The New Straits Times (NST), Shuib Taib yang berhubung secara peribadi dengan Anita yang kini menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Menurut Roslen, Anita kini menjalani kehidupan penuh privasi dan dikatakan sudah bersara serta menolak undangan mengadakan konsert.
“Demi mendapatkan Anita, saya meminta bantuan adik angkat Anita, bekas wartawan Shuib Taib untuk menghubungi Anita dan suaminya Abang Mahathir di Las Vegas dengan harapan mereka akan bersetuju.
“Sesudah Shuib berjaya menghubungi mereka, akhirnya kami mendapat jawapan daripada abang Mahathir melalui WhatsApp.
“Hi Shuib. Terima Kasih kerana sudi menghubungi. Apabila saya memaklumkan kepada Kak (Anita) tentang pemergian Adnan dulu, beliau merasa begitu sedih, terkenangkan waktu beliau yang pernah dikongsi bersama salah seorang produser terbaik sepanjang zaman (Adnan).
“Berhubung undangan persembahan itu, Kak ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas tanda ingatan terhadapnya.
“Bagaimanapun, seperti yang diketahui, beliau sudah pun bersara ke arah kehidupan yang berbeza, lebih privasi sekarang yang beliau sendiri lebih selesa. Jadi mohon sampaikan kemaafan kami kepada pihak penganjur dan kami amat menghargai segala tanda ingatan,” kongsi Roslen.
SUMBER: Rotikaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Rindu kak nita. Kak nita mmg pr di vegas lah ya? Lama ekk dia hilang. Last rasanya kemunculan dia tahun 2009 tak silap |
|
|
|
|
|
|
|
Entah kenapa rasa something tgk gambar ni..kak nita sihat ke.. rambut tocang dua tu mcm pelik lak... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa perlu org lain yg menjawab bagi pihak Anita dan suami? Bau ikan di sana. Dan gambar tu tak real. |
|
|
|
|
|
|
|
yg dia sentap merajuk pasal apa?psl family ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kerusijati replied at 31-12-2024 07:08 AM
Entah kenapa rasa something tgk gambar ni..kak nita sihat ke.. rambut tocang dua tu mcm pelik lak...
Tak sihat mental la tu. Cuma masih bernafas masih fighting huntok kekal sane. Kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik susunan ayat pesanan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Anita dan Noorkumalasari adalah 2 pupu kpd mama saya. S Roomai Noor sepupu wan saya. Kalau kenduri kendara selalu juga mereka ajak arwah Umi Kalthom dtg dan dia rajin dtg utk jemputan kahwin berbanding Noorkumalasari. Anita Sarawak je kami x pernah jumpa in person... |
|
|
|
|
|
|
|
kan
nampak muda belia dgn rambut hitam lebat
|
|
|
|
|
|
|
|
gmbr tu mcm x real, mcm edit.
dan, kat LV tu takkan takde sape manusia dari Malaysia yg pernah nmpk dia? sb x pernah baca kat porem or mana2 socmed lain yg mengatakn berjiran, kg sebelah, rumah sebelah, or etc, yg boleh mengesahkan Anita ni ok sepanjang hilang dari radar? kan dah berpage2 spekulasi kita duk bincang psl ni kat thread dolu2 tu..
sesiapa ada jiran or anak beranak kat las vegas sana, takde ke nk story kat sini?
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah masih mampu bertocang, rambut pun hitam sihat lg. Pipi pun masih terletak. Bibir masih munggil. Mata masih bundar. Boleh share tips kecantikan dan kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|