Aku nak cerita pasal Pendamping Leluhur atau Khodam Leluhur berdasar mimpi dan peristiwa2 aneh yang aku alami.
Aku tak tahu lah benda ni saka atau apa.
Tapi aku tak pernah menjamu atau bagi sesajen.
Aku perasan bila aku solat, baca Al Quran dan zikir....pendamping aku tu makin kuat, terasa wujud dan aku rasa selamat..walaupun aku tinggal seorang2 di rumah pusaka datuk ku.
Aku perasan bila hati aku bening dan baik pada seseorang, bila orang tu buat aku tersentap, dia terus dapat demam luar biasa.
Ada beberapa peristiwa lain juga.
Aku tak tahu la di kalangan forummer yang pernah bergaduh dengan aku ada terkena kesyialan ni ke tak.
Author|Post time 2-1-2025 12:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 2-1-2025 12:13 AM
Aku dibesarkan sehingga umur 10 tahun di Sentul, Kuala Lumpur
Kemudian bapa ku pindah kerja dan kami menetap di kuaters kerajaan di sebuah daerah kelahiran bapa ku di negeri Selangor.
Selepas aku hampir tamat pengajian ijazah di UiTM dalam bidang Perladangan (Plantation Management). Bapaku telah pencen dan berpindah di kampung dalam daerah yang sama.
Arwah bapaku meruntuhkan Rumah Selang dan menggantikan kepada rumah batu lantai bawah. Dan Rumah Ibu berbumbung Limas masih dibiarkan utuh berdiri.
Semasa berpindah keluargaku sibuk membahaskan tentang saka, bapaku kata, orang berebut mahukan pusaka tapi tidak mahu mengambil saka.
Tapi aku percaya bapa aku bukan yang dipilih oleh Pendamping Leluhur..tetapi telah melangkau bapaku, dan dia tahu tentang perwarisan itu.
Pada suatu petang, aku tidur di Rumah Selang yang ditukar oleh bapaku menjadi batu (renovation)
Kejadiannya waktu petang yang terang bederang bukan waktu malam.
Tangga dan lantai Slab untuk naik ke Rumah Ibu masih belum dipasang handrail.
Author|Post time 2-1-2025 12:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 2-1-2025 01:12 AM
Aku dari kecil sangat berminat dengan taman berbau wangi, masa umur 19 tahun aku ke perpustakaan Tun Razak UiTM mencari tentang ilmu kejawen walaupun hanya sebelah datuk ibuku berketurunan Jawa....membaca tentang Ronggowarsito.
Aku pernah membayangkan diri aku mengaji dan betapa dalam hutan.
Tapi aku hilang arah untuk mencari guru/pembimbing.
Aku pernah nampak satu mata air di tepi laut dalam Facebook. Jiwa aku meronta untuk ke tempat tu, tapi perlu meredah hutan, cara paling mudah guna kayak.
Lagi satu gua di dalam air terjun, lokasi di Gunung Jerai. Jiwa aku meronta nak ke situ, tapi belum sampai. Aku sering bayangkan kawasan tu dari umur 23 tahun. Aku lihat lokasinya sama dengan air terjun di Gunung Jerai di TikTok cuma alirannya lebih deras.
Author|Post time 2-1-2025 12:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 2-1-2025 01:17 AM
Baru2 ni aku buat puasa Weton dan cuba untuk puasa Apit Weton, Mandi Keramas dan Cuci Muka dengan beberapa ayat...aku rasa jiwa aku lebih tenang.
Hizib Nawawi, Surah Yassin dan Hizib Izzah buat aku lebih tenang dan yakin diri bahawa aku bukan seorang dalam menempuh ujian hidup ini. Untuk meneruskan perjuangan leluhur. Walapun ramai musuh (orang2 yang berpura-pura)
Post time 2-1-2025 09:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 2-1-2025 09:23 PM
Ai dah agak hang ada saka ka pendamping ka, sbb taksub perkara2 purba merentas zaman, perkara2 aneh2 yg org moden xde kisah, jika jasad dikuasai pendamping agak2 dia bawak jalan2 terbang pergi sana sini
Author|Post time 2-1-2025 10:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 2-1-2025 10:32 PM
ninja boy replied at 2-1-2025 09:20 PM
Ai dah agak hang ada saka ka pendamping ka, sbb taksub perkara2 purba merentas zaman, perkara2 aneh2 ...
Ye, kalau orang buat jahat kat aku, aku boleh dapat mimpi...aku biasa mimpi sekitar kampung aku (tempat aku tinggal)
Rumah kampung dah lama tinggal pun aku boleh nampak rumah tu cantik...siap ada pekan dan ada persiapan karnival belakang rumah tu.
Biasa mimpi2 tu bagi arahan contoh mimpi buat pagar tapi pagar tu renggang2. Mimpi asap putih tinggi dari jauh (arah kawasan pekan cowboy dekat kg aku). Mimpi aku dengan anak2 imam kampung ni kat tepi sungai.
Mimpi tulisan rumi bertulis "Surah Al Jumuah Ayat 11" sebab aku tinggal solat jumaat.
Ada trainee aku pernah khianat aku , aku dah dapat hidu bau kapur barus kat badan dia. Trainee aku tu mati 3 bulan selepas aku resign dan balik Semenanjung. Aku tahu dia mati selepas setahun, time call ex staff aku di Sarawak.