View: 29204|Reply: 10
|
Wanita single bengang kena tanggung adik perempuan dah kahwin- Adik ipar biawak hidup, lampin anak pun tak beli
[Copy link]
|
|
Seorang pelayar di laman sosial berkongsi kisah mengenai rakan wanitanya yang dibebani dengan tanggungan luar jangka.
Menurutnya, wanita berkenaan merupakan anak kedua, mempunyai abang dan adik perempuan tetapi terpaksa menyara adiknya yang sudah pun berumah tangga.
"Kawan saya tu masih belum berkahwin sama macam saya. Tapi saya tak kahwin sebab sudah malas nak fikir bab jodoh dan sebagainya.
"Tapi dia punya cerita sangat sedih. Abang dia yang sulung pun tak kahwin lagi sebab menanggung adik-beradik," ujarnya memulakan cerita.
Menurut wanita itu, masalah mula timbul apabila adik perempuan bersama suami iaitu adik iparnya memutuskan untuk tinggal bersama ibu bapa mereka.
Malah, situasi menjadi lebih rumit apabila ibu bapa mereka sudah tua dan sering sakit kerana faktor usia.
Bagaimanapun, adik perempuannya memberikan alasan kononnya mahu menjaga ibu bapa di rumah tetapi hakikatnya, perkara sebaliknya pula yang berlaku.
"Adik dan suami dia duduk je tak kerja tak buat apa. Kasihan kena bela suami isteri tu dua hingga tiga tahun. Mak ayah pula sudah tua dan sakit.
"Alasan adik nak jaga mak ayah di rumah sebab tak ada siapa nak menjaga konon. Akhirnya, beranak-pinak dekat rumah tu juga.
"Guna duit ihsan yang abang dan kawan saya bagi dekat mak ayah setiap bulan. Sampai sekarang tak ada hati nak pindah rumah atau cari kerja. Nak beli lampin anak pun minta duit kakak dan abang," jelasnya.
Perkongsian wanita itu mengenai nasib rakannya yang terpaksa berhadapan keluarga sebegitu meraih simpati ramai warga maya.
Rata-rata netizen menggesa agar adik perempuan dan suaminya perlu belajar berdikari dan tidak mengambil kesempatan atas ihsan lain.
"Habis tu adik ipar dia tu buat apa, lelaki macam ni memang kena putus terus.
"Jangan dibela 'biawak hidup' macam ni. Mudarat hidup sampai ke sudah.
"Elok angkut mak ayah tu pergi rumah abang. Biar yang menumpang tu duduk rumah tu. Bukan main ya dah beranak tak reti cari duit bela anak," komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jijiks laaa perangai jantan mcmni.duduk sajaaaa xreti cari keje.wei kalau ko keje 7e pon org xsakit mata la tgok ko duduk rmh mertua.ni jntan pemalas ni.jijiks |
|
|
|
|
|
|
|
Haaaaa, adik ipar tu mulayu kan????
warga asing datang dengan bawa baju 5 helai pun boleh hidup selesa hantar duit balik kampung kerja apa patut di malezia ini. |
|
|
|
|
|
|
|
nak selesaikan masalah senang je..
suruh mak bapak kau sediri halau biawak dalam rumah tu..
kalau mak bapak kau sendiri pun merajakan biawak dalam rumah tu, 1001 nasihat orang bagi sampai berbuih sawan pun tak jadi..
kau pun biawak minta duit kau bagi kenapa..
suruh la dorang pergi cari kerja..
|
|
|
|
|
|
|
|
mak ayah duduk area mana? kampung? kalau kampung, hang bagi 300, abg hang bagi 300 dah rm600 cukup sgt buat makan. elektrik air , bayar je online
Abgnya kalau nk kawin, boleh sgt dah adik2 bukan bawah umur nk tanggung belajar. plus kalau ada yg bawah umur, that not hisresponsibility , mak pak punya tanggungjawab, depa pilih untuk ada anak
adik yg jaga mak pak tu suka hati depa la.. nk hidup pandai2 la .. dah tahu menumpang ada hati siap beranak pinak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Wujud ya lakibini parasit menumpang rumah parent kulit muka setebal biawak. Memang dorang tak kisah padahal kt rumah tu ada adik beradik yg bujang. Dasar laki bini parasit cakap la apapun takkan pindah selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
mak, ayah still sihat boleh lagi nak menumpang, bila dah sakit nanti sibuk post pasal tanggungjawab anak lelaki jaga mak, jangan dengar cakap bini sangat. pastu sibuk nak duduk rumah sendiri lak |
|
|
|
|
|
|
|
Minta dijauhkan la dari keturunan camni.
Punyala pemalas sampai laki bini tknak cari keje.
Patutnya duit ihsan tu tk payah bg diorg |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je duduk rumah mak ayah kalau takda sapa nak tengok2kan..cumanya janganlah tak kerja..kena ada common sense. Kerja dan berbagi rezeki.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahanie replied at 5-1-2025 08:59 PM
Sebab ada enabler
Betul tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|