Sementara itu, mengulas sejauh keperibadian dimiliki penyanyi lagu Pasrah itu, Mr E menyifatkan Erra sebagai wanita matang.
"Sudah tentu saya senang dengan sikapnya sebagai wanita profesional, matang dan boleh dibawa berbincang mengenai apa sahaja perkara. Jadi, keakraban wujud atas dasar keserasian.
"Malah, personaliti baiknya itu membuatkan kami terbuka untuk saling berkawan. Tak lebih daripada itu," katanya lagi.
Terdahulu, BH melaporkan Erra mengakui dia dan lelaki misteri masih dalam fasa berkenalan.
Malah, Erra juga enggan mengulas lanjut mengenai hubungan tersebut kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali dan berterima kasih kepada semua pihak mendoakan yang baik-baik.
Semalam, Erra menerusi Insta Story (IGs) menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran buat seorang individu yang kemudiannya tular dalam media sosial.
Malah, ada yang mula berteka-teki apabila hantaran berkenaan ditujukan kepada seseorang yang tidak dimaklumkan identiti, selain turut menggelapkan foto terbabit.
Menerusi hantaran sama, Erra menyifatkan individu itu sebagai lelaki yang mendamaikan.
Sumber : BH