CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13712|Reply: 5

Edry kecewa layanan terhadap anak autisme - "Ia berbeza di luar negara. Ketika saya dan isteri naik tram di Manchester"

[Copy link]
Post time 4-1-2025 04:44 PM | Show all posts |Read mode



"Insiden itu dua minit tapi parut dan kenangan seperti sepanjang hayat di mana anak autisme saya kena maki pasal nak minum air," kata Penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim.

Edry yang juga trio Kru meluahkan perkara itu ketika diminta mengulas layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran baru-baru ini.

Kata Edry, dia membuat pendedahan insiden menimpa anak istimewanya itu untuk masyarakat membuat perubahan serta memberi pengajaran kepada orang lain.

"Masyarakat kita juga kadang-kadang kurang peka kepada golongan istimewa ini.

"Tujuan saya bukanlah nak memalukan kakitangan atau tularkan kedai itu.

"Kerana RM12 dan dua minit itu, saya ada memori yang tak 'pleasant'. Untuk melihat seseorang kena maki macam halau anjing, bagi saya ia bukanlah layanan yang sesuai untuk golongan istimewa ini," katanya ketika ditemui pada majlis apresiasi media dan pengumuman istimewa Konsert GenKRU yang berlangsung di sebuah hotel di sini, petang semalam.

Mengulas kejadian itu, Edry berkata, bayangkan ibu bapa yang memiliki anak istimewa ini terpaksa minta maaf pada orang terlebih dahulu kerana bimbang anak istimewanya melakukan kesalahan bila di luar rumah.

"Tapi berapa kali nak minta maaf kerana saya mahu anak istimewa saya hidup macam orang biasa pergi kedai dan minum air.

"Saya bukannya nak marah tapi saya mohon kalau nampak golongan istimewa ini berilah mereka ruang sikit.

"Ia berbeza di luar negara. Ketika saya dan isteri naik tram di Manchester, Emery pula buat perangai dan ada seorang pakcik datang dan marah pada saya supaya jangan berkasar pada anak kami itu," katanya.

  


Terdahulu, Edry melalui entri berbentuk video di Instagram (IG) memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal kerana ada kala mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.

Untuk rekod, Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat anak iaitu Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.

  



Sumber : Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya kalau org tau seseorang tu OKU dorang takkan kasar kot. Maybe staf tak sedar and tengah peak hours. Tapi mmg betul Edry ckp di malaysia ni awareness mmg kurang. Tapi bukannya tak ada langsung. Cuma kurang. Ramai je org layan OKU dgn baik. Mak bapak pun kena main peranan. Klu anak OKU belum ready berdepan dgn masyarakat kena ajar slow slow. Mcm Zarina dia berani lepaskan Azal tapi Azil tak boleh. Sebab dia tau Azal dah boleh deal dgn public. Edry pun kena belajar byk jugak jgn asyik nak salahkan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Meluat jika ada parents mcm bapak si Air dem atau budak yang ragut tetek pompan tu. Berbeza dan parents Andi Miranti yg tulis buku tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 08:49 PM | Show all posts
Hari tu siapa tah yg p japan. Influencer ka retis..Kena marah jugak dekat pintu masuk disney. Dgn restoran. Kesian jugak
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Anaknya minum air cmana klu dh kena marah??ada makpak awal2 lagi dh pesan kat anak2 do's & dont's bila gi jln2...mungkin dia harap masykt yg kena paham situasi anaknya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya, orang normal pun selalu dikasari / tak dilayan seperti sepatutnya bang. Kenapa? Sebab dalam hidup kita ni hado ramai assholes sekeliling kita. So just suck it up. Sambil2 sebar awareness.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.043330 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list