CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15471|Reply: 1

[Dunia] Lelaki lumpuh pukul isteri curang guna sepana sampai mati

[Copy link]
Post time 5-1-2025 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) tergamak membunuh isterinya dengan menggunakan sepana, gara-gara cemburu terhadap mangsa.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Kedungrandu, Banyumas, Jawa, malam Jumaat minggu lalu, lapor Detik.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Komisioner Andryansyah Rithas Hasibuan berkata, suspek yang lumpuh dan berkerusi roda itu mengambil kesempatan ketika mangsa tunduk untuk mengambil telefon bimbit.



Ujarnya, suspek memukul kepala mangsa menggunakan sepana lebih daripada sekali.

"Daripada hasil kenyataan suspek, kerana tiada saksi yang melihatnya, berlaku lebih kurang tiga kali pukulan. Menurut kenyataannya, suspek juga mencekik mangsa," katanya.

Selepas melakukan pembunuhan tersebut, suspek membuat pesanan teksi dalam talian dan menyerah diri kepada Polis Patikraja.

Andryansyah mendedahkan motif awal pembunuhan disyaki kerana suspek cemburu terhadap mangsa.

"Isterinya didakwa mempunyai hubungan sulit. Pelaku disyaki ada melihat telefon bimbit mangsa,"katanya lagi.

Suspek kini didakwa mengikut Perkara 44 perenggan 3 Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (KDRT) dengan ancaman hukuman penjara 15 tahun.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 02:19 PM | Show all posts
innalilah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.038824 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list