Atu bagaimanapun membalas perkara itu dengan menyifatkan Sharif mungkin tidak sedar apa sedang dikatakan ketika bercerita.
Lalu Sharif memohon maaf andai perkara itu menyakitkan hati Atu dan menjelaskan tujuan dia cerita kerana mahu memberi inspirasi kepada orang ramai.
Dalam perkembangan lain, Atu teruja apabila single pertama kumpulan Zero bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Tambah Atu, menerbitkan sebuah lagu adalah salah satu cara mereka kekal relevan dalam industri selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menyertai mana-mana pertandingan komedi.
"Dalam bulan ini insya-Allah lagu debut pertama kumpulan Zero akan keluar.
"Nak buat lagu ni bukan mudah, rupanya banyak liku-liku yang kena kami lalui.
"Lagu ni salah satu cara untuk kami kekal relevan walaupun sudah tak masuk mana-mana pertandingan," jelasnya.
Sumber: mStar