CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4385|Reply: 5

Lelaki sanggup Kerat 4 jarinya untuk berhenti kerja

[Copy link]
Post time 6-1-2025 04:34 PM | Show all posts |Read mode





New Delhi: Seorang lelaki India sanggup mengerat empat jarinya kerana takut memberitahu hasratnya ingin berhenti kerja.


Mayur Tarapara, 32, dari Gujerat, mengaku kepada polis memotong empat jari di tangan kirinya bagi mengelak terus bekerja sebagai pengendali komputer di syarikat milik saudaranya.


Sebelum itu, Mayur membuat laporan polis, mendakwa empat jarinya terpotong selepas dia pengsan di tepi jalan ketika menunggang motosikal ke rumah rakannya.


Polis pada mulanya percaya jari lelaki itu dicuri untuk ritual ilmu hitam, namun siasatan mereka mendapati cerita Mayur cumalah rekaan.


Kes pelik itu dilaporkan di balai polis Amroli, Surat sebelum dipindahkan ke Cawangan Jenayah bandar itu.


Penyiasat mula memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan mangsa mendakwa pengsan serta menyiasat saksi.


Dalam rakaman itu, Mayur kelihatan meletakkan motosikalnya berhampiran jalan sebelum berlalu pergi dan pulang dengan tangan kiri cedera.


Disebabkan tiada siapa melihatnya pengsan di tepi jalan, polis mendesaknya sehingga Mayur mengaku mengerat jarinya sendiri kerana tidak mahu bekerja di syarikat berlian milik saudaranya lagi.


Dia tidak mahu memberitahu mereka, kecacatan empat jarinya menyebabkan dia tidak layak untuk kerja itu.


Pegawai polis memberitahu The Hindu, Mayur membeli pisau tajam dari sebuah kedai berhampiran Char Rasta di Singanpore.


"Empat hari kemudian, dia ke Jalan Lingkaran Amroli dan meletakkan motosikalnya di situ.


"Kira-kira jam 10 malam, dia mengerat empat jari menggunakan pisau dan mengikat tali berhampiran siku untuk menghalang aliran darah.


"Dia kemudian memasukkan pisau dan jari ke dalam beg sebelum membuangnya," katanya.


Polis berjaya menemui beg dengan tiga jari lelaki itu dan mereka masih meneruskan siasatan untuk menyelesaikan kes pelik itu.


Sumber : – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup tahan sakit
Sanggup potong sdri
Sanggup jd cacat kekal
Mmg tgh stressed n desperate utk resign.


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapa tolol lain la kalau kata nak claim insuran ni nak resign je
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 08:43 AM | Show all posts
laaa hai..bodoh next level betoi

dr jari baik ko kerat je kote supaya tak membiak & menurun kebodohan itewww
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 09:27 AM | Show all posts
bongok pekat betul kau ni... hntr jela surat resign lps tu terjun bangunan.. settle
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau ingat jari tu mcm kuku? Boleh tumbuh2?
Bangang nye laaa jantan gini. Dahla 4. Satu je takboleh ke bangang?? Ah lantak ko lah, jari ko
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.330553 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list