CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4322|Reply: 2

Antony Blinken yakin gencatan senjata di Gaza dapat dicapai

[Copy link]
Post time 6-1-2025 04:35 PM | Show all posts |Read mode





Seoul: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menyuarakan keyakinan perjanjian gencatan senjata di Gaza akan tercapai, tetapi mungkin selepas Presiden Joe Biden meninggalkan jawatan pada 20 Januari.


Blinken, yang sebelum ini mencuba berkali-kali tetapi gagal tahun lalu untuk menjadi perantara dalam gencatan senjata antara Hamas dan Israel, berkata pentadbiran Biden 'akan bekerja setiap minit setiap hari' sehingga akhir tempoh perkhidmatannya untuk memastikan perjanjian tebusan berjaya dicapai.


"Kami sangat ingin membawa perkara ini ke garisan penamat dalam dua minggu akan datang.


"Sekiranya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu akan datang, saya yakin ia akan dicapai satu hari nanti, mudah-mudahan lebih cepat.


"Jika berjaya, ia akan berdasarkan pelan yang diketengahkan oleh Presiden Biden dan disokong hampir seluruh dunia," kata Blinken kepada wartawan semasa lawatannya ke Seoul.


Presiden terpilih Donald Trump, yang akan mengambil alih jawatan pada 20 Januari, berjanji memberi sokongan lebih kuat kepada Israel dan memberi amaran kepada Hamas mengenai 'neraka yang perlu dibayar' jika ia tidak membebaskan tebusan yang ditahan dalam serangan pada 7 Oktober 2023.


Seorang pegawai Hamas menyatakan pada Ahad kumpulan itu bersedia untuk membebaskan 34 tebusan dalam 'fasa pertama' perjanjian berpotensi dengan Israel, yang mengesahkan perbincangan tidak langsung sudah disambung semula di Qatar.


Blinken menyatakan berlaku 'pembabitan yang lebih intensif' oleh Hamas untuk mencapai perjanjian, tetapi menekankan ia belum selesai sepenuhnya.


"Kami memerlukan Hamas untuk membuat keputusan muktamad yang perlu untuk melengkapkan perjanjian.


"... dan secara asasnya mengubah keadaan bagi tebusan, membawa mereka keluar, untuk penduduk di Gaza, membawa kelegaan kepada mereka, dan untuk wilayah secara keseluruhan, mewujudkan peluang untuk benar-benar maju ke arah yang lebih baik," kata Blinken.


Blinken sudah melakukan 12 lawatan ke Timur Tengah sejak serangan besar-besaran pada 7 Oktober 2023 oleh Hamas ke atas Israel, yang bertindak balas dengan kempen ketenteraan tanpa henti di Gaza.


Sumber : – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Genjatan senjata di Gaza, cease fire di Ukraine....lepas tu dia sambung dengan new Pandemic pula.

Keluar mulut rimau masuk mulut buaya pula.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter: Genjatan senjata di Gaza, ceas ...


tak kan stop dah perang kali ni..stop dua tiga hari akan sambung lagi sampai ww3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037106 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list