View: 4658|Reply: 15
|
Insiden kekecohan warga Palestin dibawa ke mesyuarat jemaah Menteri Rabu ini - Fahmi
[Copy link]
|
|
Sepang: Insiden kekecohan membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini, bagi tindakan lanjut.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat pada minggu ini akan mendapatkan maklumat terkini daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
"Dalam beberapa mesyuarat Jemaah Menteri yang lepas ada dibangkitkan aspek pemindahan (warga Palestin) ke premis yang baharu.
"Setakat ini belum dimaklumkan kepada Jemaah Menteri, tapi saya pasti selepas mesyuarat hari Rabu (ini) akan ada sedikit kemas kini untuk rakan media," katanya kepada media selepas perasmian kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, hari ini.
Semalam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan membabitkan warga Palestin di WTKL pada petang Sabtu seperti yang tular di media sosial, dikatakan berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.
Insiden itu kejadian kedua, dengan yang pertama pada Oktober tahun lalu.
Pada 16 Ogos lalu, Malaysia membawa 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, manakala saudara-mara lain ditempatkan di WTKL.
Ditanya tindakan kementerian susulan beberapa video tular berkaitan kekecohan termasuk insiden di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Fahmi berkata, masyarakat sering disajikan dengan pelbagai kandungan yang tidak pasti hujung pangkalnya.
"Oleh itu saya mohon supaya kita berusaha untuk mencari dan memahami konteks sebenar apa-apa bahan yang disebarkan supaya kita tahu adakah perkara itu benar-benar berlaku, adakah ia berlaku sekarang atau sebelum ini, dan apa sebenar yang berlaku serta apa tindakan, sekiranya ada, dari pihak berkuasa mengenai perkara tersebut.
"Juga wajar kita bersabar seketika mendapatkan atau melakukan fact-checking," katanya.
Selain itu Fahmi berkata, pengamal media juga memainkan peranan untuk membantu membuat pengesahan mengenai sesuatu perkara yang tular, terutama tempoh atau tarikh perkara itu dikatakan berlaku, siapa yang menyebarkan.
"Dari situ kita boleh membuat pengesahan lebih jitu. Proses itu penting," katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi akan memberi kerjasama erat kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam mempromosikan produk pelancongan, selain daripada mengetengahkan mesej utama dari kementerian dan kerajaan sempena TMM2026.
Sumber : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tolong melolong lolong.. dah tolong.. lolong nak balik pulak..tolong gitubgitu udahle deme ni.. bb aku baik tolong rkyt sendiri yg byk susah . Dgn diesel naik brg naik . Kalo aku jd pm.. sesikit je aku nolong palestin tuu..aku pentingkan rkyt aku dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
memandai jer reporter bodoh tulis warga palestin ni mengamok sbb x sabar nak balik ke tanah air..
actually malaysia mmg nak hantar dorg balik palestin, tp dorg xnak.. dorg nak diantar ke Egypt instead.. sbb tu kalo tgok gambar2 kejadian ada dorg pegang kertas yg dorg tulis sendiri "Not to deportion, we need to return back to Egypt"... |
|
|
|
|
|
|
|
htr je la balik kat mana2 diorg nk stay.. lepas tu pandai2 diorg lah... lepas ni nk tolong bg bantuan mknan atau essentials je.. xyah memandai2 nk bwk balik sini... apa yg diorg nk kita pun xtahu.. kita plk nk sekat2 diorg.. lepaskan je... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti bukan origin dari gaza ni |
|
|
|
|
|
|
|
laqad qumna bidamj hadhih malizia mae banjiladish? |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada siapa ke nak offer mereka ni bawa balik kerumah jadi tetamu sehingga habisnya perang yahudi Palestine? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo kita tengokla brunei yg lebih islamik dari malaysia mana ada lebih2 pown dalam isu palestin ni kan.. xder pown sampai nak bawak org palestin berlindung kat brunei sana tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 7-1-2025 12:44 AM
Tiada siapa ke nak offer mereka ni bawa balik kerumah jadi tetamu sehingga habisnya perang yahudi Pa ...
Hantar rumah ko.. aku tak hingin dgn depa |
|
|
|
|
|
|
|
kita yang memandai-mandai pick up mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 6-1-2025 05:00 PM
Tak tolong melolong lolong.. dah tolong.. lolong nak balik pulak..tolong gitubgitu udahle deme ni.. ...
PM kan gitu stail dia. Cakap berapi, gebang sana sini. Cth jumpa PM Thai pi lantik thaksin jd penasihat. Bila isu palestin siap nak bawa sini rawat bagai.
Tolong bagi bantuan kewangan, peralatan sudah ler. PM sedap cakap TP yg uruskan, duit semua bkn dari dia pun. Dah satu keje staf gomen nak uruskan warga palestin yg dibawa ke sini. |
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 7-1-2025 08:12 AM
PM kan gitu stail dia. Cakap berapi, gebang sana sini. Cth jumpa PM Thai pi lantik thaksin jd pena ...
Dia tuu ckp mcm gomen byk beno duit.. ujung ujung kikis rkyt lg tak mau |
|
|
|
|
|
|
|
hantor jer deme balik...
menyusahkan betul. |
|
|
|
|
|
|
|
stress kut. Bawak la pi peknek. |
|
|
|
|
|
|
|
ardent91 replied at 6-1-2025 06:32 PM
memandai jer reporter bodoh tulis warga palestin ni mengamok sbb x sabar nak balik ke tanah air..
...
Di ambil pun dr egypt buat apa deport ke gaza strip yg dah lunyai. Nak masuk pun x boleh. Kalau kena deport nanti ada blackmark pula nama tu yg derang x nak padahal dah rosakkan reta benda org. |
|
|
|
|
|
|
|
matseh replied at 7-1-2025 09:59 AM
stress kut. Bawak la pi peknek.
Entahnya duta palestine tu kau buat apa besatkan telo je. Buka khemah organize le masak2 ke menjahit tuk mak2 budak2 tu bawa le ke kidzania yg lelaki tu bg tengok game bola tak le derang bosan. Tak de dana ha ni acik porumers yg viva la palestine ni boleh derma banyak2 katanya sanggup. Apa tunggu lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|