View: 4429|Reply: 3
|
Hujan lebat punca tanah runtuh di Cameron Highlands
[Copy link]
|
|
CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Besar Kampung Raja, Simpang Tiga Blue Valley dekat sini pagi ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands, kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu telah menyebabkan laluan jalan kedua-dua arah terhalang.
“Kerja-kerja pembersihan dan usaha mengalihkan runtuhan tanah sedang giat dijalankan di lokasi kejadian.
“Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan pada rumah berlaku dalam kejadian itu,” menurut kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Koyan di Lipis Dan melalui Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands.
Pemantauan berterusan akan dilakukan sebagai langkah persediaan awal untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.
Sumber : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak naik cameron.harap akan ada projek ecrl ke cameron pulak malas nak drive |
|
|
|
|
|
|
|
byk sgt development kat situ. nyampah betul. patut preserve lah sikit. sian CH. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ni..mcm2 dok bina utk tarikan pelancong. patut takyah buat macam2, mcm fraser's hillstu. tak pernah dgr jln fraser's hill runtuh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|