CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20161|Reply: 13

Ular sawa besar tumpang kereta ‘healing’ ambil angin

[Copy link]
Post time 6-1-2025 05:03 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Seekor ular sawa besar mengejutkan pemandu dan orang ramai apabila dilihat ‘menumpang’ sebuah kereta yang sedang bergerak di atas jalan raya berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Ampang.


Menerusi hantaran oleh @tigrechef di Threads, ular sawa itu kelihatan duduk tenang di atas bumbung sebuah kereta Perodua Axia yang sedang meluncur di jalan raya.


Dalam video seterusnya, ular tersebut dilihat bergerak-gerak di sekeliling kereta walaupun kenderaan itu bergerak laju.





Perakam juga dilihat memberitahu pemandu bahawa terdapat ular di atas keretanya, namun pemandu itu memberi isyarat tangan, menunjukkan bahawa dia menyedarinya, tetapi tidak tahu tindakan yang perlu dilakukan.


Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang kebanyakannya mengagumi ketenangan pemandu dalam situasi tersebut, sementara ada juga yang meninggalkan komen mengusik.


“Plot twist, ular tu sebenarnya owner (pemilik) Axia dan kereta dia kena bawa lari,” usik @alanstagram01.


“Kalau aku, aku drive (pandu) terus ke balai bomba. Sampai dekat sana tekan hon banyak kali,” ujar @hdyhkrmn


“Kalau saya, saya bagi je ular tu drive (pandu). Saya balik naik Grab,” kata @hikayatmora.

Sumber : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 06:14 PM | Show all posts
tenang pula driver tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tgk video
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak oih ular sawa kot, mau terkincit kuar lari jauh2 tinggal kete. Tapi tu la dah tengah drive mana la nak perasannya natang tu dok merayap atas bumbung.

Tapi betul juga komen kat atas, drive terus ke balai bomba je la biar abam bomba uruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 11:13 AM | Show all posts
uiii wlpn kt luar tapi seriau jgk kalau jd kat diri sendiri, waze la bomba ke APM ke biar dirog settle
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ada tgk vid kat reddit semalam



lepak je driver tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2025 01:01 PM | Show all posts
Ilmu apa pemandu tu pakai.. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ular tu selamat,tempat tinggal dia dh banyak musnah sebab tangan manusia gak,bila dia dh xde tempat tinggal masuk tempat tinggal manusia dia pulak yg disalahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Gongxi gongxi, tahun ular, mau celebrate new year maaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 04:26 PM | Show all posts
Kenapa dia kontot je.. tak cukup panjang
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ula sawa fatulutut badaroh, fi hausfital min taubat....

Dan artinya, ular sawa patuk lutut berdarah, pi hospital mintak ubat
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 07:48 PM | Show all posts
teringat beberapa bulan lepas lalu ikut hutan waktu malam
ular sawa besar melintas jalan
aku tak sempat elak telanggar bahagian ekor
rasa macam langgar tunggul kayu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:55 AM | Show all posts
kt area presint 9 putrajaya pnh je ular sawa kena tangkap
besor mcm ats kete axia tu jgk

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 10:51 AM | Show all posts
kalau camni.. memang drive ke balai bomba terdekatla jawabnya yang paling selamat. Kang buatnya dia berhenti entah mane2.. nk keluar dah takut.. kang entah ke mana pulak ular tu pegi.. silap2 dok masuk dalam enjin bagai pulak lagi nyusah.

kalau aku yg drive tu.. mmg seriau la.. make sure tingkap semua tutup rapat. Kalau sorang2.. mmg tak aman nak drive. Kalau ada orang lain.. sorang kena monitor la ular tu kt mane.. takut dia masuk kt lubang2 ke apa..

tapi kalau berani n yakin.. bole je dia berenti tepi jalan yg ada hutan ke.. biar je la ular tu turun sendiri n blah masuk hutan. Make sure hutan la.. bukan kampung or rumah orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.043972 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list