View: 6388|Reply: 8
|
[Dunia]
Lelaki mengamuk sangkakan motosikal hilang, rupanya lupa pergi kedai jalan kaki
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Seorang lelaki di Sleman, Jogjakarta mengamuk sehingga mengadang sebatang jalan menggunakan bangku selepas mendapati motosikal miliknya hilang, lapor laman berita Detik semalam.
Dia turut memekik dan memarahi orang ramai di kawasan itu sebelum ditahan oleh beberapa anggota tentera yang kemudian membawanya ke balai polis.
Namun, lelaki tersebut kemudian memohon maaf selepas mendapati bahawa motosikal miliknya sebenarnya bukan hilang, sebaliknya tidak dibawa ke kedai.
Dalam kejadian pada Sabtu lalu, lelaki tersebut dikatakan baru selesai membeli rokok di sebuah kedai.
Dia kemudian mengamuk dengan menendang meja dan kerusi di sebuah warung apabila menyangka motosikal miliknya hilang.
“Beberapa bangku juga diambil dan diletakkan di tengah jalan. Sesiapa yang masih melalui jalan itu diherdik sehinggakan orang ramai terpaksa berpatah balik,” kata seorang saksi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Depok Barat, Asisten Komisioner Polis Andika Arya Pratama berkata, lalaki dikenali sebagai W itu dibawa ke balai oleh beberapa anggota tentera yang kebetulan berada di kawasan tersebut.
Menurut Andika, W menyangka motosikalnya hilang semasa dia membeli rokok di kedai.
“Namun selepas diselidik, dia sebenarnya tidak membawa motosikal ke kedai. Dia keluar dari rumahnya dengan berjalan kaki dan dalam keadaan mabuk ketika itu,” kata Andika.
Tambah Andika, W kemudian dibenarkan pulang ke rumah dan lelaki itu meminta maaf atas perbuatannya. – AGENSI
Sumber : Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha! bodonya jantan ni |
|
|
|
|
|
|
|
rasa tadi macam dah komen.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by TTun_Teja at 8-1-2025 01:46 AM
Dunia ini penuh keindahan dan keanehan..
Mcm2 perangai yg manusia ni ada...
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat kawan iols waktu study dulu
dia jalan kaki pegi kelas
balik tu menggelabah menangis bagai, motor hilang katanya
kita dok la pujuk, dia dah macam orang gila melalak
teman la jalan sampai blok dia, alih2 motor elok je kat situ
ya ampun weols hempuk manja dia, tapi kuat jugakla, guna buku-buku teks dan buku nota weols semua. petang nan indah, disulami bunyi gedebuk-gedebuk
kalau sekarang, mesti orang ramai record, sorang pelajar kena kepung ramai2, berjemaah hempuk badan dia guna buku tebal |
|
|
|
|
|
|
|
ok ni kelakar...i ols membayangkan ala2 since cerita stephen chow yg menghembuk dan dihempuk beramai2 sambil buku2 berterbangan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by supernaturalee at 8-1-2025 08:03 AM
edited
|
|
|
|
|
|
|
|
TTun_Teja replied at 8-1-2025 01:44 AM
Dunia ini penuh keindahan dan keanehan..
Mcm2 perangai yg manusia ni ada...
Baca berita konoha mmg laaa.. babi pun boleh terbang . Tak caye ko tgk cite musim sekolah waktu ptg dlm pkl 2 tv3.. tgk cite dr konoha.. mcm mcm ade |
|
|
|
|
|
|
| |
|