CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7100|Reply: 5

Pelajar praktikal sakit hati bos suka body shaming, hina bentuk fizikal staf

[Copy link]
Post time 7-1-2025 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Seorang individu berkongsi pengalaman pahitnya ketika menjalani latihan industri di sebuah syarikat.

Dalam satu hantaran media sosial, dia mendakwa majikannya sering melakukan body shaming atau menghina bentuk fizikal para pekerja.

Tidak ketinggalan menjadi mangsa, individu tersebut berkata majikannya itu tanpa rasa bersalah memberi komen tentang berat badannya.



"Masa saya buat latihan industri, saya ada seorang bos yang suka body shame orang. Dia cakap berat saya nampak macam lebih 70 kilogram (kg). Tapi hakikatnya berat saya masa tu 52kg.

"Kemudian saya tanya kenapa dia terlalu berminat dengan berat badan orang. Dia jawab balik dengan soalan... tak boleh ke? Saya cakap lagi... kalau ye pun berat lebih 70kg, ada masalah ke?

"Saya boleh main bola sepak, gimnastik dan rajin berolahraga. Apa awak buat? Berjalan dekat taman 10 minit setiap minggu dan post dekat status WhatsApp dan selesai," ujarnya.

Menurut individu berkenaan, reaksi 'pedas' itu menyebabkan bosnya mendiamkan diri selama dua minggu.

Bagaimanapun tanpa diduga, tindakannya mempertahankan diri dan membalas sindiran majikan itu mengundang padah.

Jelas pelatih itu dia akhirnya gagal dalam latihan industri atas alasan tidak menghormati majikan.

"Saya gagal latihan industri sebab cakap macam tu.

"Sebab tu penting untuk tulis semua yang dibuat dekat tempat kerja, lengkapkan tugas dan semak kesalahan. Kalau kita buat kerja dengan baik, itu je bukti nak pertahan diri.

"Jadi saya emel dekat pensyarah fasal semua bukti dan minta jika saya boleh tukar (tempat latihan industri) sebab dekat sini toksik," ujarnya.

Bagaimanapun, tindakannya ibarat 'langkah kanan' apabila menurut pensyarahnya latihan industri tidak termasuk dalam gred penilaian akhir.

Dalam pada itu rata-rata warga maya turut memberikan cadangan dan respons mereka selepas pengadu menceritakan apa yang berlaku.

"Daripada awak sound balik, baik cakap... bos saya tak hargai awak body shaming saya. Saya rasa selagi saya buat kerja dengan betul, berat badan saya tak ada kaitan dengan awak.

"Apabila awak buat macam tu, kutuk dia, awak dengan dia sudah tak ada beza, sama je," komen seorang netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku pulak suka kenkawan kata dia anak b40.. dpt dia byk mknan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 08:53 AM | Show all posts
pELAJAR intern tu kene belajo cara2 nak camdek balik org yg suka ktuk ni secara haluih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:51 AM | Show all posts
sian kau dik... meols time intern sangat heaven, orang kata meols orang susah, hari2 ada makanan lebih kat office, officemate pulak acik2 & pakcik2 rajin buat potluck, minyak motor pun jimat sebab kebetulan first week tu berbual ngan pakcik opis tu, rupanya jiran sebaris kat rumah sewa meols, dia ajak gi kerja sama2 hari2... hahahahaha... hidup ni kena bijak dik, orang shaming, kita gelakkan je, untung2 makanan lebih semua kat kita, balik rumah dah kenyang, happy, kena ringan mulut rajin berborak, kena rajin bergossip, tu makanan diorang, kena sama-sama tak suka orang tu orang ni.. kena fake sikit dik... buat intern ni bukan pasal kau nak belajar buat kerja sangat, tapi nak ready kan kau untuk bersedia dengan office culture, wake up call untuk diri kau yang manja bertahun2 semua benda disuap..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:52 AM | Show all posts
Buritan replied at 7-1-2025 10:59 PM
Anak aku pulak suka kenkawan kata dia anak b40.. dpt dia byk mknan..

hahaha sama macam meols, nampak macam anak orang susah sangat, walhal meols ada je duit time tu... so acik2 opis selalu beli makanan lebih.. hahahahahahahaha.. padahal meols tak bersiap & selekeh sebab bangun lambat selalu... haahha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 8-1-2025 09:52 AM
hahaha sama macam meols, nampak macam anak orang susah sangat, walhal meols ada je duit time tu... ...

Masa sekolah dulu time rehat tak mkn.. dia yg tak nak mkn.. bebudak ingat takde duit . Selalu depa blnja dia.. masa kat u . Ade zakat bg bantuan ape tah.. bebudak b40 pi tanye dia bantuan duut tuu dah dpt ke belum.. hahaha . Itulaa perangai anak aku.. bwk hostel pun baju yg takde brand sbb tak nak org curi brg dia.. pendek kata segala ape yg ade pd dia semua barang org susah..

Hari tuu aku mai dtg . Kenkawan dia siap ckp mak sedara hang ke.. kereta beso.. hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.040823 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list