"Sebenarnya dari sebelum saya berkahwin kami sudah berkawan baik."
"Waktu itu juga dia sudah ada kekasih sampailah berkahwin dan bercerai memang kami tetap berkawan."
"Hasnul memang seorang yang baik. Siapa sanggup bertahan jadi kawan saya, memang saya hargai sangat."
Terdahulu, timbulnya dakwaan mengatakan Sherie dan Hasnul menjalin hubungan cinta selepas tularnya beberapa foto mereka bersama di media sosial.
Gambar itu mula tular selepas Sherie didakwa sudah berpisah dengan bekas suaminya, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash selepas lelaki itu memuat naik hantaran memberitahu dia kini bergelar bapa tunggal.
Untuk rekod, Sherie pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel pada 1992 namun bercerai lima tahun selepas mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Habib Daniel, 30, dan Harith Daniel, 29.
Manakala hasil perkahwinan dengan Ash pula, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kaseh Anaqah, 13, dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, 11.
Dalam perkembangan lain, Sherie bakal muncul menerusi filem ‘Bisikan Dosa’ yang akan mula ditayangkan di seluruh negara pada 9 Januari ini.
Sumber: Oh Bulan