CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12663|Reply: 43

[Tempatan] ‘Sebab duduk dalam kelas budak-budak OKU boleh la dapat no.3’

[Copy link]
Post time 8-1-2025 07:52 AM | Show all posts |Read mode
‘Sebab duduk dalam kelas budak-budak OKU boleh la dapat no.3’
Oleh KOSMO!
7 Januari 2025, 10:16 pm

Perkongsian Apih di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila ada individu yang mempertikaikan kejayaan anaknya sehingga sanggup menghina kanak-kanak tersebut gara-gara berstatus orang kelainan upaya (OKU).

Menerusi perkongsian bapa tersebut yang menggunakan akaun Facebook, Apih CN, dia memaklumkan telah memuat naik hantaran di status WhatsApp berkongsi kejayaan anaknya apabila berjaya mendapat tempat ketiga di dalam kelas.

“Celapak beli baju sekolah petang kelmarin, hari ini orang itu ada sesi fotografi sebab dapat nombor tiga dalam kelas,” kongsi Apih.

Bagaimanapun, hantaran tersebut dibalas oleh seorang kenalan yang juga merupakan pelanggan kedainya dalam keadaan menyindir.

“Sebab duduk dalam kelas budak-budak OKU boleh la dapat nombor tiga juga dalam kelas. Cuba kalau duduk kelas (murid) normal, tak adanya nak boleh (ada) nombor. Silap-silap nombor terakhir sekali,” sindir individu terbabit.

Kata Paih, adakah salah untuk dia berkongsi kegembiraan sebagai ibu bapa apabila melihat kejayaan anak-anak.

“Sakitnya sampai di sini tuan puan. Tak boleh ke saya ada sedikit kegembiraan? Tak layakkah saya untuk merasa sedikit kegembiraan tersebut? Hina sangat kah anak saya? Sampai tidak layak untuk diterima masyarakat?,” soalnya.

Perkongsian Paih itu turut mendapat perhatian ramai pihak sehingga tular dalam kalangan pengguna media sosial.

“Kalau kena dekat sata tahu la saya bahasakan cukup-cukup. Spesis ‘makhluk’ macam ini tak perlu kita beradab. Buang la nombor ‘makhluk’ ini dari senarai WhatsApp awak,” kata Adinda Siti.

“Tahniah dapat nombor tiga. Hebat adik, raikan kejayaan dia walau nampak kecil di mata orang, kita bahagia cara kita ya,” kata Farah Hanum. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow.... busuknya hati yg komen status tu sampai ke sini baunya... kohong hatimu terhadap anak2 syurga
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 08:43 AM | Show all posts
mesti dulu sekolah bangsat tu jenis bodoh bangang mengalahkan budak2 lembam
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 8-1-2025 09:00 AM

Ha ada nampak dlm group autisme smlm
Masalah dengki camni laa

Mmg la kalau budak tu dinilai dgn silibus arus perdana dia mungkin takleh dapat nombor 3
Ibarat ko nak suruh ikan berlumba lari dengan harimau.
Tp yakin betul dia yaa, lupa kot anak2 autistik bukan semuanya iq rendah
Ada yg high-functioning silap2 kalau duk kelas arus perdana boleh tapau no 1 terus.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:01 AM | Show all posts
Allah sedihnya baca selaku mak2....apalah salahnya orang tu nak kongsi gembira...xkisahlah anak syurga ke anak duniawi ke...raikanlah parent yg berbangga dgn pencapaian anak..sedih baca kena kat anak2 oku
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:42 AM | Show all posts
maybe yg komen tu oku juga, tapi zaman dia dulu dok kelas biasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2025 10:30 AM | Show all posts
mcm sedara mara atau suami dia sendiri sbb dia mention " kita " redho je lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang aku lebih tak faham kenapa buat announcement? Tuhan sengaja cipta species pengecam untuk memastikan ecosistem ni balance kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 10:57 AM | Show all posts
dgn bdk2 pun nak dengki....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 10:59 AM | Show all posts
Sekecil mana pun pencapaian, ia tetap adalah pencapaian (achievement). It's not wrong to appreciate or even celebrate the achievement. lagi2 bagi kanak2, boleh meningkatkan lagi motivasi dan semangat diorang dlm hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:07 AM | Show all posts
“Sakitnya sampai di sini tuan puan. Tak boleh ke saya ada sedikit kegembiraan? Tak layakkah saya untuk merasa sedikit kegembiraan tersebut? Hina sangat kah anak saya? Sampai tidak layak untuk diterima masyarakat?,” soalnya.
- Sebagai ibu bapa tentulah gembira dengan apa-apa kejayaan anak tak kiralah anak sempurna atau kurang.

Aku ni pun category mulut laju juga, tapi kalau libatkan OKU atau apa-apa kecacatan aku tak tergamak nak rendah-rendahkan atau komen. Cuba dengar lagu lama 80an namun ku punya hati, sayu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:08 AM | Show all posts
Dah kenapa sakit hati? Dah anak dia oku masuk kelas oku lah, anak kau normal kalau masuk kelas oku pun tak boleh dapat mcm tu agaknya.. Sakit otak rasanya org mcm ni, jenis nak pertikai orang je
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:09 AM | Show all posts
A-Are replied at 8-1-2025 01:01 AM
Allah sedihnya baca selaku mak2....apalah salahnya orang tu nak kongsi gembira...xkisahlah anak syur ...

Anak i pun oku, dia boleh nyanyi abc pun kita seronok sangat dah.. Sbb tahu dia bukan mcm anak2 normal yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku status oku, tapi kelas biasa. Tahun ni no 1 dan 2 subjek terbaik, BI dan sains. Last yr pun sama dan layak msk kelas pertama. Tapi tak jd msk sbb dia selalu meragam xsiap kerja skul. So msk kelas kedua.
Tahun ni lum tau lg msk kelas mana. Klu kelas kedua pun ok. Nnt hujung tahun blh dpt naik pentas lg ambik hadiah ????
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bkn nk ckp ape la..yg komen mcm hare ni org yg dengki..ank dia normal..tp klo duduk klas oku pun mmg xleh dpt no 3.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:07 PM | Show all posts
astatine replied at 8-1-2025 11:13 AM
Anak aku status oku, tapi kelas biasa. Tahun ni no 1 dan 2 subjek terbaik, BI dan sains. Last yr pun ...

tahniah sis

nah munge sekuntum dua




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 8-1-2025 09:42 AM
maybe yg komen tu oku juga, tapi zaman dia dulu dok kelas biasa

Yg komen tu oku la jugak tu..oku akhlak
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:14 PM | Show all posts
Ramai juga yang emo dalam ni.

Bagi aku isunya bukan OKU tak OKU tapi mencapub je. Orang yang sebegini tak OKU pun akan buat benda yang sama, silap2 lagi kencang atas nama 'berkongsi kegembiraan'.

Sosmed ialah medan yang toxic, dah masuk kena hadap lah. Please learn.

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp kalo anak yg ngutuk ni pun ntah2 mmg no corot n malas...ntah kalo ltk anak dia dlm kelas oku pun ttp corot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 8-1-2025 01:07 PM
tahniah sis

nah munge sekuntum dua

Tq sis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053603 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list