View: 14188|Reply: 8
|
Linda Jasmine dah biasa sendiri, lepas cerai dengan Que Haidar pun rasa biasa sahaja
[Copy link]
|
|
Guru tari profesional, Linda Jasmine menjalani kehidupan seperti biasa tanpa sebarang perubahan selepas sah bercerai dengan Que Haidar pada tahun lalu.
Kata Linda atau Linda Jasmine Hashim, 52, dia sudah terbiasa hidup berdikari dan hubungannya dengan Que, 46, juga baik-baik sahaja.
"Sebelum saya kahwin dengan Que, pun, saya sudah biasa seorang dan semuanya (urus anak) saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza, sama saja (selepas perceraian).
"Hubungan antara saya dengan dia (Que) juga okay, tiada masalah. Sebab, kami berpisah (cerai) secara baik, Alhamdulillah.
"Memang kami okay, tiada masalah macam itulah, okay saja. Tak ada gementar ke apa. Tak ada," katanya kepada mStar semasa ditemui di acara Nona Superwoman Awards 2024.
Pada 26 Oktober tahun lalu, Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mendedahkan dia dan Linda sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.
Hasil perkahwinan pada 14 Februari 2009, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun.
Ditanya mengenai pembabitan anaknya dalam industri seni, Linda berkata dia sebagai ibu akan memberikan sokongan penuh terhadap minat anak-anak.
“Saya sokong 100 peratus. Saya juga ada kongsi pengalaman dan juga beri nasihat kepada dia. Saya akan sentiasa berikan sokongan kepada dia (untuk masuk dalam industri).
“Saya nak masukkan dia ke kelas (berlakon, menyanyi), tetapi setakat ini kelas semua atas 16 tahun. Dia pun belum cecah 16 tahun lagi,” ujarnya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bagus jawab lagu tu... Tak bukak ruang org mengata mengecam membuli dan sewaktu.
Anak2 pun x payah hadap drama.
Tahniah Cik Linda ya menjadi bijak. |
|
|
|
|
|
|
|
In a way sheols kata que tak banyak tolong pun membesarkan anak2. Mana que selamani sampai linda rasa terkial2 sorg? |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 11-1-2025 09:49 AM
In a way sheols kata que tak banyak tolong pun membesarkan anak2. Mana que selamani sampai linda ras ...
Baca betul2.. Tulis situ she biasa uruskan anak lepas 1st cerai, before kawin dgn Q. So dah biasa.
Sepanjang nikah Q selalu je pun Q yg uruskan anak2.. Ni boleh nampak kat soc med masing2.
Bab financial no komen hahahhaaha tp idoklah Cik Linda canang.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la aman damai je lepas cerai. kot bergasak skalipun takyah la canang2 malu anak2 dah la semua remaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tgh tu nmpk lurah dendam ke? Q mungkin tak nak expose ank2 sgt tapi Linda pulak mcm try2 nk marketkan anak2. Mgkn sbb tu diorg dh tak ngam.Giteww aku buat wild speku |
|
|
|
|
|
|
|
cerai secara baik memang boleh aman lepas cerai, no drama, anak tenang, ex pun tenang. |
|
|
|
|
|
|
|
Speku iolls si Q tak larat nak follow lifestyle acik linda. Q kan awal2 mmg kampung dot com. Kawin linda tiba terus jadi barat siap sambut halloween. Bab financial spekuan iolls yg seterusnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya berlaki ke tak sama je. Baik xyah berlaki gitu kot. Dah biasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|