View: 9495|Reply: 11
|
[Dunia]
Cuma banglo RM40 juta masih berdiri selepas kebakaran besar di LA - “Ini keajaiban. Keajaiban tidak pernah hilang”
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Pemilik sebuah rumah agam bernilai hampir AS$9 juta (RM40 juta) di Malibu terhindar daripada kemusnahan dalam kebakaran besar di Los Angeles, lapor akhbar New York Post semalam.
David Steiner, 64, berkata, dia terkejut melihat rumahnya berdiri kukuh selepas api memusnahkan seluruh kediaman di kejiranan tersebut.
“Ini keajaiban. Keajaiban tidak pernah hilang,” katanya.
Steiner berkata, dia menyangka kediaman tiga tingkat yang kosong ketika kebakaran berlaku itu musnah apabila seorang kontraktor tempatan menghantar rakaman video menunjukkan api dan asap tebal menyelubungi banglonya dan rumah jiran, Selasa lalu.
Bekas ketua sebuah syarikat pengurusan sisa di Houston, Texas itu berkata, dia percaya pembinaan yang sangat kukuh menyelamatkan rumahnya daripada kemusnahan akibat kebakaran hutan di Los Angeles.
Rumah itu dibina untuk bertahan dalam bencana gempa bumi.
“Ia menggunakan stuko (plaster berkualiti tinggi), manakala bumbungnya kalis api,” kata Steiner.
Menurutnya, rumah itu juga dibina menggunakan cerucuk sedalam 15.24 meter ke dalam batuan dasar untuk memastikan kestabilan apabila ombak kuat menghempas tambak laut.
Sementara itu, pihak berkuasa berkata, masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kebakaran besar di Los Angeles yang disifatkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bagaikan zon perang. – AFP/AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah ni rumah james wood..maunya dia fefeeling kiriman tohan |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah sana bukan daripada batu ke
Habis licin semua takda rangka |
|
|
|
|
|
|
|
kalis api kalis gempa material |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 12-1-2025 10:17 AM
Rumah sana bukan daripada batu ke
Habis licin semua takda rangka
byk buat dari kayu considered earthquake.
segelintir yg buat dari batu nmpk elok sket takde la ranap semua tgl debu
lorrr dah terang2 tulis atap kalis api, mesti rumah dia dari batu gak ni dan2 la keajaiban
blh lg ke nak duduk area situ lepas ni? mcm ramai pakat2 pindah tmpt lain je. |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 12-1-2025 09:51 AM
Kalaulah ni rumah james wood..maunya dia fefeeling kiriman tohan
Pemilik nampaknya tidak menunggang agama.. Dia cakap bahan binaan berkualiti tinggi saja. Bumbung kalis api.
Jikalau rumah bani tamim lain pula lagunya |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah amalan encik david kerna rumahnya tidak terkena api ya?
Akak percaya encik david mesti ada berbuat baik namun dia tidak mahu hebahkan...
#miracle
|
|
|
|
|
|
|
|
agaknya cat dia pun kualiti jgk sbb xde hitam2 comot sbb asap & jelaga ponn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih boleh dianggap keajaiban under the circumstances. Istilah 'miracles' dalam penggunaan harian omputih tiada konotasi super natural maupun agama, hanya maksud sesuatu yang hampir mustahil berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
fun fact:
What does Steiner mean?
stone
It is both an occupational name for someone who worked with stone (a quarryman, stonecutter, or stonemason), and a topographic name for someone who lived on stony ground or near a prominent outcrop of rock. As a Jewish surname, it can also be artificial, distributed at random by Austrian clerks.
|
|
|
|
|
|
|
|
ahaaaa
ada nak cuba kaitkan dengan ...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|