|
Pasport Singapura kini berada pada kedudukan teratas sebagai pasport paling berkuasa di dunia, berdasarkan Indeks Pasport Henley 2025, lapor CNN.
Ia menawarkan pemegang pasport itu dengan akses visa bebas ke 195 destinasi. Ranking ini mencerminkan kedudukan diplomatik dan mobiliti global Singapura yang semakin kukuh.
Pasport Jepun yang sebelum ini menduduki tangga pertama, kini di tempat kedua dengan akses ke 193 destinasi. Walaupun turun satu tangga, pasport Jepun masih menjadi salah satu dokumen perjalanan paling berpengaruh.
Apa yang menariknya, pasport Eropah turut mendominasi indeks pada tahun dengan Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Finland berkongsi kedudukan ketiga bersama-sama Korea Selatan. Ia dengan akses ke 192 destinasi.
Dalam pada itu, senarai tahun ini turut menunjukkan keseimbangan global dalam mobiliti untuk negara Barat dan Asia apabila Kanada, Australia, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut tersenarai dalam kedudukan 10 teratas.
Pasport paling berkuasa untuk 2025
1. Singapura (195 destinasi)
2. Jepun (193 destinasi)
3. Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Finland, Korea Selatan (192 destinasi)
4. Austria, Denmark, Ireland, Luxembourg, Belanda, Sweden, Norway (191 destinasi)
5. Belgium, New Zealand, Portugal, Switzerland, United Kingdom (190 destinasi)
6. Greece, Australia (189 destinasi)
7. Kanada, Poland, Malta (188 destinasi)
8. Hungary, Republik Czech (187 destinasi)
9. Estonia, Amerika Syarikat (186 destinasi)
10. Lithuania, Latvia, Slovenia, Emiriah Arab Bersatu (185 destinasi )
**NOTA: Malaysia pada tangga ke-12 dengan akses ke 183 destinasi
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|