CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6608|Reply: 7

Saharul Ridzwan sedih masuk hospital, kesian isteri penat jaga dirinya dan anak-anak

[Copy link]
Post time 13-1-2025 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Saharul Ridzwan sebak apabila terpaksa dimasukkan ke hospital pada hari ulang tahun kelahiran isterinya yang jatuh pada Ahad.

Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 36, berasa kasihan terhadap isterinya iaitu Deena Amir yang terpaksa menjaganya di hospital selain menguruskan anak-anak mereka.



“Kesakitan ini buat aku terfikir setiap nafas, setiap detik semua pinjaman Allah.

“Dalam kesusahan, aku nampak kasih sayang Allah melalui isteri yang tak pernah penat menjaga.

“Aku sedar Allah bagi peluang untuk nampak betapa kuat dan ikhlasnya dia,” katanya.


  


Saharul berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, kesakitan dialaminya ketika ini membuatkan Saharul sedar kepentingan menjaga dan nikmat sebuah kesihatan.

“Nikmat kesihatan itu memang tak ternilai. Bila Allah tarik walaupun sekejap, semua rasa terhenti.

"Kadang-kadang nikmat yang Allah bagi itu kita tak nampak... Apabila diuji barulah kita mula perasan kasih sayang-Nya ada di sebalik semua kesakitan.

"Semalam (Sabtu), asbab satu perkara kecil semua perancangan tergendala. Siapa sangka, dari nikmat yang biasa kita abaikan, Allah tarik sekejap untuk ajar sesuatu lebih besar," ujarnya.

  


Saharul bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tentang masalah kesihatan yang dihadapinya dan usaha mStar mendapatkan kenyataan aktor berkenaan tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dijawab.

Untuk rekod, Saharul dan Deena atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir mendirikan rumah tangga pada September 2016.

  


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahara, 5, dan Khadijah Alkubraa, 2 tahun.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2025 10:42 AM | Show all posts
sakit apeee...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepam
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk heols masa LYMA dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg tak berlakon dah skrg ye?
semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar lah balik dari hospital,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2025 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa gosipnya..aiyooo bosan la pasal dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 11:29 PM | Show all posts
Malas baca panjang sangat captionnya nya pun......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.035734 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list