|
Dalam diam rupa-rupanya hati pelakon Shasha Abedul berjaya ditambat oleh seorang jejaka.
Lebih menggembirakan Shasha, 29, mendedahkan dia dan teman lelakinya sudah pun mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.
Kata Shasha, ikatan itu juga sebagai tanda permulaan kepada perjalanan yang indah buat mereka berdua dalam melangkah ke alam perkahwinan.
"Hari ini (11 Januari), kita meraikan cinta - murni, ikhlas, tanpa syarat, dan abadi.
"Detik ini menandakan permulaan perjalanan yang indah, menjanjikan untuk menghargai, menyokong, dan berkembang bersama.
"Cintamu terpancar melalui setiap pandangan, setiap senyuman dan setiap sentuhan," katanya.
Menerusi hantaran tersebut, Shasha turut memuat naik beberapa foto dia bersama jejaka pilihan hatinya serta sekitar majlis yang berlangsung.
Bagaimanapun Shasha memilih merahsiakan identiti tunangnya itu dengan mengaburi wajahnya.
Dalam pada itu, dia juga berharap agar hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke jenjang pelamin.
"Semoga pertunangan ini menjadi asas seumur hidup dipenuhi dengan ketawa, kenangan tidak berkesudahan, dan hubungan paling dalam.
"Inilah masa depan yang cerah dan indah seperti cinta kita antara satu sama lain," katanya lagi.
Perkongsian tersebut mengejutkan peminatnya namun turut berbahagia dengan khabar gembira yang dikongsikan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|