CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11539|Reply: 44

Cerpen : Rindu Terhenti

[Copy link]
Post time 20-4-2011 01:45 PM | Show all posts |Read mode
cerpen baru(kala hana kebosanan)  hope anda semua terhibur...

Part 1

Hidup ini sangat  aneh. Hari ini kita jatuh cinta, esok putus cinta. Cinta bagaikan tiada makna. Sering kita berfikir, dialah yang dicari selama ini tapi hakikatnya bukan dia. Sakit lagi hati bila dilukai. Pedihnya tetap sama walaupun sudah beberapa kali kita melaluinya. Aneh bukan, biarpun sakit kita tetap ingin dicintai dan mencintai. Biarpun hati sering dilukai namun tetap degil. Tetap ingin mencintai dia. Dia yang tidak pernah mengerti.

Maisara mengeluh. Sukarnya memahami hati. Potret Haikal dipandang. Rindunya pada Haikal tidak pernah terhenti. Biarpun telah berkali-kali lelaki itu melukai hatinya. Hatinya sakit bila mengetahui sekali lagi kecurangan Haikal. Tapi dia tahu walau sejauh manapun Haikal pergi, lelaki itu tetap akan kembali ke sisinya dan dia dengan senang hati akan memaafkan setiap kesalahan lelaki itu.

Biarlah apa kata kawan-kawannya. Dia tidak peduli. Biarlah mereka kata dia bodoh, degil atau apa sahaja. Yang penting lelaki itu tetap dicintainya. Lelaki itu cinta pertamanya. Walaupun mereka bersatu atas pilihan keluarga, namun lelaki itulah yang mampu menghadirkan rasa debar didadanya. Rasa yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.

“Mai... kenapa muka sedih ni? Kal buat hal lagi?” Nora bertanya. Melihat wajah Maisara yang keruh sudah dapqat di agak apa penyebabnya. Sudah berbuih mulutnya menasihati Maisara agar bertegas dengan Haikal, namun sahabatnya tetap degil.

Maisara sekadar mengeluh. Tidak perlu diberikan jawapan pasti Nora sudah dapat meneka. Hanya senyuman hambar di berikan.

“sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila nak mengabdikan diri pada yang tak pernah nak menghargai. Sampai bila Mai. Aku yang lihat pun rasa letih, rasa putus asa. Aku sayngkan kau. Aku tak nak hidup kau sia-sia begitu sahaja,”

“Aku tahu, mungkin semua orang fikir aku bodoh. Diam sahaja melihat suami sendiri mengejar perempuan lain. Aku tak mampu Nora. Aku tak mampu nak fikir bagaimana nak hidup tanpa dia,” jawab Maisara lemah.

“Kalau macam tu, kau kena perjuangkan cinta kau. Dapatkan cinta dia. Buat dia sedar kehadirean kau. Buat dia rasa dia takkan dapat hidup tanpa kau,” nora berkata tegas. Maisara terdiam.

“Bagaimana?” soal Maisarah. Matanya memandang wajah Nora yang bersinar-sinar. Pasti ada yang dirancangnya. Bukan setahun dua dia kenal Nora.

...................................................................................................................................................................

Haikal melangkah lemah memasuki ruang tamu. Suasana sunyi sepi. Tiada suara Maisara mahupun Haziq. Kemana mereka pergi. Cuba mengingati sekiranya Maisara memberitahunya untuk keluar. Tiada. Hari ini rasanya tiada langsung mesej atau panggilan telefon dari Maisara.

‘biarlah...’ fikir Haikal. Buat apa peningkan kepala memikirkan Maisara. Nanti baliklah. Badannya terasa letih. Yang penting mandi dan kemudian dia akan keluar lagi. Sudah berjanji dengan Tina untuk keluar malam ini.

“Kal dah balik?” tegur satu suara. Langkah Haikal terhenti. Wajah mama muncul di balik ruang dapur.

“Mama buat apa kat sini? Mai mana?” tanya Haikal. Tidak sedar kehadiran mamanya.

“Mai telefon mama beritahu dia kena pergi kursus. Gantikan kawan dia. Tu yang mama datang tapi mama tak boleh lama,” terang mama. Ada rasa aneh bila melihat wajah Haikal yang kelihatan keliru. Sepertinya tidak tahu apa-apa.

“Kursus?” Haikal mengerutkan dahi.

“A’ah. Dua minggu. Mama kena pergi rumah kak Hanum kamu. Dia jangka bersalin minggu ni. Haziq mama tak bawa. Kamu jagalah anak kamu tu. Rasanya tak ada masalah. Malam je kamu jaga dia, siang hantar nursery,” Puan Zaidah memberitahu selamba. Tersenyum melihat wajah anaknya yang berkerut seribu. Tahu apa yang ada difikiran Haikal.

“Mama tak boleh ke bawa Haziq. Takkan mama nak tinggalkan cucu mama tu dengan Kal. Kal manalah tahu nak jaga,” jawab Haikal resah.

“Tak boleh Kal, kamu kan tahu kakak kamu tu tinggal kat Sarawak. Mama pergi ni pun tak tahu bila nak balik. Rasanya mama nak stay kat rumah kakak kamu sehingga dia habis pantang. Takkanlah nak bawa Haziq. Nanti susah pula kamu nak datang ambil dia. Diakan anak kamu, bukan orang lain. Dua minggu jer,”

Haikal terdiam. Mengeluh. Masaalah besar. Kenapalah waktu macam ni Maisara kena kursus. Dua minggu pulak tu. Pening. Nampak gaya date dengan Tina terpaksalah di batalkan. Hampa.

“Ok lah, kalau dag macam tu. Bila mama nak pergi Sarawak?” soal Haikal.

“Tiket mama malam ni. Kal hantarkan mama K,” jawab Puan Zaidah. Wajahnya ceria sahaja. Haikal sekadar mengangguk lemah.

...................................................................................................................................................................

Pagi itu kelam kabut Haikal bersiap. Manataknya selalunya Maisarah akan sediakan semuanya. Dari baju, tali leher hinggalah stokin. Dia tinggal sarung jer.  Dengan Haziq yang merengek pagi ni. Anak kecil itu menangis je dari tadi. Tak selesa agaknya. Selalu mama akan mandikan dia dengan air panas. Papa hanya mandikan dia dengan air sejuk.

Kelam kabut Haikal menyarungkan baju Haziq. Rambut Haziq disikat ala kadar. Sudah lewat. Mujurlah dia bekerja dengan company ayahnya. Tiada masalah. Lagipun abahnya pasti mengerti kelewatannya hari ini bukan di sengajakan.

Bakul Haziq di masukkan ke dalam kereta. Haziq hanya diam. Akur sahaja arahan papanya. Haziq agak takut dengan papanya itu. Papa juga jarang meluangkan masa bersamanya. Haziq diam sahaja. Kalau dengan mama, sudah riuh mulutnya bercerita dan menyanyi. Opah kata mama kena kerja jauh. Nanti baru mama balik. Haziq sudah mulai rindukan mama. Anak kecil berusia tiga tahun itu jarang berjauhan dengan mamanya.

“Anak papa kenapa diam je?” soal Haikal. Serba salah pula melihat wajah muram anak terunanya itu. Susu yang di bancuh pagi tadi masih dalam pegangan Haziq. Masih tidak di minum lagi.

“Ziq rindu mama. Bila mama balik?” Haziq bersuara perlahan.

“Kenapa? Tak best tinggal dengan papa?” tanya Haikal. Tangannya menggosok perlahan kepala Haziq. Anak kecil itu hanya diam. Menunduk sedih. Botol susu di tangan dipandang sepi. Papa bancuh tak sedap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 03:19 PM | Show all posts
mama mana menghilang diri.....
baca cerpen shana....teringat kisah seorang pesakit cancer
adik kepada penulis terkenal terbitan PTS...... baru saja meninggal dunia
disahkan mengidap kancer stage 4 sewaktu menyusukan anak berusian 10 bln
lama juga dia bertahan sehingga anak tu berusia 3 tahun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 03:26 PM | Show all posts
Reply 2# qimi08


    sedihnya..... tabah betul. sian anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 03:31 PM | Show all posts
Reply 3# shana85

memang betul akak follow blog arwah sebagai SR je
zikir2 yang dia sewaktu menghadapi kimo dan kesakitan akak
ambil dan berikan pada arwah akak angkat (mengidap kanser)
berkesan juga. Tapi ceritanya jug blh dibaca dari blog
kakak dan abang iparnya... memang sedih.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 03:51 PM | Show all posts
al-fatihah untuk arwah...
semoga rohnya berada dikalangan org2 soleh.

cancer memang menakutkan...
susah nak kesan awal...
selalunya dapat kesan saat dah teruk
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 04:16 PM | Show all posts
Rajin betul shana rumah lama belum habis
cerita hanim dah buka cerita harap tulis sampai  habislah ye....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-4-2011 04:49 PM | Show all posts
Insyaallah... ni citer pendek jer.

Sekarang ni fokus RHH dulu. kalau ikutkan banyak lagi citer x siap kat blog tu sabar jelah. entah bila nak sambung
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 12:04 PM | Show all posts
bez cte nie...truskan2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2011 12:13 PM | Show all posts
Sambung lah lagi shana...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 12:15 PM | Show all posts
sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 01:43 PM | Show all posts
Mana sambungannya ni Shana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 05:49 PM | Show all posts
part 2 (i)


Haikal mengeluh. Penatnya. Jam ditangan di pandang. Sudah hampir jam lima. Dia perlu pulang sekarang. Pukul enamnanti dia perlu mengambil Haziq. Masih lagi ada dua minggu. Maisara jugalangsung tak menghubunginya. Sms pun tak ada. Busy sangat ke. Terasa aneh juga.Selalunya, Maisara tidak pernah gagal menghubungi atau menghantar sms kepadanyawalau dimanapun wanita itu berada.


“Termenung jauh nampak?” tegursatu suara. Haikal pantas berpaling. Norman sahabatnya sedang menyandar dipintu. Tersenyum sinis memandangnya.


“Masuklah,” Haikal bersuaramalas.


“Kau kenapa? Moody je aku tengok?Semalam ok? Tina tu hot tak?” tanya Norman. Bukan dia tidak tahu sahabatnya adadate dengan Tina. Perempuan tu hot juga. Seksi dan menggoda.


“Tak jadi. Aku kena hantar mamaaku gi KLIA. Sekarang yang buat aku pening ni Haziq,” keluh Haikal.


“Kenapa dengan Haziq?” soalNorman. Hairan pula. Sebelum ni Haziq langsung tidak memberi masalah padaHaikal. Malah masanya banyak dihabiskan dengan kekasih-kekasihnya berbandingdengan anaknya itu.


“Mai kena kursus dua minggu. Mamaaku pula ke Sarawak. Kak hanum kan dah nak bersalin. So, Haziq tak ada yangjaga,” beritahu Haikal. Ada keluhan di bibir. Letih, tidak tahu macammana nakhandle Haziq.


“Laa... apa masalahnya? Anak kaukan? Takkan lah anak sendiri pun kau tak boleh handle?”


“ aku tahu masalahnya aku manalahpernah jaga Haziq. Kau kan tahu Mai yang uruskan segala-galannya” beritahuHaikal. Norman ketawa mendengarnya. Tulah, semuanya lepas tangan, biarkan maiyang uruskan segalanya. Sekarang terimalah.


“Kal... Kal aku tak tahulah. Tapikau kena ingat Haziq tu anak kau. Mungkin sekarang tiba waktunya kau belajaruntuk lebih bertanggung jawab. Rapatkan hubungan kau dengan Haziq. Jangansampai suatu masa, Haziq tak kenal kau,” Norman memberi nasihat. Selama ini diajuga tidak senang dengan sikap lepas tangan sahabatnya itu. Kadang-kadangkasihan juga pada Maisara. Semua kena urus sendiri. Seolah-olah tiada suamisedangkan suami sendiri leka berfoya-foya. Entah apa lagi yang Haikal cari.Isteri sesempurna Maisara itu langsung tak dihargai.


Haikal hanya mengeluh. Mungkinbenar juga kata Norman. Terbayang wajah Maisara
yang tersenyum manis. Wajah Haziq yang comel. Datang silih berganti.Handset di atas meja dipandang. Masih lagi sepi. Kemana Maisara? Sibukbenarkah? Dia bertanya sendiri.


“Kau tak nak pergi ambil Haziqke? Nursery tu tutup pukul berapa?” tanya Norman bila melihat Haikal yang masihselamba duduk dihadapannya.


“Pukul enam? Kenapa?” tanyaHaikal tanpa perasaan. Fikirannya masih lagi terkenangkan
Maisara.


“Ya Allah, Kal sekarang dah 5.30.pukul berapa kau nak ambil Haziq?” terjerit Norman. Haikal yang mendengarmelihat jam. Aargghh... sudah lambat. Kelam kabut dia mengemas meja. Segera diaberlari keluar. Norman yang melihat sekadar menggeleng. Macammanalah Haziqnanti.


...................................................................................................................................................................


Haziq menarik muka masam. Air matayang mengalir di pipi dikesat. Sedih dan takut. Papa datang lambat. Semua rakan-rakansudah pulang tapi papa tetap tak muncul. Mujur Cikgu Aina ada. Haikal serbasalah. Tidak tahu bagaimana nak pujuk Haziq. Dari tadi anak kecil itu diam.


“Papa minta maaf k. Papa janjiesok papa tak lewat lagi,” pujuk Haikal.


“nak mama....” hanya itu yangkedengaran dari bibir comel Haziq. Matanya memandang luar. Berharap mamanya adabila dia pulang nanti. Haikal mengeluh.


“mama kerja sayang... ok kitamakan KFC nak?” umpan Haikal. Haziq menggeleng. Haikal pening. Tak tahu caraapa lagi memujuk Haziq.


“Ziq nak makan MC D,” Haziqbersuara perlahan. Haikal tersenyum. Lega.


“Ok. Kita makan Mc D,” haikalbersuara riang. Kereta dipandu menuju ke restoran Mc D berdekatan. Haziq tersenyum.Terpujuk sikit rajuknya.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 02:47 AM | Show all posts
ala.. ingt ada lagi.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 08:28 AM | Show all posts
Ini aje ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 08:34 AM | Show all posts
berst...
kalu free letak n3 citer2 yang ada nie pelan2 k...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 09:26 AM | Show all posts
shana85.. kak shima dah khatam cerita ni kat blog awak... best... teruskan usaha..ayat2 yg di gunakan pun kak shima suka...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2011 11:10 AM | Show all posts
cepat sambung weh dah tak larat nak tolak masuk page 1 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 11:36 AM | Show all posts
Insyaallah tapi minggu ni busy sangat2

maaf ya... klu sempat hana masukkan n3 baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 11:36 AM | Show all posts
Insyaallah tapi minggu ni busy sangat2

maaf ya... klu sempat hana masukkan n3 baru
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 11:04 PM | Show all posts
april ikut crite shana kat blog. tp SR je la..ehehhe..br time ni tergerak ati nak komen2 suma novel kat blog april dah habis baca tp byk yg xde penamat lg..harap2 shana dpt habiskan smpe ade penamat ek..sumanye cite shana mmgggg  bestt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.204327 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list