|
shana85.. kak shima dah khatam cerita ni kat blog awak... best... teruskan usaha..ayat2 yg di gunaka ...
shimah81 Post at 5-5-2011 09:26
akak,,,ape blog shana85 nk tau |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 21# sejuk
eh..silap2..byk sgt dok baca ceritanya..Jadi blur skitblog shana85 ek.. shima x blh bukak blogger dasboard hari ni..x leh nk tgk nama blog dia...
nnt blog dah elok, shima cakap ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sejuk
eh..silap2..byk sgt dok baca ceritanya..Jadi blur skitblog shana85 ek.. shima ...
shimah81 Post at 13-5-2011 07:42
wokeh,,i'm waiting |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 23# sejuk
ok ni blog hana:
ceriterahatiku-shana.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sejuk
ok ni blog hana:
ceriterahatiku-shana.blogspot.com
shana85 Post at 13-5-2011 10:10
yeah,,,tq2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maisara keresahan. Rindunya pada Haziq hanya Allah sahaja yang tahu. Macammanalah dia boleh setuju dengan idea Nora. Kerja gila rasanya. Meninggalkan Haziq pada Haikal. Mujur mama juga mahu membantu. Entah bagaimana Haziq sekarang. Dah makan belum. Maisara gusar.
“Kau ni kenapa Mai? Rimas aku tengok kau duk ulang alik tawaf ruang tamu rumah aku ni,” tegur Nora. Pening dia melihat gelagat Maisara.
“Aku risaukan Haziq. Aku rasa tak tahan. Batalkan jelah rancangan tu....” Jawab Maisara. Hanya wajah Haziq terbayang di ruang mata.
“Sabarlah. Kau kena kuat. Kalau kau nak selamatkan mahligai kau tu, kau kena teruskan juga. Biar Haikal sedar tanggungjawab dia. Sedar kehadiran kau dan haziq. Ajar dia sedikit bagaimana nak jadi suami dan ayah,” pujuk Nora. Maisara mengeluh. Sedar kebenaran kata-kata Nora itu.
“Aku akan cuba. Entah macam manalah dua minggu ni. Sehari pun aku rasa macam setahun,” keluh Maisara. Nora menggengam tangan Maisara. Memberi kekuatan pada sahabatnya itu.
...................................................................................................................................................................
Haikal mengeluh. Kepenatan. Haziq yang nyenyak tidur disebelahnya di pandang. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh. Puas dia pujuk haziq untuk tidur. Siap dodoikan lagi. Dalam sejarah hidupnya terpaksa bercerita mengenai fairy tale pada Haziq. Kisah Snow White. Pening. Alahai... kenapalah Sara cerita kisah-kisah macamni pada Haziq. Haziq kan lelaki. Tak sesuai cerita-cerita macam ni. Huh...
Kain baju yang penuh dibakul dipandang. Keadaan bilik yang agak bersepah juga menyebabkan dahinya berkerut. Baru sehari Maisara tiada, sudah tidak teratur hidupnya. Dengan malas, dia bangun mengambil bakul kain baju itu turun. Perlu juga menggagahkan diri untuk membasuh.
Lama Haikal berdiri dihadapan mesin basuh itu. Banyaknya button yang ada. Mana satu yang harus dia tekan. Mengeluh lagi. Rasanya kain baju ini ke kedai dobi sahaja. Tiada pilihan. Langkahnya dia tur ke dapur. Pinggan mangkuk kotor penuh di singki. Digagahkan juga diri untuk membasuh dan mengemas. Tak selesa dengan keadaan yang tidak terurus ini.
...................................................................................................................................................................
Sedar tidak sedar sudah hampir seminggu Maisara berkursus. Hairan juga dia bila Maisara tidak menelefon atau menghantar sms pada dia. Sibuk sangat agaknya. Haikal menyedapkan hati sendiri. Entah mengapa ada rasa kosong bila tiada panggilan atau sms dari isterinya itu. Terniat juga untuk menghubungi isterinya itu namun dibatalkan sahaja. tak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Apatah lagi bila jarang sekali dia menghubungi isterinya itu. Rindukah dia pada Sara?
“Kau kenapa Kal? Aku tengok dua tiga hari ni asyik termenung je. Kau angau kat sapa pula kali ni?” soal Norman. Sedari tadi dia lihat Haikal berada dalam dunia dia sendiri. Entah apa yang difikirkan lelaki itu. Haikal tersentak dengan teguran sahabatnya itu.
“tak ada apa-apa. Aku ok jer Cuma penat sikit kebelakangan ni?” jawab haikal malas.
“Penat? Biasalah tu. Baru seminggu Mai pergi, kau dah haru biru. Haziq macam mana? Sihat?”
“OK je anak teruna aku tu Cuma mulut dia asyik bising bila mama dia nak balik. Kau tahu, boleh Mai bacakan kisah fairy tale kat anak lelaki aku tu. Huh... penat aku. Ziq pula kemain suka lagi. Risau aku. Asyik- asyik cinderella lah, snow white dan entah apa lagi. Aku ingat aku nak ke kedai buku petang ni, nak cari buku yang ok sikit. Harry potter ke, hang tuah ke. Lagi satu yang buat aku bengang, Sara boleh beli koleksi dvd cerita Barbie kat Haziq. Pening aku...” adu Haikal pada Norman. Ketawa besar Norman mendengar cerita Haikal tu. Maisara... Maisara... tahulah teringin anak perempuan tapi janganlah ajar Haziq itu semua.
“habis tu apa kau nak buat?” soal Norman. Masih lagi ketawa.
“Aku ingat lepas ni kena lepak ngan Haziq je hari minggu. Aku nak ajar dia main bola sepak, badminton ke tak pun bawa dia ke gym. Sejak jaga anak aku ni, baru aku sedar yang anak aku tu banyak terikut sikap Sara. Hari minggu Cuma habiskan masa dengan tengok dvd cartoon dia tak pun main catur atau dam. Huh... tak sanggup aku. Aku nak anak lelaki aku lasak, lincah dan berani,” beritahu Haikal penuh semangat.
“Baguslah tu. Aku harap kau dapat jadi ayah yang baik dan didik anak kau tu supaya jadi lelaki gagah berani... aku nak keluar ni. Ada masalah sikit kat site. Kau jangan duk berangan jer” Norman tersenyum riang melihat perubahan sahabatnya itu. Baguslah. |
|
|
|
|
|
|
|
best2... padan muka haikal. ni mmg cara nak ajar org cmni. bg je tanggungjawab kat dia. hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak sambungan.. |
|
|
|
|
|
|
|
idea yang bagus nak ngajar husband yg selalu buat tak tahu pasal anak .. hahahaha .... good job writer .... lagik lagik ... tak sabar nak tau sambungan .. |
|
|
|
|
|
|
|
ha...itulah kaum bapa nih...baru tau....penatnya buat kerja rumah......biar dia rasa hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
saya suka citer nie. untuk selamatkan perkahwinan tu, sara kena buat.jangan asyik ikut je perangai suami, bukan bererti menderhaka tapi perlu usaha untuk bahagia dlm perkahwinan. go sara go.. |
|
|
|
|
|
|
|
cerpen ni besttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
cite yg ni bila plak TT nak update eh??xsabar... |
|
|
|
|
|
|
|
Haikal tersenyum melihat Haziq yang nyenyak tidur di sebelah. Pandangan matanya jatuh pada wajah mulus itu. Tanpa sedar Haziq sudah membesar. Betapa ruginya dia. Banyak yang dia terlepas rupanya. Hanya foto-foto Haziq ketika bayi hingga sekarang sahaja menjadi tatapannya. Sedih hatinya bila melihat foto-foto itu hanya ada Haziq dan Maisara sahaja. hanya foto hari raya sahaja baru ada wajahnya. Itu pun wajah tanpa perasaan dan seperti terpaksa. Haikal mengeluh lagi.
Wajah diraup kasar. Membilang hari. Beberapa hari lagi Maisara akan pulang. Tanpa sedar ada rasa rindu dihatinya. Benarkah? Semakin keliru. Potret besar gambar persandingan mereka di pandang. Cepatnya masa berlalu. Wajah Maisara yang tersenyum di pandang. Cantik. Tersentak. Bagai tersedar dari tidur yang panjang. Selama ini dia tak pernah pandang Maisara betul-betul. Hati kecilnya mengakui kecantikan Maisara yang langsung tidak dia sedari. Berfikir dan akhirnya akur banyak yang dia tak tahu mengenai isterinya itu. Bertahun hidup bersama dia langsung tgak tahu apa-apa mengenai wanita yang menjadi surinya itu. Kesukaan mahupun kebencian wanita itu langsung dia tidak tahu. Terasa betapa teruknya dia sebagai seorang suami |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 38# shana85
pendeknye. .. sambung la lagi kasi panjang |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by shana85 at 23-9-2011 14:28
Maisara mengeluh lagi. terasa lambatnya masa berlalu. rindunya pada Haziq. hanya gambar Haziq menjadi pengubat rindu. mengeluh dan terus mengeluh. Hanya itu yang dia tahu. ikutkan hati ingin sahaja dia ke taska Haziq tapi bimbang pula kalau Haziq terlepas kata pada Haikal.
"Mai... dah la tu. Jom makan. tenung gambar Haziq tu bukannya boleh buat dia muncul depan kau pun" tegur Nazrin kakak Maisara. kebetulan dia menelefon adiknya itu. kalau tidak sampai sudah dia tak tahu apa yang terjadi. rasa geram pula pada si Haikal. ingatkan adik dia bahagia selama ini.
"Mai rindukan Haziq..." Maisara mengeluh lagi.
"Kak Rin faham tapi Mai kena kuat. Mai nak selamatkan perkahwinan Maikan? jadi Mai kena kuat. Lagipun tinggal tak beberapa hari lagi." pujuk Nazrin. Maisara hanya diam.
P/s : sorry n3 pendek. kat opis nieh. klu ada masa nanti hana sambung k |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|