View: 5109|Reply: 9
|
[Tempatan]
10Star Cinemas akan buka 'pawagam lot kedai' di Lembah Klang
[Copy link]
|
|
Berita Harian
Oleh Hazwan Faisal Mohamad
Januari 13, 2025 @ 11:16am
[email protected]
10Star Cinemas Sdn Bhd, anak syarikat MAA Group Bhd bercadang untuk mengembangkan kehadiran ke Semenanjung Malaysia dengan menyasar untuk membuka tiga pawagam komuniti di Lembah Klang tahun ini.
Buat masa ini, 10Star Cinemas mengendalikan sejumlah enam pawagam dengan semuanya terketak di Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinemas, Onn Norshal Hamzah, berkata pada tahun ini syarikat bercadang untuk membuka sekurang-kurangnya lima pawagam termasuk tiga di Lembah Klang dan selebihnya adalah di Sabah.
Katanya, konsep baharu yang diperkenalkan syarikat itu iaitu pawagam komuniti ternyata membuahkan hasil apabila berjaya menarik ramai penonton terutama dari luar bandar untuk datang ke pawagam mereka.
"Menerusi konsep ini, semua pawagam kami dibuka di bangunan lot kedai berhampiran kawasan perumahan, dan bukannya di pusat beli-belah yang menjadi amalan kebiasaan sekarang.
"Kami menumpukan pada kawasan berpotensi di luar bandar yang tiada persaingan, iaitu ketiadaan pawagam berhampiran. Ternyata langkah ini sememangnya berjaya dan menarik ramai penonton.
"Sejak pembukaan pawagam pertama pada tahun 2021, kami dapat menjual lebih 500,000 tiket sehingga kini," katanya kepada BH.
10Star Cinemas kini mengendalikan enam pawagam komuniti di Sabah iaitu masing-masing dua di Tawau dan Sandakan dan satu di Papar serta Kota Marudu.
Ditanya mengapa memilih untuk membuka pawagam di bangunan lot kedai, Onn Norshal berkata ia bukan sesuatu yang baharu di luar negara, malaj ada yang berjaya.
"Biarpun pawagam ini terletak di bangunan lot kedai, namun kualitinya setanding dengan pawagam lain dari segi pengalaman tontonannnya. Kami menggunakan teknologi terkini termasuk projektor laser terkini dan sistem bunyi digital canggih.
"Malah, rata-rata penonton lebih suka untuk menonton di pawagam kami kerana lokasinya yang strategik kerana terletak berhampiran dengan ruang parkir kereta berbanding jika di pusat beli belah.
"Malah, pembukaan pawagam komuniti ini turut membantu menghidupkan kawasan lot kedai terbabit apabila menarik penyewa lain untuk beroperasi di sini termasuk bank," katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk menjadi pesaing kepada pengendali pawagam lain, tetapi sebaliknya mahu sama-sama membantu menaikkan industri berkenaan.
"Kerana itu kami membuka pawagam di lokasi yang jauh daripada pesaing kami supaya tidak bersaing dengan pasaran yang sama.
"Dari segi pelaburan, kami melabur antara RM5 juta hingga RM6 juta untuk membuka pawagam komuniti mengandungi enam dewan tayangan yang boleh memautkan antara 450 hingga 500 kerusi.
"Ini biasanya membabitkan lapan blok bangunan tingkat bawah yang kami sewa daripada pemaju," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 13-1-2025 04:50 PM
wayang pprt ka ni...berapa harga tiket??
Btw,tiket wayang Dadi cinema kat Pavilion tu pun rm15 jah kalo pi Happy Hour |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah tentulah lokasi dia jauh daripada cinema sedia ada di shopping mall. Mereka juga ada target market dia. Jangan ingat semua orang mahu travel jauh ke mall untuk tengok wayang. Bila dah sampai shopping mall,nanti habis duit berbelanja di tempat lain lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
62 seat dalam satu hall. Ok la. Ini kat tawau
|
|
|
|
|
|
|
|
asalkan laku buka kat mana2 pun blh
lama dah tak pi wayang
awek takde |
|
|
|
|
|
|
|
thn 2024 rasanya mcm i x g tgk wyg
xtau la dk buat apa thn 2024..
btw ada cite best ke..dh lama xtgk movie..
biasa midnight movie ngn adik i kt quayside mall..seram time nk balik selalu tersesat nk g parking..ngn seram sejuknya..
kdg i g masuk area wyg semata nk beli popcorn je.. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak kot kedai..hmm shoplot baru fhm...
ok bye..tgk kt umah je la |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat oversea panggung wayang shoplot ni untuk porn movies. Ada tarian vogel sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siap ada section khas untuk kapel. Kena ada sijil nikah tak?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|