View: 11341|Reply: 0
|
[Dunia]
Kena pecat oleh Parlimen, Presiden Korea Selatan masih terima kenaikan gaji. Untunglah nok
[Copy link]
|
|
SEOUL – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol akan menerima gaji tahunan kira-kira 262.5 juta won (RM805,000) pada tahun ini, meningkat tiga peratus berbanding tahun lalu, lapor akhbar The Korea Times semalam.
Menurut Kementerian Pengurusan Kakitangan, gaji pegawai awam Korea Selatan akan meningkat sebanyak tiga peratus tahun ini berbanding tahun lalu, dengan kenaikan sama untuk presidennya.
Walaupun Suk-yeol kini digantung tugas, beliau akan tetap menerima gaji baharu tersebut sambil kekal sebagai Presiden Korea Selatan.
Justeru, Suk-yeol yang tidak bertugas sejak pertengahan Disember tahun lalu akan menerima kenaikan gaji tahunan berjumlah 7.5 juta won (RM23,000) berbanding 2024.
Ini bermaksud beliau akan dibayar gaji sebanyak 21.8 juta won (RM67,000) sebulan sebelum cukai pada tahun ini.
Perdana Menteri, Han Duck-soo yang juga digantung tugas selepas Parlimen menjatuhkan hukuman terhadapnya, akan menerima gaji tahunan sebanyak 235.5 juta won (RM722,000).
Parlimen menggantung tugas Suk-yeol pada 14 Disember tahun lalu dengan memansuhkan kuasa eksekutif beliau susulan pengisytiharan undang-undang tentera yang dibuat pada 3 Disember tahun lalu.
Meskipun ada yang berhujah bahawa membayar gaji kepada Presiden dan Perdana Menteri yang digantung melanggar prinsip ‘ada kerja, ada gaji’, isu itu masih tidak jelas dari segi undang-undang.
Ini kerana tiada peraturan jelas tentang pembayaran gaji kepada pegawai awam yang digantung tugas. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|