View: 29028|Reply: 24
|
[Tempatan]
93,635 mohon masuk MRSM, 8,909 dapat tawaran sesi kemasukan tahun ini
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Seramai 8,909 pemohon diberi tawaran untuk belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi kemasukan tahun ini.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, secara keseluruhan Mara menerima sebanyak 93,635 permohonan.
“Sebanyak 7,229 tempat disediakan bagi kemasukan ke tingkatan satu dan 1,680 tempat disediakan bagi kemasukan ke tingkatan empat.
“Mara masih mengekalkan dasar sedia ada dengan 60 peratus penawaran adalah kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dengan kautamaan juga diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Mara Integrated Accounting Conference (MICA) di ibu negara hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, semua pemohon diwajibkan melepasi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan daripada 93,635 pemohon itu, jumlah calon layak secara minimum adalah 21,994 orang.
Kata beliau, semakan tawaran dibuka bermula pukul 12 tengah hari ini secara dalam talian dan maklumat juga dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan.
Menurut beliau, hebahan kemasukan tawaran itu turut dimaklumkan dalam media sosial rasmi dan portal Mara bagi memastikan maklumat sampai kepada pemohon.
Kata beliau, pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan menerima atau menolak tawaran kemasukan ke MRSM tersebut dalam tempoh tujuh hari.
“Mereka yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh ditetapkan akan dianggap menolak tawaran ke MRSM,” katanya.
Beliau berkata, pemohon yang layak dan masih belum mendapat tawaran boleh membuat semakan pertama hari ini, manakala semakan kedua boleh dilakukan pada 27 Januari 2025.
“Semakan ketiga pada 3 Mac dan semakan keempat pada 17 Mac depan. Tawaran tempat kemasukan ini membabitkan semua 57 MRSM di seluruh negara termasuk yang terbaru di MRSM Ranau dan MRSM Bintulu,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 13-1-2025 05:09 PM
Tahniah anak2 yang dapat.
Uols mohon pi MRSM tempat meols la. Diiktiraf sebagai MRSM paling tinggi (atas aras laut) di Malaysia. Santek atas bukit sejuk2 gitu pagi2 bangun ha amekaw boleh fefeling dalam awan gitu sebab sana tu kawasan berkabus every single day waktu subuh/pagi pehtu hado penyanyi lokal sedap suara jadik cikgu PJ n hado cikgu2 BI santek2 muda2. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-1-2025 01:08 AM
Tahniah anak2 yang dapat.
Uols mohon pi MRSM tempat meols la. Diiktiraf sebagai MRSM paling tinggi ...
Hahahahahha..
Amboi2..
Sempat promot..
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 13-1-2025 11:49 PM
Hahahahahha..
Amboi2..
Sempat promot..
Musti. Ada gak beberapa student Malaya di situ. Boleh la mak pak datang Sabah pi jalan2 jadik turis atas alasan melawat anak. : |
|
|
|
|
|
|
|
Open je la ikut meritokrasi tanpa mengira b40, m40 or t20. Kat sek biasanya bdk2 yg Dr b40 Dan broken family ni yg bnyk buat masalah. Disiplin out. B40 zaman skrg x mcm b40 zaman aku dulu. B40 zaman skrg rmi yg x sedar diri tu miskin. |
|
|
|
|
|
|
|
93,635 mohon masuk MRSM .. ramaintya nak masuk, ada dapat biasiswa ker yang dapat masuk mrsm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak buah aku pun apply tapi dapat status KIV. Anak sekolah 3 org. Mak gaji 4.5K bapak 5.6K terus kena cop T20 |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 14-1-2025 11:24 AM
93,635 mohon masuk MRSM .. ramaintya nak masuk, ada dapat biasiswa ker yang dapat masuk mrsm ni
takdop infact mahal jugak saraannya (based on anak2 kwn iols kat sana la) tp opkos la berprestij dikalangan mak2 gitteww.
cumanya ramai betul apply yg offer tak smpai 9k tu pun campur f1&f4
btw, tahniah anak2 yg dpt masuk tu. enjoy ur hostel life |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-1-2025 01:08 AM
Tahniah anak2 yang dapat.
Uols mohon pi MRSM tempat meols la. Diiktiraf sebagai MRSM paling tinggi ...
kalau iols ni mau kene ligan tetiap pagi serupa larva dah jadinya nak bukak selimut.
blh byg sejukkkkkkkkk aman je.
teringat plak berglamping di umea kundasang |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah pd yg dapat masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju, sama je yg masuk U, ramai yg tak sadar diri memonteng tak datang kuliah. Menghabiskan duit mak bapak end up masuk court. Kena denda. Yuran liat nau nak bayau.
Tak payah la nak term B40, M40.....ikut je merit..kalo layak..bagi peluang. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun tak setuju ikut b40 m40 ni, ikut merit la ni utk kemasukan sekolah je pun macam kena diskriminasi pulak. Banyak golongan m40 or t20 skg ni asal family b40 gak dulu2. Kecuali biasiswa atau tajaan jpa ke luar negara tu kalau penaja nak letak priority kt b40/m40 ok la. M40 pun bukan kaya mana kalau banyak tanggungan |
|
|
|
|
|
|
|
yang paling latest tu ye
nanges ooo pk
kalau mmg dapat sana
cost nak balik PB
|
|
|
|
|
|
|
|
baru balik meeting AJK PIBG sekolakalau ikut rekod 41 org mohon MRSM
tapi setakat tadi pukul 3
dimaklumkan 4 org berjaya
agak susut jumlah compare
tahun2 sebelumnya
|
|
|
|
|
|
|
|
glamer di kalangan mak mak,
kalau anak sekolah biasa ni macam hina sikit la..
lagi2 bila nak dekat raya ni...
flex to the max gitu haha |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-1-2025 01:08 AM
Tahniah anak2 yang dapat.
Uols mohon pi MRSM tempat meols la. Diiktiraf sebagai MRSM paling tinggi ...
Sa pok juga anak sa dpt kalau2 d ranau sis..tp magsukul jg dpt d kinarut..sana punya jehem time cuti nda buli bwk bincang suda ooo..krem kaki tekan clutch |
|
|
|
|
|
|
|
permulaan memasuki MRSM dan SBP, adalah permulaan mengkastakan masyarakat...kasta masyarakat memang menjadi asas sesuatu negara |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-1-2025 01:08 AM
Tahniah anak2 yang dapat.
Uols mohon pi MRSM tempat meols la. Diiktiraf sebagai MRSM paling tinggi ...
Hahaha..tinggi onkos tuk kami dr semenanjung..dulu masa i nk apply ums tuh, i kena ugut dgn mak i. Kena berhenti sekolah... |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 15-1-2025 05:13 PM
glamer di kalangan mak mak,
kalau anak sekolah biasa ni macam hina sikit la..
lagi2 bila nak dekat ...
I slalu ckp dgn ank i, sekolah mana sama2 jer..tehtap belajar sains silibus yg sama....cuma beza dr pengalaman hidup jerlah...dia nk masuk asrama silakan(tp yg dekat2 rumah jee i bg)
Xnk masuk asrama pun i ok, sb lagi senang dia nknperform n tak stress |
|
|
|
|
|
|
|
fazzrules replied at 15-1-2025 09:13 AM
Sa pok juga anak sa dpt kalau2 d ranau sis..tp magsukul jg dpt d kinarut..sana punya jehem time cu ...
Ranau pun ba. Musim cuti sekolah sy malas keluar rumah. 4 minit saja pi kadai boleh jadi 2 jam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|