CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5555|Reply: 6

[Dunia] Elon Musk nak beli TikTok AS?

[Copy link]
Post time 14-1-2025 01:01 PM | Show all posts |Read mode
NEW YORK – Pegawai-pegawai China meneliti potensi penjualan operasi TikTok di Amerika Syarikat (AS)  kepada bilionair Elon Musk ketika platform perkongsian video itu berdepan undang-undang AS yang meminggirkan pelaburan Beijing, lapor saluran berita Bloomberg semalam.

Laporan itu memetik kelompok individu yang arif tentang isu tersebut. Mereka berkata, senario yang dibincangkan di Beijing menyebut bahawa syarikat media sosial Musk, X akan membeli TikTok daripada firma China, ByteDance dan menggabungkannya ke dalam platform X, dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Laporan sama menganggarkan operasi TikTok di AS bernilai antara AS$40 hingga AS$50 bilion.



Walaupun Musk kini tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, Bloomberg tidak menyatakan bagaimana beliau akan membuat pembayaran atau sama ada beliau perlu menjual asetnya yang lain.

Tahun lalu, Washington meluluskan undang-undang mewajibkan ByteDance sama ada menjual TikTok kepada entiti tempatan, atau menutup operasinya di Amerika Syarikat.

Washington menuduh TikTok membenarkan Beijing mengutip data dan mengintip pengguna selain menjadi alat untuk menyebarkan propaganda. ByteDance menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Rancangan penjualan TikTok itu bagaimanapun dianggap ‘masih di peringkat awal’ dan memerlukan konsensus Beijing.

Musk merupakan sekutu rapat Trump dan dijangka memainkan peranan berpengaruh di Washington dalam tempoh empat tahun akan datang.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2025 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke mark zuckerberg hari tu melobi nak beli tiktok. Tp bytedance x nak jual. Ni si musk plak mencuba nasib.

Dengarnya 19/1 ni hari terakhir tiktok kat amereka tu.lepas tu tutup kedai
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 01:21 PM | Show all posts
semua dia nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tanah air ni pulak ramai ummah acah2 anti PRC..tapi tak boleh hidup kalo sehari x hadap tiktok made in PRC.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap TikTok kat Malaysia pun bungkus. Teruk sgt minda budak2 muda kt sana tu. Komen dan pov kemain bengap sekor2. Rak realiti langsung
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
qistiena replied at 14-1-2025 01:08 PM
Bukan ke mark zuckerberg hari tu melobi nak beli tiktok. Tp bytedance x nak jual. Ni si musk plak me ...

Baru je baca komen warga us sedih sbb 19/1 ni dah takleh layan tt
Sian gak yg berbisnes selalu wat live kat tt tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2025 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 16-1-2025 11:12 AM
Baru je baca komen warga us sedih sbb 19/1 ni dah takleh layan tt
Sian gak yg berbisnes selalu wat ...

Warga us sekarang ni dah beralih ke Red Note. Dah alang2 kerajaan us kata china collect data. Sekarang ni They are willingly to supply the data
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.739968 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list