View: 17516|Reply: 9
|
[Tempatan]
Panggilan telefon tidak berjawab, abang temui adik mati tergantung
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 15-1-2025 08:23 AM
KOSMO!
Oleh ASLIZA MUSA
14 Januari 2025, 2:05 pm
IPOH – Kebimbangan seorang lelaki selepas gagal menghubungi adiknya membawa kepada penemuan mayat mangsa dalam keadaan tergantung di sebuah pangsapuri di Lebuh Meru Raya, di sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 11.35 pagi.
Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati mangsa berusia 27 tahun itu dalam keadaan tergantung di ruang tamu rumah dengan memakai seluar pendek.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan pada pukul 12.20 tengah hari.
“Siasatan awal pegawai penyiasat di lokasi kejadian mendapati terdapat nota pada dinding rumah dengan semburan cat berwarna merah. Bagaimanapun, tiada sebarang ‘foul play’ dan kesan pergelutan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah dalam kes ini,” katanya di sini hari ini.
Abang Zainal berkata, berdasarkan temu bual dengan abang mangsa, lelaki itu memberitahu adiknya yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu mengalami masalah rumah tangga dan tinggal berasingan dengan isterinya sejak dua tahun lalu.
Katanya, kali terakhir lelaki itu menghubungi adiknya pada Khamis, sehari sebelum kejadian dan mangsa dalam keadaan baik selain tidak menceritakan apa-apa masalah kepada abangnya. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ape yg ditulis di dinding tu
awat la buat lagu ni dek
|
|
|
|
|
|
|
|
aku kesian kt anak dia
dh besar nnti msti tertanya2 napela bapak aku bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 14-1-2025 09:20 PM
Ni polis bnh diri tu ke yg lain. Tgk edisi siasat haritu, di ipoh jgak. Umo pun sama 27 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
bpbbppbp replied at 14-1-2025 01:18 PM
Ni polis bnh diri tu ke yg lain. Tgk edisi siasat haritu, di ipoh jgak. Umo pun sama 27 tahun
Polis?
Adeh...
Dah berapa ramai polis bunuh diri dalam 10 tahun kebelakangan ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Ex kelig meols, umo 8 tahun, dipaksa assist pakcik (yang close dengan dia) untuk bunuh diri. Depan mata ex kelig tu, pakcik ni p gantung diri sampai lidah terjulur keluar, terberak, terkencing segala.
Ntah camna ex kelig tu kekal sane nampak semua ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 14-1-2025 09:38 PM
dua_chzy replied at 14-1-2025 09:21 PM
Polis?
Adeh...
Haah uol, tergantung kat homestay. Dia minta tambah satu malam lagi..tup2 houskeeping jmpa tergantung. Ada kat edisi siasat. Tapi xtaulah kot2 dbnuh ke apa.
Tapi rsenya kes lain ni. Sbb baru tgk tadi tempat lain tpi ipoh jgk.. Umo sama tu yg confuse igt org sama. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-1-2025 09:25 PM
Ex kelig meols, umo 8 tahun, dipaksa assist pakcik (yang close dengan dia) untuk bunuh diri. Depan m ...
Omg. Scary.. Blh plk cmtu. Moga dia strong |
|
|
|
|
|
|
|
bpbbppbp replied at 14-1-2025 01:33 PM
Omg. Scary.. Blh plk cmtu. Moga dia strong
Memang strong. Mungkin sebab dia tu alim jenis kuat iman (umat Kristen). |
|
|
|
|
|
|
|
bpbbppbp replied at 14-1-2025 01:27 PM
Haah uol, tergantung kat homestay. Dia minta tambah satu malam lagi..tup2 houskeeping jmpa tergant ...
Huk hala kenapa la bunuh diri kat homestay... |
|
|
|
|
|
|
| |
|