CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30210|Reply: 31

Siddiq Ghouse

[Copy link]
Post time 20-4-2011 05:12 PM | Show all posts |Read mode
ada sesapa ada info pasal dia ni tak? dia pernah ditangkap sebab jadi spy Soviet kan..

ada sesape yg tau kisah hidup dier tak? aku minat lak nak tau pasal dier ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 08:32 PM | Show all posts
Ejen KGB masa zaman Tun Dr Mahathir kn? X salah Special Branch berjaya kantoikan dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 09:29 PM | Show all posts
Reply 2# TokMudim

tentang dier ejen KGB tu mmg tau.. tp aku nk tau kisah hidup dier, karier dier.. sape dier ni? melayu ke? camne dier leh masuk gomen n kerja utk Dr M..? sbb aku cari kat internet.. susah nk jumpe kisah dier yg detail..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 10:10 PM | Show all posts
Reply 3# timeoutzone

Aku pun nak tau gak, dari dulu aku pun jenuh mencari, tapi tak banyak info pasal dia ni, tak tau nape. Macam2 persoalan yang masih samar2, macam mana dia boleh terlepas security screening, sampai jadi orang kanan Dr. M.

Mungkin ada member2 lain yang tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 10:24 PM | Show all posts
err... cer tepek pitcha ka, sokabar ka,
sekian terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 09:13 AM | Show all posts
Reply 5# missnourell


    Ntah nyer...tepek ler keratan Akhbar ke...nak gak tau...hehehe baru jer tau ni...GK kuang skit la...Ghaut tu aku tau gak la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2011 10:02 AM | Show all posts
Nah la aku tolong tempekkan

SIAPA AGEN CIA ?

Negara digemparkan dengan berita berhubung penglibatan pemimpin besar negara terlibat dengan agen negara asing. Heboh diperkatakan tentang gejala pengkhianatan terhadap negara oleh pemimpin tertentu. Persoalannya, siapakah pemimpin tersebut? Sejauh manakah penglibatannya dengan agen negara asing? Apakah jenis maklumat yang dikatakan diberikan kepada pihak asing? Apakah implikasi dari perbuatan tersebut? Apakah sudah terdapat bukti jelas berhubung dengan perbuatan tersebut? Kenapa isu pengkhianatan negara ini dihebohkan tanpa dibuktikan terlebih dahulu? Dan beberapa persoalan lain yang berkaitan.

Pada awal tahun 80'an negara dikejutkan dengan penglibatan sdr Siddiq Ghouse (Setiausaha Politik Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu) sebagai agen KGB (agen perisikan Soviet Union). Tindakan tegas telah diambil oleh kerajaan dibawah kepimpinan Almarhum Tun Hussien Onn terhadap pengkhianat tersebut. Datuk Harun Idris juga pernah menulis sebuah buku berhubung dengan gerakan Free Mason tajaan Yahudi Zionis dengan mengemukakan beberapa nama pertubuhan dan individu tertentu yang turut terlibat dengan gerakan ini. Berdasarkan kepada beberapa peristiwa dan catitan ini jelas kepada kita bahawa negara kita tidak terlepas dari terjebak dengan kegiatan yang mengkhianati negara.

Bila kita membicarakan siapa sebenarnya agen kepada agensi-agensi khas ini sama ada CIA atau KGB atau Mossad dan sebagainya ianya amat sukar. Ini kerana setiap individu yang terlibat kadang-kadang tidak menyedari tentang penglibatan mereka. Agen-agen ini bergerak dan bertindak tanpa sedar atau disedari oleh orang disekeliling mereka.

Agen tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Mereka bergerak secara cukup halus dan meyakinkan. Kekadang orang yang paling kita sanjung dan rapat dengan kita itu adalah agen kepada agensi-agensi ini. Mereka mungkin pemimpin politik, tokoh masyarakat, pemimpin koperat, pegawai kanan kerajaan, pegawai tertinggi dalam pasukan keselamatan seperti polis dan tentera atau pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kita sedia maklum bahawa di dunia ini berlaku suatu pertembungan hebat antara timur dan barat atau dengan bahasa mudahnya ialah pertembungan antara Islam dan musuh-musuhnya (barat).

Kejayaan revolusi Islam di Iran cukup membimbangkan mereka. Iran dibawah pimpinan Khomeini telah dilihat sebagai faktor kepada suatu kebangkitan baru umat Islam walaupun berbeza mazhab. Dalam merangka strategi jahat untuk menghancurkan kebangkitan Islam pihak CIA telah menggunakan Saddam Hussien untuk melumpuhkan kekuatan Iran. Strategi ini tidak berjaya apabila Iran terus kukuh dan dalam masa yang sama politik Iraq bergelora dengan kebangkitan baru dari kalangan 60% populasi Iraq yang bermazhab Syiah. CIA merencanakan supaya perang Iran-Iraq ditamatkan bagi membolehkan Saddam mengawal keadaan dalam negara dan megembalikan sokongan rakyat kepada beliau disamping melumpuhkan kebangkitan Islam di Iraq. Dalam masa yang sama CIA mengarahkan Kuwait untuk bertindak mendesak Iraq melangsaikan hutangnya dengan kadar segera. Keadaan ini telah memaksa Iraq untuk menyerang Kuwait yang akhirnya menyaksikan kejayaan CIA yang terbesar dalam usaha untuk menghancurkan kekuatan umat Islam di rantau Teluk Parsi dan Semenanjung Arab.

CIA terus menjalankan perancangan jahat mereka dengan menggunakan PBB untuk memaksa serangan tentera ke atas Iraq dan dalam masa yang sama menasihati Saddam supaya menyerang Israel bagi meraih simpati negara-negara Islam lain. CIA terus berperanan menasihati Iraq untuk mengugut Arab Saudi bagi mengalih perhatian negara Islam terkaya dan paling berpengaruh untuk menyokong operasi "Desert Storm" tajaan CIA. Akhirnya Arab Saudi dibawah pimpinan kerajaan boneka Amerika ini bersetuju untuk menyokong operasi ketenteraan ini dengan membenarkan tentera bersekutu beroperasi dari dalam negara Arab Saudi dan sanggup membiayai keseluruhan kos perang Teluk. Diakhir episod ini kita menyaksikan kehancuran Iraq, Kuwait, Arab Saudi (berhutang dengan Bank Dunia melebihi 7 billion untuk membiayai kos perang), Palestine dan perpaduan umat Islam sedunia.

Sehingga hari ini Saddam terus menunjukan sikap keras dan tegasnya terhadap barat. Menentang barat secara terbuka, mengkritik barat terutamanya Amerika Syarikat. Kesan dari itu rakyat terus menyokong Saddam disamping terus menderita dengan tekanan antarabangsa. Saddam dilihat sebagai pejuang bangsa dan agamanya. Hakikatnya Saddam adalah pengkhianat Agama dan Bangsanya sendiri. Apakah barat atau CIA tidak boleh membunuh Saddam sebagaimana mereka lakukan terhadap pejuang-pejuang Islam di Algeria, Mesir, Tunisia dan beberapa negara umat Islam lain. Jawabannya ialah kerana Saddam adalah aset utama mereka dalam menghancurkan umat Islam dan kebangkitan Islam di rantau itu. Justeru itu pemimpin yang kuat menghentam barat tidak semestinya bermusuh dengan barat bahkan mereka adalah agen barat dengan meraih simpati rakyat yang rata-ratanya anti kepada barat. Kesan dari tindakan 'berani' pemimpin ini rakyat terpaksa menderita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:09 AM | Show all posts
Satu lagi agen yang dibela oleh CIA adalah Kolenal Muammar Gaddafi di Libya. Kenapa Libya menjadi sasaran CIA selain Iraq?. Libya dikenali sebagai antara nagara penyumbang utama kepada pembangunan masyarakat Islam minoriti di seluruh dunia. Jutawan-jutawan Libya menyumbang kepada pembinaan sekolah-sekolah agama rakyat, badan-badan da'wah, pembiayaan pelajaran dan sebagainya kepada masyarakat Islam terutamanya di negara-negara bukan Arab seperti di Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, Cambodia dan Vietnam). Kegiatan ini amat tidak disenangi oleh CIA, maka mereka telah menaja Kolenal Gaddafi untuk menggulingkan kerajaan sedia ada melalui rampasan kuasa oleh tentera.

Rampasan kuasa ini tidak didokong oleh rakyat kebanyakan. Oleh yang demikian kedudukan Gaddafi goyah dan lemah. Pendekatan yang hampir serupa digunakan oleh CIA dalam menasihati Gaddafi iaitu tentang barat, dapatkan sokongan rakyat dan hancurkan negara melalui serangan dan tindak balas barat yang menggunakan PBB. Peristiwa letupan pesawat Pan Am di Lockerbee yang mengaitkan 2 warganegara Libya (tanpa bukti hingga kini) hanyalah lakonan dan mainan pihak CIA. Kejadiaan ini telah dijadikan alasan kukuh untuk menghukum rakyat Libya dengan mengenakan sekatan udara, ekonomi dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu Amerika bertindak sendirian dengan menyerang Libya yang turut mengorbankan salah seorang anak Gaddafi sendiri. Dalam masa yang sama CIA terus menasihati Gaddafi supaya jangan menyerah 2 warga negaranya untuk diadili dengan harapan tindakan terus boleh diambil terhadap Libya dan rakyatnya.

Gaddafi terus dinasihati oleh CIA untuk bertegas dan menghentam barat disamping meraih simpati rakyat dan beberapa negara yang terus buta dengan lakonan CIA ini. Hasilnya Gaddafi terus berkuasa dan rakyat terus menderita dan tamatlah episod bantuan Libya kepada umat Islam di seluruh dunia.

Persolan yang timbul kini, apakah CIA tidak boleh menghapuskan Gaddafi dari bumi Libya jika beliau yang menjadi kepala pengganas. Hakikatnya Gaddafi adalah terlalu penting bagi CIA untuk terus menghancurkan kebangkitan Islam di Libya. Ya, Gaddafi menentang barat, menjadi juara dan hero kepada rakyat tetapi apa untungnya kepada perjuangan Islam dan sumbangan kepada kebangkitan Islam. Gaddafi sebenarnya adalah pengkhianat agama dan bangsanya.

Demikian juga halnya di Malaysia negara kita yang tercinta. Dengan jatuhnya Suharto, diktator yang didokong oleh agen asing dan naiknya Habibie yang tidak berapa digemari CIA benar-benar mengancam perancangan mereka dirantau ini.[quote]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2011 10:12 AM | Show all posts
bersambung.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:57 AM | Show all posts
mana sambung ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 12:03 PM | Show all posts
Aisey artikel tak update da.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 12:58 PM | Show all posts
takde ke artikel mainly focus on Siddiq Ghouse ??
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:19 PM | Show all posts
Br lepas tgk filem "Salt" (Angelina Jolie, Liev Schreiber) td ...psl ejen soviet kat US.
Orait gak.

Pastu terbaca lak topik ni..tu yg aku post kat sini tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply 13# thessailly


    rupanya org paling rapat dengan presiden lah ejen the one yg sebenornya.     
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 11:23 AM | Show all posts
interesting sgt... tepek la benang baru...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 08:04 PM | Show all posts
bahaya pengkianat ni...harus potong anu...dan  direjam sampai mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2011 11:08 PM | Show all posts
siapakah dia ini? ni 1st time dengo name ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 10:58 AM | Show all posts
Adakah Sidek Ghouse di bicarakan ?
Ada versi mengatakan Sidek Ghouse ditangkap waktu tu adalah rencana Ghazali Shafie ketika itu menteri dalam negeri untuk mencemarkan imej  Mahathir yang bakal menjadi Perdana Menteri padahal dlm masa yang sama Ghazali Shafie bercita cita untuk jawatan yang sama , bahkan nama Ghazali Shafie menjulang tinggi ketika dia membawa pulang Pengerusi Komunis Musa Ahmad untuk kembali ke pangkuan jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 01:34 PM | Show all posts
oooo ade ke pasal ni? sumpah tak tau.. tak pernah dengar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2011 11:34 PM | Show all posts
Adakah Sidek Ghouse di bicarakan ?
Ada versi mengatakan Sidek Ghouse ditangkap waktu tu adalah rencana Ghazali Shafie ketika itu menteri dalam negeri untuk mencemarkan imej  Mahathir yang bakal menjadi Perdana Menteri padahal dlm masa yang sama Ghazali Shafie bercita cita untuk jawatan yang sama , bahkan nama Ghazali Shafie menjulang tinggi ketika dia membawa pulang Pengerusi Komunis Musa Ahmad untuk kembali ke pangkuan jalan.
cm_matjawasp Post at 23-4-2011 10:58 AM


wow, 1st time dgr pasal ni.. so Sidek Ghouse ni sebenarnya x bersalah ke? ape terjadi ngan dia? dia hidup lagi? kalu ada info, cerita la kat sini.. aku curious nk tau pasal dier ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.275484 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list