CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 27065|Reply: 58

[Tempatan] Bufet Ramadan Dah Tiba :Pusat Konvensyen KL tawarkan harga semurah RM205.Anda teruja?

[Copy link]
Post time 17-1-2025 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Pusat) mengalu-alukan tetamu untuk meraikan bulan Ramadan dengan menikmati bufet Tradisi Semarak Rasa. Bufet yang istimewa ini menampilkan menu masakan Malaysia asli yang pasti memikat selera pengunjung di mana diskaun khas diberikan untuk tempahan awal (early bird), warga emas dan kanak-kanak.

Bufet Ramadan untuk orang awam ini menyajikan hidangan luar biasa yang menggabungkan masakan tradisional dan kontemporari. Antara tarikan kulinari yang disediakan termasuk telur sotong goreng mamak, ayam salai nangka muda, masak lemak cili padi, udang goreng cili dan bawang putih, dan sayur goreng ikan masin. Para tetamu juga boleh menikmati pilihan kuih tradisional seperti onde-onde gula Melaka dan minuman kegemaran ramai seperti teh tarik dan Sirap Bandung. Dalam menyokong sektor pertanian tempatan, , Pusat ini menggunakan 70% daripada produk dan ramuan yang diperlukan daripada sumber tempatan. Selain menyokong pertanian tempatan, ia juga dapat memastikan kualiti dan kesegaran bahan-bahan yang digunakan.

“Menu tahun ini meraikan warisan kulinari Malaysia yang diolah semula dengan sentuhan moden untuk mencipta pengalaman  hidangan yang inovatif dan penuh nostalgia,” kata Chef Hisham Bin Jaafar, Chef Eksekutif Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Kami juga menyediakan pilihan hidangan yang lebih sihat dalam memenuhi kehendak ramai yang semakin berkembang. Ini membolehkan pengunjung untuk menikmati hidangan kegemaran mereka disamping mengekalkan keseimbangan. Selain itu, para tetamu yang beragama Islam boleh menikmati hidangan kami dengan penuh ketenangan dan tanpa rasa was-was kerana kami disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kami teruja untuk menerima orang awam melalui hidangan yang bukan sahaja menyelerakan tetapi juga menyokong masyarakat dan menggalakkan amalan kemampanan.”

Bufet Ramadan ini akan diadakan di Tingkat 4 bermula 8 Mac hingga 26 Mac 2025, pada harga bersih RM205 seorang. Tempahan awal yang dibuat antara 15 Januari dan 13 Mac 2025 akan menikmati kadar istimewa pada harga bersih RM185 seorang. Warga emas berumur 55 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun menerima diskaun 50%, manakala kanak-kanak dibawah umur 4 tahun adalah percuma. Dengan kapasiti yang terhad tidak lebih daripada 250 tetamu, tempahan awal adalah sangat digalakkan.

Syarikat korporat juga mempunyai pilihan menu khas yang menampilkan hidangan istimewa seperti kerabu taugeh sotong pedas, ikan bilis goreng pedas dan kacang bersambal dan sate. Pilihan menu khas ini didatangkan bersama-sama dengan Chef Action Stations yang menyajikan mee kari sarang teloq dan kambing panggang. Pada harga bersih RM198 seorang, menu syarikat korporat ini juga menampilkan pencuci mulut yang lazat seperti banana and tamar bread butter pudding, kek petit red velvet dan kuih-muih tradisional Melayu. Untuk kemudahan para tetamu, Pusat ini menawarkan kemudahan solat yang lengkap termasuk bilik solat, ruang wuduk, sejadah dan telekung yang disediakan atas permintaan, untuk pengalaman berbuka puasa dan menunaikan solat yang selesa.

Sebagai Healthy Venue pertama di Malaysia yang diperakui oleh Healthy Venues Organisation, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur memperlihatkan komitmennya terhadap kesejahteraan dan kemampanan melalui inisiatif seperti sistem pengurusan sisa makanan Winnow dan memfokuskan untuk menggunakan bahan-bahan daripada sumber tempatan.

Untuk tempahan, hubungi Business Centre di +603-2333 2866 atau e-mel [email protected]. Baucar Bufet Ramadan boleh didapatkan di Parkview Café (Tingkat 1), Café 88 (Aras Bawah) dan TenOnCall (Tingkat 4).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Buffet ramadhan Kl convex biasanya sedap... dulu2 nescafe tarik dia sedap gila.. but then... lately dah tak sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 08:44 AM | Show all posts
isu ulang2 tiap kali ramadhan
pembaziran, makanan basi, mahal, kuih berintikan angin dsb
sapa mampu pergi buffet, pergi
sapa mampu beli, beli
diorg ni berniaga, ada demand, ada supply
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah tak boleh makan banyak sekali harung, buka puasa cukup lah nasi berlauk dan air segelas. Bukan diet atau jaga badan ye, ni faktor umur, I makan seadanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau green~tea cakap sedap nescafe tarik ni kena try. Dan dan aku rasa nak bancuh nescafe tarik sendiri pagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 09:18 AM | Show all posts
no buffet Ramadhan for me....nak gi masjid solat terawih, InsyaAllah....sib baik zaman muda2 dulu dah puas try buffet Ramadhan kat hotel2 around KL, dari yg 3 star hotel ke 5 star hotel....cukup lah tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2025 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 18-1-2025 09:18 AM
no buffet Ramadhan for me....nak gi masjid solat terawih, InsyaAllah....sib baik zaman muda2 dulu da ...

Agree.  Dah berumur camni tak sanggup dah nak berpusu2 harung org ramai jem cari parking semata2 for some dishes yg boleh buat kat rumah kalau teringin.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
utk yg mampu dari segi kewangan dan perut mkn dgn byk pergi la...blh menjana pendapatan derang ,mesti ramai staf tu nak digajikan

iols lama dah takleh blah buffet2 ni...kene stay dari pg smpai mlm baru blh mkn semua benda
last year pergi sukiya kot ada daging nipis yg blh refill byk kali tu
jgn kan refill iols dgn hsbd makan yg first portion dia bg pun x hbs tgl 3bekas lg. meja sebelah dah refill kali ke2
kuasa hadam org tua dgn org muda berbeza sekali ya, thp ketembunan pun beza amatttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 09:24 AM | Show all posts
Samerosie replied at 18-1-2025 09:22 AM
Agree.  Dah berumur camni tak sanggup dah nak berpusu2 harung org ramai jem cari parking semata2 f ...

kannn....kasi chance org muda plak....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Murah ke RM205
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 10:12 AM | Show all posts
Samerosie replied at 18-1-2025 09:22 AM
Agree.  Dah berumur camni tak sanggup dah nak berpusu2 harung org ramai jem cari parking semata2 f ...

Sama la. Beli sekadar apa yang perlu aje..

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 18-1-2025 10:12 AM
Sama la. Beli sekadar apa yang perlu aje..

Betul. Mana la larat nak makan banyak2 perut pun sebu.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 18-1-2025 08:56 AM
Kalau green~tea cakap sedap nescafe tarik ni kena try. Dan dan aku rasa nak bancuh nescafe tarik sen ...

takde brand lain ke yg boleh celen nescafe ni. ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada jemputan company, bos, kawan2, dll pergi ajalah, buffet patut ambil mknn mahal spt satay ketam udang durian murtabak takkan nak ambil meggi atau mihun
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 12:49 PM | Show all posts
Kalau beli kat bazar ramadhan pun setakat rm20 je sorang..sorang ye. itu dah cukup dengan 2-3 jenis makanan. Memang makan yg disdiakn hotel banyak tapi tak semua kita akan makan..makan satu atau dua jenis sahaja dah kekenyangan...sama macam stimbot..tak semua kita makan ..tapi stimbot kalau setakat rm30-40 boleh layan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 01:25 PM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 18-1-2025 01:27 PM

saya buffet kat bazaar ramadhan jer la
support peniaga sambil support diri sendiri yg tak pandai masak
rm200-300 tu saya dah boleh support berbuka 2 hari utk 8 beranak
muda2 dulu rajin berbuffet dgn BFF kat hotel2 sekitar
jadilah ... dari tak pernah buffet kat hotel

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 01:26 PM | Show all posts
Mengutuk babi kemain pandai

Babi pun tak bayar mahal2 untuk makan macam babi

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 01:27 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-1-2025 01:26 PM
Mengutuk babi kemain pandai

Babi pun tak bayar mahal2 untuk makan macam babi

hehe
vavi makan makanan busuk lebihan & kumbahan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 01:32 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 18-1-2025 01:27 PM
hehe
vavi makan makanan busuk lebihan & kumbahan

Try bawa ke buffet ramadhan duduk sebelah pelahap2 ni tengok ada beza tak

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 02:46 PM | Show all posts
aaaaaaa.. ramadhan...

bulan di mana berat badan acik2 naik 5kg, sedangkan naik cuma 50gram pada setiap bulan yang lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.068614 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list