View: 12819|Reply: 11
|
[Dunia]
Doktor bunuh, kerat mayat kekasih hamil
[Copy link]
|
|
Seorang doktor berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu merompak dan memiliki senjata tentera secara haram, serta membunuh dan mengerat kekasihnya yang hamil bagi menyembunyikan hubungan sulit mereka.
Pendakwa raya mengeluarkan dakwaan terhadap tertuduh yang dikenali sebagai Danh Son, 36, pada 14 Januari lalu.
Tertuduh yang merupakan pakar pembedahan am di Hospital Besar Dong Nai, Vietnam, melakukan jenayah kejam itu pada 13 April tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, pada penghujung 2022, seorang wanita berusia 35 tahun dikenali sebagai TTBN dari Bien Hoa City membawa saudaranya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, di mana dia dan tertuduh pertama kali bertemu.
Wanita itu dan tertuduh kemudian didakwa menjalinkan hubungan cinta walaupun kedua-duanya sudah berkahwin.
Pada Mac 2024, wanita tersebut memaklumkan kepada tertuduh bahawa dirinya hamil dan menuntut lelaki itu bertanggungjawab, selain mengancam untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada keluarga dan tempat kerjanya.
Bimbang perkara tersebut menjejaskan nama baiknya, tertuduh memutuskan untuk membunuh kekasihnya dan mengerat tubuh mangsa untuk menghapuskan bukti.
Selepas membuang mayat mangsa di pelbagai lokasi, tertuduh mencuri wang bernilai 2.8 juta dong (sekitar RM497), gelang emas, cincin, rantai, sepasang anting-anting dan dua telefon bimbit.
Pihak berkuasa percaya tertuduh menggunakan wang mangsa untuk perbelanjaan peribadi.
Pada 26 April 2024, Jabatan Polis Siasatan Jenayah Wilayah Dong Nai menahan tertuduh untuk siasatan.
Pemeriksaan di kediaman tertuduh di Bien Hoa menemui sepucuk revolver dan lima butir peluru.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 dah kawin kemudian pompuan tu bunting. Yakin ya itu anak doktor tu. Laki dia mati pucuk ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jarang-jarang nampak di sini berita non malay bunuh orang pukul orang. |
|
|
|
|
|
|
|
nape tak buat surat nikah kawen kat siam backdated punya |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh kan. Sanggup bunuh daripada bertanggungjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
dia pakar bedah tu jadi desensitize main potong2 je mayat gf ngerinya
harap acik2 yg suka berskandal tak peduli halal haram amik iktibar |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-1-2025 02:52 PM
Bodoh kan. Sanggup bunuh daripada bertanggungjawab.
Dedua berskandal..itulah padahnya |
|
|
|
|
|
|
|
jangan disangka air tenang tak menghasilkan ombak. silap besarlah ugut. minta duit dah lah.. aku rasa doc tu pun tak ada masalah untuk bagi. tapi butir2 sebenar perkara yang berlaku tdklah diketahui
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 18-1-2025 01:19 PM
Dua2 dah kawin kemudian pompuan tu bunting. Yakin ya itu anak doktor tu. Laki dia mati pucuk ka?
Ha ah khen..dia pun dah kawen..kalau romen2 dgn dedua skali..mana nk tau anak sapa?
Bukan ckp apa la..kt paternity court tu bnyk juga kes betina2 menipu
Utk kes ni entohler malas nk kesian kat dua2...dua2 cari pasal.. dua2 dpt cash..dah la dedua dah berlaki n berbini..ikut isele kena rejam dh ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ponek jah ko belajo.. ujung ujung ke punjara duk sama dgn budak klas ujung yg mengedar dadah rogol |
|
|
|
|
|
|
|
Get a divorce la… Susahkan polis je… |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 18-1-2025 02:38 PM
nape tak buat surat nikah kawen kat siam backdated punya
Dua2 sudah berkahwin.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|