View: 18390|Reply: 21
|
Mierul Aiman beli rumah- Tak duduk tapi sewakan untuk pelaburan
[Copy link]
|
|
Berjaya membeli hartanah pertama pada usia 27 tahun, pelakon Mierul Aiman tidak bercadang berpindah masuk ke apartment berkenaan.
Sebaliknya kata Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, dia bercadang menyewakan apartment terletak di Sepang, Selangor itu kepada penyewa.
"Saya suka dengan apartment berkenaan sebagai ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang, pusat kecergasan, surau malah dari segi keselamatan ia terjamin.
"Pada saya rumah merupakan aset dan pelaburan yang mampu memberi pulangan yang berpatutan sekiranya kita bijak menguruskannya.
"Walaupun saya tidak duduk di rumah ini tetapi saya dapat cipta peluang kewangan dengan menyewanya secara tetap atau berkala seperti airbnb," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Mierul memberitahu memiliki rumah membuatkan dia mahu bekerja lebih keras pada masa hadapan kerana sedar tanggungjawabnya sudah bertambah.
Jelas pelakon Projek High Council itu, dia perlu lebih bijak menguruskan kewangan agar tidak terjerat dengan masalah di kemudian hari.
"Umur saya semakin meningkat dan sedar daripada sekarang saya perlu merancang kewangan saya demi masa depan.
"Memiliki hartanah pertama membuatkan saya lebih bermotivasi untuk bekerja lebih keras dan mencapai lebih banyak kejayaan dalam karier," katanya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 18-1-2025 07:04 AM
Budak ni berbakat. Walaupun hado kontroversi ex pembuli sekolah. Takajut tengok for a newcomer cemerlang gemilang terbilang sangat dia bawak watak dia dalam Project High Council tu.
Wishlist meols skang nak tengok movie or drama action thriller yang gabungkan Fazura, Nadhir Nassar, Bront Palarae, Mierul Aiman , Sofia Jane, Amerul Affendi, Naim Daniel ngan Syafiq Kyle. Eh hello direktor2 tanahair hado bajet tak bayo semua pelakon ni berlakon dalam movie/drama sama?
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-1-2025 03:02 PM
Budak ni berbakat. Walaupun hado kontroversi ex pembuli sekolah. Takajut tengok for a newcomer cemer ...
Setuju sgt |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-1-2025 03:02 PM
Budak ni berbakat. Walaupun hado kontroversi ex pembuli sekolah. Takajut tengok for a newcomer cemer ...
Mierul ni boleh jugak bawak drama komedi.. tak ingat tajuk apa.. dia berlakon terculik baby org tapi sayang nak pulangkan semula kat parent nya..
Kaka chazey punya wishlist tu buat mcm filem Seratus..
antara pelakon Seratus : fauzi nawawi, wan hanafi su, alif satar, adi putra, awie, aman graseka, bront palarae, beto, badrul muhayat, esma daniel, fizz fairuz, norman hakim, nora danish, rusdi ramli, roy azman, ropie, tiz zaqtah, ungku ismail..
100 pelakon terus walaupun kebanyakan masuk beberapa saat/minit
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-1-2025 03:02 PM
Budak ni berbakat. Walaupun hado kontroversi ex pembuli sekolah. Takajut tengok for a newcomer cemer ...
Pembuli sekolah tu ramai iols kenal. N mostly berjaya. Kawan iols pembuli berjaya zaman sekolah sampai kena buang sekolah n budak yang dibuli tu masuk hospital patah tulang rusuk. Tapi sekarang pembuli tu jadi guru disiplin. Haha!
Tapi iols ada soft spot pada Mierul ni. Dia takde kontroversi. Memang jual bakat. Gossip cintan cintun pun takde. Zaman sekolah mungkin nakal, tapi sekarang dah matang |
|
|
|
|
|
|
|
Okla.jgn jd member2 lain beli mercedes.tp x tau la kot mereka tu beranak dlm dulang emas. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dik
Beli properties sementara laku
Beli shoplot atau dewan kalau ada rezeki lebih
Boleh jadi dewan org kawen, badminton, futsal etc... laku dik
Lagi pula ko berlakon bagus ... tak kayu walau ko dikira masih hijau berbanding senior yg masih kayu balak |
|
|
|
|
|
|
|
Dak mierul ni kalo berlakon romcom mmg menjadi. Mana2 producer yg nak remake Kdrama romcom bole la amik dak mierul. Even muka melayu tapi tak kayu. Alvin pon ada dahan ranting lagi lakonannya. Hun hakeem herlok, muka Kpop tapi agak rendang yachh. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by 3480 at 18-1-2025 09:55 PM
anilanil replied at 18-1-2025 09:08 PM
Dak mierul ni kalo berlakon romcom mmg menjadi. Mana2 producer yg nak remake Kdrama romcom bole la a ...
Betul.. hun berlakon romcom ok tp agak rendang so kurang feel skit. Bg aku la tp kg pipol best pulak
Aku pun tgk mirul eman ok berlakon romcom |
|
|
|
|
|
|
|
dah glow up budak mierul ni
ok lah…bakat dan rupa selari
|
|
|
|
|
|
|
|
iols first time nampak dia f2f dekat axiata last week. Tenggelam dia berdiri sebelah Chen Tang Jie player badminton tu, terus nampak awam sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ingat lakonan dia dlm high council tu dah cukup best rupanya dalam project exit tu lebih lagi. Total 6 ep saja tak puas tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-1-2025 03:02 PM
Budak ni berbakat. Walaupun hado kontroversi ex pembuli sekolah. Takajut tengok for a newcomer cemer ...
I nak tambah Faizal Hussein dalam list tu.. uolls request la kat Astro.. list nama pelakon ni yang selalu keluar kat drama2 Astro Originals. Atau Viu pun syok sikit.. Drama Melayu dia storyline selalu menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala ni mesti apartment yg baru naik area rumah iols ni. Kalau kerja area klia oklah nak sewa kalau nak ke arah putrajaya, kl mmg naya... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la x kayu. Watak komedi pon boleh pergi jauh sebab muka bukan jenis jambu sangat. I suka dia dalam drama ustaz instant tu. Kalau boleh jangan la tanyang body sangat dik. Bila ko terlalu try hard, tu yg orang jadi geli2. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mula minat dia dalam drama Dr. Pontianak. Cina baba nyonya tu pun lawak jugak.
Aku rasa, kalau bagi dia peluang jadi host, mesti ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Okla dia ni x ensem sgt tp bila lama2 tgk ensem jgk… muka mlyu bawa watak kemelayuan sesuai sgt… |
|
|
|
|
|
|
|
Jumpe depan2 helok uols. And tak sombong. Muke senyummm je. Jumpe tgh soping kat mitsui klia. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mula² mcm...eh budak ni menang hero remaja. Tp bila tgk dia berlakon, best. Bila dia bercakap pun, nampak la budak bright and ada isi tu. Aku suka je dia. Approved! |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak la di ni masa jadi pengacar aGV malam tadi, malu2 pulek dia ye.. ekekek
Bodo la Hj Nabil pegang bontot dia.. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
| |
|