Edited by Anonymous at 19-1-2025 10:37 AM
Kelebihan daun pokok semalu terhadap kesihatan manusia memang banyak. Namun tidak ramai yang tahu kelebihan daun semalu ini untuk kesihatan seksual kaum adam yang berpenyakit diabetis dan alami mati pucuk (gagal ereksi) atau lemah tenaga batin.
Gejala mati pucuk adalah salah satu akibat utama diabetes mellitus atau kencing manis type 2. Pokok semalu (shameplant atau nama sainsnya mimosa pudica) yang mudah didapati sekitar laman rumah, rupanya mempunyai banyak kesan terapeutik. Antaranya ialah untuk anti-diabetes, anti-obesiti dan kesan afrodisiak dalam meningkatkan fungsi seksual.
Dalam satu kajian yang telah dilakukan penyelidik, kesan ketara ekstrak etanol dalam mimosa pudica (daun semalu) berupaya menghilangkan radikal bebas yang berlebihan dan mengurangkan kesan buruk diabetes ke atas sistem seksual sekumpulan tikus jantan.
Tikus diabetis yang telah dirawat dengan ekstrak mimosa pudica mengalami pemulihan berat badan dan berat organ pembiakan mereka, peningkatan kualiti sperma dan susunan histoselular testis yang teratur. Di samping itu didapati terdapat peningkatan tahap hormon yang ketara (testosteron, hormon perangsang folikel dan hormon luteinizing) dalam kedua-dua serum dan homogenat testis tikus tikus diabetes jantan yang dirawat itu.
Selain itu enzim antioksidan, tahap SOD, CAT, GSH, dan GPx turut bertambah. Ia penanda tekanan oksidatif MDA dan ROS dikurangkan dalam kedua-dua serum dan homogenat testis tikus tikus jantan berkenaan.
Ini diperkuatkan lagi dengan hasil kajian dok molekul dalam siliko, ia telah dilakukan untuk meramalkan sebatian berpotensi tinggi ekstrak mimosa pudica terhadap reseptor PDE5. Dua sebatian bioaktif iaitu 3-Dibenzofuranamine (-11.1 kcal × mol−1), Stigmasta-7,16-dien-3-ol (-10.4 kcal × mol−1) menunjukkan pertalian pengikatan tertinggi dengan enzim PDE5, jauh lebih tinggi daripada ubat kuat berasaskan sildenafil (-9.9 kcal × mol−1).
Satu perkara yang menarik tentang daun semalu ini di Indonesia ialah bagaimana daun pokok semalu atau mimosa pudica ini begitu popular sebagai minuman ubat kuat semulajadi untuk lelaki. Perkara itu didedahkan secara langsung oleh specialist herba, Dr Muthoharrah, M.Si, dalam program Hidup Sihat tvOne Indonesia, dilapor VIVA, Jumaat, 26 Mei [2023[size=1.00em].
Seperti yang dijelaskan oleh Doktor Muthe, daun semalu mengandungi kalsium dan zink yang mana fungsinya untuk meningkatkan kadar testosteron. Testosteron sendiri berkaitan dengan hormon seksual lelaki.
Bagaimanapun kata Muthe, petua penyediaan rebusan daun semalu yang dicadangkan (lihat di bawah) tidak digalakkan pengambilannya setiap hari kerana ia boleh jejaskan masalah kesuburan. Maksima pengambilan yang disaran adalah 3 bulan saja.
Cara Penyediaan Ramuan Daun Semalu Hanya rebus segenggam daun semalu yang telah dibersihkan dalam satu atau dua gelas air. Kemudian tapis dan sejukkan pada suhu bilik. Minum ramuan ini setiap 2 atau 3 hari sekali atau mengikut keperluan dan tahap kesihatan bagi meningkatkan kembali kejantanan yang terjejas oleh gejala kencing manis.
|