CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29945|Reply: 0

Sukarelawan polis terbukti salah rogol, bunuh doktor

[Copy link]
Post time 19-1-2025 05:07 PM | Show all posts |Read mode

AKTIVIS berkumpul di luar Mahkamah Jenayah dan Sivil Sealdah di Kolkata sambil melaungkan slogan menuntut keadilan buat doktor pelatih yang menjadi mangsa rogol dan bunuh. FOTO AFP.

Kolkata: Sukarelawan polis yang didakwa merogol dan membunuh doktor yang kisahnya menggemparkan India, tahun lalu disabitkan terhadap kesalahan itu, semalam.

Mahkamah Kolkata mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh, Sanjay Roy dalam perbicaraan singkat yang mencetuskan kemarahan penduduk berhubung isu keselamatan wanita.

Hakim Anirban Das berkata, bukti yang dikemukakan menunjukkan Roy bersalah dan hukuman akan dijatuhkan pada prosiding esok, berkemungkinan penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Tuduhan terhadap kamu sudah terbukti. Kamu didapati bersalah," kata hakim itu.

Roy ketika pendakwaan pada November 2024, mengaku tidak bersalah dan memaklumkan dia diperangkap.



Dia mengulangi pengakuan sama dalam prosiding semalam dengan berkata, "saya tidak melakukannya."

Ketika perbicaraan, Polis Persekutuan India yang menyiasat kes itu menyifatkan jenayah berkenaan jarang berlaku dan memohon hukuman mati dikenakan terhadap Roy.

Di luar mahkamah, beberapa doktor melaungkan slogan tanda solidariti terhadap mangsa, manakala lebih 200 polis dikerah mengawal keadaan.

Seramai 128 saksi diambil keterangan, yang mana 51 daripadanya diperiksa semasa perbicaraan yang bermula 11 November 2024, menurut sumber mahkamah.

Polis juga mendakwa pegawai yang mengetuai balai polis tempatan ketika jenayah berlaku dan bekas ketua hospital kerana disyaki memusnahkan tempat kejadian dan mengganggu bukti.

Pegawai polis itu lepas dengan ikat jamin, manakala bekas ketua hospital masih dalam tahanan berhubung kes lain membabitkan penyelewengan kewangan hospital.

Pada 9 Ogos 2024, mayat doktor wanita muda ditemui dalam bilik kuliah di Kolej Perubatan dan Hospital R G Kar, timur bandar Kolkata dengan insiden itu mendorong doktor lain mogok selama berminggu bagi menuntut keadilan terhadap mangsa dan mendesak keselamatan di hospital awam dipertingkatkan.

Sementara itu, ibu bapa mangsa yang tidak boleh didedahkan namanya mengikut undang-undang India, tidak puas hati dengan hasil siasatan, mendakwa jenayah itu tidak mungkin dilakukan oleh seorang individu sahaja.

"Anak perempuan kami tidak mungkin menemui pengakhiran yang begitu mengerikan, (dilakukan) oleh seorang lelaki.

"Kami akan kekal dalam kesakitan dan penderitaan ini sehingga semua lelaki yang bersalah dihukum," kata bapa mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.058368 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list