CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30004|Reply: 0

Kerajaan India siasat kematian misteri di Kashmir

[Copy link]
Post time 19-1-2025 05:10 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG lelaki berjalan ketika salji turun di Anantnag, Jammu dan Kashmir. FOTO AFP

New Delhi: Kerajaan persekutuan India pada Sabtu mengarahkan pembentukan pasukan antara kementerian untuk menyiasat kematian misteri di sebuah kampung di Kashmir yang dikuasai India, kata pegawai.

Arahan untuk membentuk pasukan itu dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Amit Shah.

Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat penyakit misteri sejak 43 hari lalu di kampung Budhal di daerah Rajouri, kira-kira 243 km ke selatan Srinagar.

Orang ramai mengadu demam, sakit, loya dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia beberapa hari selepas dimasukkan ke hospital.

Seorang kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital masih dalam keadaan kritikal.

"Pasukan itu akan terdiri daripada pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga, Kementerian Pertanian, Kementerian Kimia dan Baja serta Kementerian Sumber Air.



Ia juga akan dibantu oleh pakar-pakar dari penternakan haiwan, keselamatan makanan dan makmal sains forensik," menurut kenyataan kementerian dalam negeri.

Pasukan itu akan melawat kampung terjejas untuk memastikan punca kematian.

Pada Khamis, kerajaan tempatan Kashmir yang dikuasai India berkata ujian dan sampel secara empirikal menunjukkan bahawa insiden itu bukan disebabkan oleh penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria atau virus.

Bagaimanapun, ia berkata analisis toksikologi mengesan toksin dalam pelbagai spesimen biologi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057030 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list