CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8481|Reply: 0

35 kanak-kanak maut dalam insiden rempuhan

[Copy link]
Post time 20-1-2025 08:29 AM | Show all posts |Read mode


Lagos: Satu rempuhan di sebuah pesta ria sekolah di bandar Ibadan, barat daya Nigeria Rabu lalu, mengorbankan 35 kanak-kanak dan mencederakan enam mangsa lain.

Jurucakap Polis Pusat Negeri Oyo, Adewale Osifeso berkata, kanak-kanak yang cedera sedang menerima rawatan perubatan berikutan insiden itu, yang berlaku di bandar ketiga terbesar di Nigeria.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Negeri sudah membuka kertas siasatan, tambah Osifeso.

"Lapan orang ditahan kerana pelbagai pembabitan mereka.

"Antara yang ditahan ialah penaja utama acara di Sekolah Menengah Islam Basorun itu, yang dianjurkan Yayasan Wings dan radio Agidigbo FM," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Presiden Nigeria Bola Tinubu dalam satu kenyataan semalam menzahirkan kesedihan mendalam atas kejadian tragis itu.



Beliau mengucapkan salam takziah kepada penduduk tempatan, pihak berkuasa negeri dan keluarga yang kehilangan anak tersayang.

"Saya gesa kerajaan negeri Oyo untuk mengambil setiap langkah yang perlu untuk mengelakkan tragedi seperti itu daripada berulang.

"Antara tindakan penting ialah semakan menyeluruh terhadap semua langkah keselamatan acara awam, penguatkuasaan ketat peraturan keselamatan dan audit keselamatan tetap tempat acara," katanya.

Sementara itu, Gabenor Negeri Oyo, Seyi Makinde juga menyampaikan ucapan takziah untuk mangsa pada laman X pada Rabu.

"Hati kami kekal bersama keluarga dan orang tersayang yang terkesan akibat tragedi ini. Semoga roh arwah tenang di sana.

"Kami bersimpati dengan ibu bapa yang kegembiraan mereka tiba-tiba bertukar menjadi duka akibat kematian ini," katanya.

Nigeria menyaksikan beberapa rempuhan maut dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Mac lalu, dua pelajar maut dan 23 cedera selepas dirempuh ketika ribuan berkumpul untuk mendapatkan beg beras percuma yang diserahkan pihak berkuasa tempatan di Universiti Negeri Nasarawa, di tengah Nigeria.

Pada bulan sama, satu lagi rempuhan membunuh empat wanita yang menunggu di luar pejabat seorang ahli perniagaan kaya di bandar utara Bauchi untuk hadiah wang tunai 5,000 naira (kira-kira RM13.76) bagi membantu membayar makanan semasa bulan suci Ramadan.

Saksi berkata, orang ramai terdesak untuk mendapatkan wang itu, menyebabkan rempuhan, ketika Nigeria bergelut dengan krisis ekonomi terburuk dalam satu generasi.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.074108 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list