CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8445|Reply: 0

Trump perkenal $TRUMP, mata wang kriptonya sendiri

[Copy link]
Post time 20-1-2025 08:32 AM | Show all posts |Read mode

Seorang artis melukis mural wajah Trump di Amritsar, India. - FOTO AFP

Washington: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah melancarkan mata wang kriptonya sendiri, yang dipanggil $TRUMP, mencetuskan pembelian menggalakkan yang menyebabkan permodalan pasarannya melonjak kepada beberapa bilion dolar.

Dalam mesej yang disiarkan di media sosial, Trump mendedahkan apa yang dipanggil 'meme coin' yang direka untuk memanfaatkan populariti personaliti atau trend internet yang viral.

Syiling itu tidak mempunyai nilai ekonomi atau transaksi dan sering dilihat sebagai cara perdagangan spekulatif.

Dalam beberapa jam selepas pelancarannya, komuniti mata wang kripto mengemukakan soalan tentang kesahihan syiling $TRUMP, dan kaitannya dengan Trump di mana sebahagiannya meragui dan mendakwa ia adalah penipuan.

Tetapi fakta bahawa pengumuman itu datang pada saluran media sosial rasmi Trump seolah-olah meyakinkan pasaran, begitu juga fakta bahawa Trump telah menggunakan salah satu syarikat di sebalik projek itu, CIC Digital LLC, yang sebelum ini menjual token yang tidak boleh digunakan (NFT).

Menjelang tengah hari Sabtu lalu, permodalan pasaran untuk $TRUMP berjumlah hampir AS$6 bilion.

Laman rasmi syiling itu berkata 200 juta syiling telah dikeluarkan, dengan Fight Fight Fight mengatakan tambahan 800 juta akan dikeluarkan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pada kadar semasa, syiling yang belum berada di pasaran itu bernilai kira-kira AS$24 bilion.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051649 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list