CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7726|Reply: 0

28 maut serangan junta Myanmar di Rakhine - Tentera Arakan

[Copy link]
Post time 20-1-2025 09:04 AM | Show all posts |Read mode


BANGKOK: Sekurang-kurang 28 maut termasuk kanak-kanak, manakala 25 lagi cedera dalam serangan udara oleh junta Myanmar di sebuah kawasan tahanan sementara di negeri Rakhine, dakwa sebuah kumpulan bersenjata etnik minoriti, semalam.

Tentera Arakan (AA) mendakwa bahawa sebuah jet tentera mengebom kawasan tahanan di Perbandaran Mrauk-U sekitar jam 4.45 petang kelmarin. Kawasan itu dilapor menempatkan ahli keluarga tentera junta yang ditahan oleh AA.



"Mereka yang terbunuh dan cedera adalah ahli keluarga tentera Myanmar. Kami menahan mereka ketika bertempur.

"Ketika kami sedang membuat rancangan untuk membebaskan tahanan berkenaan, mereka telah dibom.

"Antara yang maut ialah sembilan kanak-kanak, termasuk seorang berusia dua tahun," menurut AA.




AA terbabit dalam pertempuran sengit dengan tentera untuk menguasai Rakhine di mana kumpulan itu sudah menguasai sebahagian besar wilayah berkenaan kecuali ibu negeri, Sittwe, sejak setahun lalu.

AFP cuba menghubungi pihak junta untuk mendapatkan komen mengenai insiden itu tetapi belum berjawab, setakat semalam.

Pada November lalu, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Rakhine sedang menuju ke arah krisis kebuluran akibat pertempuran berterusan yang memberi tekanan terhadap perdagangan dan keluaran pertanian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.111036 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list